omniture

Puma Energy Menghantar Bitumen Pertama ke Nigeria

Puma Energy
2016-09-07 01:02 491

JOHANNESBURG, 7 September 2016 /PRNewswire/ --

Puma Energy, syarikat tenaga tengah dan hilir global, berbesar hati mengumumkan penghantaran kargo bitumen pertama ke terminalnya yang terletak di Calabar, Tenggara, Nigeria di bawah usaha sama dengan WABECO Petroleum Ltd, berdaftar sebagai P.E. Bitumen Resources (Nigeria) Limited. Kargo ini dihantar oleh MT Acacia Rubra, yang melengkapkan pelepasan pada awal pagi 5 September 2016.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402490LOGO )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160905/404079 )

Penghantaran dibuat pada masa kritikal untuk membantu usaha Kerajaan Nigeria membina semula infrastruktur jalannya yang menjadi pemangkin untuk pembangunan ekonomi negara.

Puma Energy mempunyai sistem terbesar dunia untuk kapal dan terminal bitumen dan kami menawarkan pelbagai jenis produk yang menepati keperluan spesifikasi tempatan kepada pelanggan seluruh dunia pada harga yang berpatutan. Puma Energy membantu memberikan jalan baharu yang lebih selamat di banyak negara dengan membantu kerajaan, agensi lebuh raya dan syarikat pembinaan untuk mendapatkan dan membekalkan bitumen yang mereka perlukan untuk kerja pembinaan besar-besaran.

Olof Klintholm, selaku Ketua Global Puma Energy untuk Bitumen berkata, "Ini adalah pencapaian yang amat penting untuk Puma Energy Bitumen. Nigeria merupakan pasaran fokus utama untuk kami dalam kami membina kehadiran global kami dan ini menunjukkan kami boleh membekalkan bitumen mengikut spesifikasi dan tepat pada masanya di mana-mana sahaja di seluruh dunia."

Puma Energy mengalu-alukan bekerjasama dengan syarikat pembinaan dalam membekalkan bitumen berkualiti tinggi untuk projek mereka di seluruh Nigeria.

Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.pumaenergy.com

Source: Puma Energy
Keywords: Construction/Building Oil/Energy Utilities Contracts