omniture

Pameran Midea Dengan Kemesraan Yang Menakjubkan di IFA

Dengan rekaan berkisarkan slogan syarikat itu "selesakan diri anda", pengeluar peralatan rumah nombor 1 dunia pamerkan produk kediaman paling komprehensif dan sangat mesra pengguna
Midea Group
2016-09-07 10:09 749

BERLIN, 7 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Midea (SZ:000333), sebuah syarikat senaraian Fortune 500 sejak Julai 2016 menawarkan salah satu barisan kelengkapan kediaman paling komprehensif dalam industri.

Membuka reruai seluas 400 kaki persegi, reruai Midea di IFA tahun ini bakal memaparkan produk-produk terkini portfolio Midea dan memberi peluang kepada pelawat untuk mencuba produk mereka yang sangat mesra pengguna yang dilancarkan di pameran dagangan tersebut.

Midea’s booth at IFA 2016 displays the latest of Midea’s product portfolio, providing an opportunity for visitors to have a first-hand experience of the surprisingly friendly products.
Midea’s booth at IFA 2016 displays the latest of Midea’s product portfolio, providing an opportunity for visitors to have a first-hand experience of the surprisingly friendly products.

Menyertai pameran IFA sejak tahun 2008, Midea sekali lagi akan mempamerkan barisan produk seperti rawatan udara (HVAC untuk pengguna komersial dan biasa), penyejukbekuan, mesin basuh, peralatan memasak yang besar, peralatan kecil dapur, peralatan air, penjagaan lantai, dan pencahayaan.

Midea memahami bahawa rumah adalah sebuah tempat perlindungan yang dikongsi bersama orang tersayang serta melakar peristiwa menarik yang akan dikenang sepanjang masa. Oleh sebab itu, tema reruai Midea di IFA tahun ini adalah "selesakan diri anda", dan reruai tersebut direka seperti dua tangan yang didepakan dan bersedia untuk menerima kunjungan tetamu.

Pada hari ini, Midea bukan sahaja jenama utama dari China, mereka juga adalah pengeluar kelengkapan besar yang terbesar di dunia dan jenama No. 1 dunia bagi produk rawatan udara, cerek, dan periuk nasi.* Pada setiap tahun, Midea memenangi lebih 40 anugerah rekaan di pelbagai pameran rekaan global seperti reddot, iF, Good Design Award, dan sebagainya.

Midea percaya bahawa kelengkapan rumah hari ini perlu serba boleh dan bukan sahaja mampu melakukan kerja yang spesifik – ia perlu menjadi pemboleh bagi penggunanya meluangkan lebih masa bersama keluarga. Sebab itulah Midea terus mewujudkan produk yang yang memandang ke hadapan dan sangat mesra pengguna.

Antara peralatan rumah yang sangat mesra pengguna keluaran Midea yang dipamerkan di IFA tahun ini adalah mesin basuh pinggan mangkuk paling menjimatkan tenaga (WQP12-J7635L) yang hanya menggunakan 7.5L air pada setiap pusingan, oven stim kompak terbina dalam dengan ciri-ciri lengkap (TR934H5H-S00E00), oven gelombang mikro pelbagai fungsi dengan fungsi kawalan sentuhan (AC925EC3-SV0E00 dan TC928A4A-SV0E00), kipas DC pintar ultra-senyap dengan bilah cecair bionik (FTS30-16BR), pengisar enam bilah (BL1192), periuk tekanan dengan sensor elektrik (PHT5083XM), cerek mesra sentuhan (HE1703) dan dapur aruhan gegelung magnetik unik setinggi 40mm dengan Teknologi EvenHeat (QHW2007).

Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk baharu di atas, sila lawati:
https://www.dropbox.com/s/3fh865hlmnqpmn8/Press%20Release%20-%20Midea%20IFA2016%20-Appendix.pdf?dl=0

Latar Belakang Midea

Ditubuhkan pada 1968, Midea (SZ:000333) adalah sebuah syarikat senaraian awam dan telah memasuki senarai Fortune 500 sejak Julai 2016 yang menawarkan salah satu rangkaian paling lengkap dalam industri kelengkapan rumah.

Midea mengkhusus dalam barangan rawatan udara (HVAC untuk B2B dan B2C), penyejukbekuan, mendobi, peralatan memasak yang besar, peralatan kecil dapur, peralatan air, penjagaan lantai dan pencahayaan.

Berpangkalan di Selatan China, Midea kini beroperasi dengan 100,000 kakitangan, 21 kemudahan pengeluaran di seluruh dunia, dan 260 pusat logistik di lebih 200 negara. Pertumbuhan lebih 50 tahun telah berjaya memberi keuntungan global sebanyak $22.17 billion USD pada 2015.

Hari ini, Midea adalah sebuah jenama utama terulung di China dalam pelbagai kategori. Ia juga pengeluar peralatan besar rumah yang terbesar di dunia dan pengeluar produk rawatan dan penyejuk udara, cerek, dan periuk nasi nombor 1 di dunia. * Setiap tahun Midea memenangi lebih 40+ anugerah rekaan di pelbagai pameran rekaan global seperti reddot, iF, Good Design Award, dan sebagainya.

Janji yang Midea garap dalam produknya adalah "untuk menyediakan satu penyelesaian sangat mesra pengguna untuk pengguna yang menghargai waktu-waktu seharian di rumah" dan melancarkan slogan yang merumuskan ideologi tersebut pada 2016 yang berbunyi "selesakan diri anda".

Sejak dekad yang lalu, Midea turut beroleh beberapa projek berprofil tinggi, dengan sorotan utama kejayaan 2016 dengan pemasangan penyelesaian HVAC canggih (Penyejuk Udara Corong Pengudaraan) di semua 12 stadium sukan di Brazil.

Berpandangan jauh, Midea menekankan strategi mereka untuk meneruskan perusahaan yang berdinamik tinggi mereka, dengan aspirasi untuk pertumbuhan malar yang merupakan ciri-ciri perniagaan bertaraf dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Midea di www.midea.com dan www.midea.com/global

*Euromonitor International Limited; Consumer Appliances 16ed

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/0861609101-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/0861609101LOGO

Source: Midea Group
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news