omniture

LERRI Solar Umum Perancangan Peluasan Di Luar Negara

LERRI Solar
2016-09-07 14:09 604

SHANGHAI, 7 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, LERRI Solar, pengeluar utama dunia produk modul solar monokristalin yang berpangkalan di Xi'an, China telah mengumumkan satu inisiatif baru untuk meningkatkan pengaruh mereka dalam membawakan nilai modul mono kepada pasaran antarabangsa. Dengan jerayawara teknikal dan kebolehuntungan di Jepun, India, A.S, UK, Australia, Thailand, Abu Dhabi, dan Afrika Selatan, LERRI Solar mempamerkan produk mono terbaru mereka dalam pasaran tempatan serta bertujuan untuk terus bersaing dalam jangka masa panjang.

Usul daripada LERRI Solar itu dibuat berdasarkan nilai modul tersebut kepada pembangun, EPC, dan paling penting, kepada pemilik/pelabur. Strategi teknologi daripada LERRI Solar adalah mengeluarkan sel silikon monokristalin berkecekapan tinggi yang disusun menjadi modul berjangka hayat panjang serta berprestasi tinggi menggunakan teknik pengeluaran proprietari yang mengurangkan kos pengeluaran serta mengurangkan kos tenaga yang terhasil daripada sinaran matahari.

"Selain daripada mempertingkat kemudahan pengeluaran kami di India dan Malaysia, kami juga telah menubuhkan subsidiari di Tokyo, Frankfurt, dan San José. Operasi di luar negara ini akan memajukan organisasi ini untuk menjadi peneraju tenaga solar global yang sebenar," kata En. Richard For, Ketua Perdagangan Luar Negara LERRI Solar.

Jadual Acara Jerayawara Akan Datang:


7-9 Sept. SISTEM PV OSAKA
Reruai: 37-2.

7-9 Sept. Tenaga Boleh Baharu India 2016
New Delhi, India
Reruai: 5.101

12-15 Sept. Tenaga Solar Antarabangsa Power
Las Vegas, Nevada, A.S.
Reruai: 2017

4-6 Okt. Tenaga Solar UK
NEC Birmingham
Reruai: A20

18-19 Okt. Persidangan Solar Ireland
Dublin, Ireland

29-30 November Persidangan Tenaga Solar Asia Tenggara
Bangkok, Thailand

Latar Belakang LERRI Solar

LERRI Solar adalah pengeluar terulung dunia produk sel dan modul solar monokristalin berkecekapan tinggi. Syarikat itu telah ditubuhkan pada 2007 dan diambilalih oleh Longi Group pada 2014. Longi Group (SH601012) adalah pembekal kepingan silikon monokristalin terbesar dunia, dengan jumlah aset melebihi $1.89 billion. (Sehingga Suku ke-2, 2016).  Syarikat ini beribu pejabat di Xi'an and mempunyai cawangan di Jepun, Eropah, Amerika Utara, India dan Malaysia.

Berbekalkan teknologi maju dan pengalaman yang luas dalam bidang silikon monokristalin Longi Group, LERRI Solar telah mengedarkan produk 760MW dalam 2015 dan menyudahkan pengedaran 923MW dalam separuh pertama 2016.

Dengan fokus yang mantap pada R&D, pengeluaran, dan penjualan & pemasaran produk silikon monokristalin, LERRI Solar komited untuk membekalkan penyelesaian LCOE terbaik serta mempromosikan penggunaan teknologi monokristalin ke seluruh dunia.

Laman Web: LERRI.com

Source: LERRI Solar
Related Stocks:
Shanghai:601012
Related Links:
Keywords: Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion