omniture

EZTalks Membuat Penampilan Ulung Peranti Persidangan Video Semua dalam Satu sempena InfoComm India 2016

EZTalks Technology Company Limited
2016-09-07 09:12 507

HONG KONG, 7 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- EZTalks Technology Co., Ltd., penyedia perkhidmatan persidangan video profesional yang memiliki pengalaman selama lebih enam tahun dalam teknologi komunikasi video, akan mengadakan pameran buat pertama kalinya di India, sempena InfoComm India (Reruai E60).

InfoComm India ialah acara audiovisual dan teknologi komunikasi maklumat paling utama di negara ini. Acara ini juga merupakan satu pesta yang membolehkan pihak berpengaruh dan pembuat keputusan mencari serta mendapatkan penyelesaian bagi tujuan memacu perniagaan mereka.

InfoComm India 2016 bakal diadakan di Mumbai pada 12-14 Septermber di Pusat Pameran Bombay, dan EZTalks, penyedia perkhidmatan persidangan video yang paling inovatif akan mempamerkan perisian berasaskan perkhidmatan awan yang amat mudah serta penyelesaian persidangan video di premis yang bertaraf profesional, selain peranti persidangan video HD semua dalam satu yang mudah alih -- "EZTalks Onion".

EZTalks menghubungkan syarikat dengan teknologi persidangan yang meraih anugerah, meliputi persidangan web, audio dan video, yang membawa nilai komunikasi tanpa lisan, meningkatkan produktiviti serta menambaihbaik perniagaan dan juga hubungan peribadi. Pengarah pemasaran global EZTalks, Jack Zhang berkata: "Kebanyakan responden daripada kaji selidik yang dijalankan menyatakan persidangan video mampu memendekkan tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan suatu projek, seraya mengurangkan kebarangkalian untuk melakukan pelbagai tugasan serentak. Persidangan video berasaskan awan daripada EZTalks, penyelesaian komunikasi video di premis dan peranti persidangan video HD semua dalam satu dapat membantu lebih 3,000 pelanggan untuk meningkat maju dan mencapai kejayaan, ketika berada di dalam mahupun di luar bilik mesyuarat."

"Kami benar-benar teruja untuk mempamerkan peralatan persidangan video semua dalam satu kami yang baharu 'EZTalks Onion' di tapak pameran. Teknologi komunikasi video yang profesional seharusnya memberi manfaat kepada kesemua tugasan golongan biasa selagi mana mereka memerlukannya." Jack menambah, "Ia juga perlulah mudah dan mampu milik seperti mana produk digital peribadi, dan bukannya membuat pelaburan yang amat besar untuk peranti yang rumit serta sokongan IT." EZTalks Onion disediakan bagi menurunkan ambang sistem komunikasi video profesional untuk perisian dan perkakasan, dengan cara merendahkan harga dan juga mengurangkan prosedur tetapan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi EZTalks di Reruai E60. Prapendaftaran boleh dibuat untuk menjadi pengunjung VIP EZTalks, sila klik: https://www.eztalks.com/infocomm-india-2016  

Latar Belakang EZTalks:

EZTalks Technology Co., Ltd., penyedia perkhidmatan persidangan video yang profesional, pelopor teknologi video moden yang memiliki pengalaman selama lebih 6 tahun menggabungkan antara pemayaan, pengurusan mobiliti dan rangkaian serta penyelesaian SaaS bagi menyediakan penyelesaian baharu untuk syarikat.

Pegawai Perhubungan:
Berkaitan media: press@eztalks.com
Berkaitan jualan: sales@eztalks.com
No. Telefon: +1 (888) 567-8889

Source: EZTalks Technology Company Limited
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment VoIP New products/services Trade show news