omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China (Shanghai) ke-38 bakal membuka tirai pada September ini menerusi Pelbagai Acara yang Menggalakkan Komunikasi yang Mantap

China International Furniture Fair
2016-09-07 19:12 965

SHANGHAI, 7 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Shanghai) (CIFF) kali ke-38 akan diadakan mulai 7 hingga 10 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), Shanghai. Lebih 40 acara bertaraf profesional di lokasi pameran akan diadakan, termasuk Anugerah Pinnacle, dikenali sebagai Anugerah Oscar untuk perabot Amerika, yang mengadakan jelajah pamerannya yang pertama di China, selain berperanan sebagai unit persembahannya.

Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) bakal membuka tirai CIFF (Shanghai) kali ke-38 pada 7 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), Hongqiao, Shanghai.
Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) bakal membuka tirai CIFF (Shanghai) kali ke-38 pada 7 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), Hongqiao, Shanghai.

Pelan Lantai (Bahasa Melayu):

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160906/404175

Menerusi tema "Perabot Kediaman Moden, Inovasi untuk Kehidupan Baharu", acara yang diadakan di pameran ini terdiri daripada pertunjukan rekaan, konvensyen dan forum perdagangan, yang bertujuan untuk meningkatkan komunikasi industri antarabangsa buat pihak pembekal serta pembeli.

CIFF ke-38 juga turut mengundang pakar-pakar bertaraf antarabangsa seperti pemenang Anugerah Pinnacle dan tetamu sidang kemuncak G20, artis Sepanyol yang cukup terkenal Cristobal Gabarron, selain arkitek Portugis yang terkemuka, pemenang Pritzker Prize Alvaro Siza, untuk menyertai pameran tersebut bagi membincangkan trend industri.

Menumpu kepada topik "warna", EAST Design Show akan bekerjasama dengan pelbagai jenama Asia yang terkemuka, bengkel kolej selain pihak individu dan juga studio media untuk memberikan keseronokan visual yang serba baharu kepada pengunjung, selain mempromosikan rekaan perabot oriental yang terbaik.

Pembeli yang berminat dengan perabot pejabat akan dapat mengalami sendiri pavilion pejabat dengan mengunjungi "Pejabat Fesyen". Pameran ini akan mempamerkan persekitaran pejabat pada masa depan dengan mengintegrasikan kaedah pameran fesyen pejabat, impak visual pindah silang dan pejabat e-dagang yang pintar.

Pada masa yang sama, Forum Industri Perabot China akan turut diadakan. Perintis industri dari serata dunia akan menumpu kepada penggunaan pelbagai sumber yang penting, usaha inovasi yang selanjutnya dan potensi peluang yang tersedia menerusi jurang pembuatan global.

Dengan kawasan seluas 400,000 meter persegi, CIFF Shanghai kali ke-38 akan menerima lebih 200 hadirin yang bertaraf profesional, pedagang, dan pasukan pereka dari lebih 30 buah negara dan juga kawasan. Bagi menyediakan pengalaman kunjungan yang terunggul, pameran ini akan turut menyediakan pelbagai pilihan perkhidmatan yang dinaik taraf. Laluan yang dikunjungi di kawasan pusat perniagaan pavilion turut dioptimumkan bagi membimbing pengunjung untuk ke destinasi yang ingin dituju.

"CIFF ialah ekspo perabot utama China. Ia mendukung idea asas yang melibatkan kebijaksanaan, kualiti dan inovasi sejak dari awal lagi," kata ahli jawatankuasa CIFF ke-38. "Ini bukanlah sekadar sebuah pameran, malah turut berperanan sebagai penghubung. Melalui platform CIFF, kami menjangkakan lebih ramai golongan elit daripada industri ini dari seluruh dunia dapat berkomunikasi, meneroka dan terus menggalakkan globalisasi dalam industri perabot."

Latar Belakang CIFF

Sebagai pameran perabot pertama dan terbesar di China, CIFF kali ke-38 akan dianjurkan oleh Pusat Dagangan Asing China (Kumpulan), Persatuan Perabot Guangdong, Dewan Perniagaan China bagi Import dan Eksport Produk Lampu Industri dan Seni Kraftangan serta akan dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/0861609105

Source: China International Furniture Fair
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news