omniture

Pelantikan Pengurusan Kanan Baharu di Elan

ELAN
2016-09-07 19:30 666

BEGUNJE, Slovenia, 7 September 2016 /PRNewswire/ --

Elan mengumumkan 3 ahli pasukan pengurusan kanan baharu, melengkapkan usaha perubahan syarikat di bawah milik persendirian struktur pengurusan gaya Barat.  

  • Milan Slevec  Ketua Pegawai Kewangan, sebelum ini berkhidmat dengan Novartis
  • Katarina Lavrin Marenče  Pengarah Perundangan, Sumber Manusia dan Korporat, sebelum ini berkhidmat dengan Avtotehna 
  • John Peterson  Pengarah, Bahagian Nautika, sebelum ini berkhidmat dengan Hunter Marine 

Milan Slevec, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan, pelaporan dan pengawalan. Pernah berkhidmat untuk Novartis, Jungheinrich dan Bayer, Milan juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang perakaunan, kawalan dan pengawasan kewangan. Di Novartis, Milan memantau 15 buah negara di bahagian Eropah Tengah dan Eropah Timur selaku Ketua Pegawai Kewangan. Milan mula berkhidmat untuk Elan pada Ogos 2016.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160408/353289LOGO )

Katarina Lavrin Marenče, Pengarah Perundangan, Sumber Manusia dan Korporat, juga seorang peguam, mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang undang-undang korporat, Sumber Manusia dan pengurusan. Terkini, beliau yang dilantik sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Sumber Manusia di Avtotehna, pernah menyandang banyak jawatan kepimpinan, termasuk penasihat undang-undang untuk kesatuan sekerja terbesar di Slovenia. Katarina mula berkhidmat untuk Elan pada Jun 2016.

John Peterson, Pengarah Bahagian Nautika, mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam bot kuasa dan perahu layar. Baru-baru ini di Hunter Marine, beliau menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Bahagian Jualan dan Pemasaran sepanjang lewat tahun 90-an hingga tahun 2006 apabila Hunter menjadi peneraju pasaran di Amerika. Bermula tahun 2006 hingga 2014, John menyandang jawatan sebagai Presiden di Hunter dan bertanggungjawab sebagai ahli Lembaga Pengarah. Beliau turut dilantik sebagai Presiden persatuan perdagangan industri AS, Sail America; dan merangkul Anugerah Kepimpinan Industri Pelayaran pada tahun 2007.

Ketua pegawai eksekutif Elan, Jeffrey Tirman, mengulas,"Kami amat berbesar hati kerana dapat menarik individu yang berkaliber tinggi untuk menyertai pasukan kami di Elan. Kepimpinan dan pengalaman mereka dapat melengkapi proses peralihan Elan agar bersedia menjadi sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dan mampu bersaing dengan jayanya di persada dunia."

LATAR BELAKANG ELAN. Elan d.o.o., ditubuhkan pada tahun 1945, ialah sebuah syarikat komposit maju yang pelbagai dan berpangkalan di Begunje, Slovenia. Elan telah dibeli oleh sekumpulan pelabur antarabangsa persendirian pada musim luruh tahun 2015. Empat divisyen utama Elan menumpu kepada i) komponen maju dan sangat teknikal yang digunakan dalam industri tenaga boleh diperbaharui dan industri khas yang lain, ii) peralatan sukan, dengan Elan diiktiraf sebagai penginovasi dan peneraju di dunia, iii) bot lumba canggih berprestasi tinggi dan juga perahu layar untuk beriadah dan iv) penyelesaian kejuruteraan untuk projek arena dan stadium di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan kepada kami melalui info@elan.si atau kunjungi laman sesawang kami di http://www.elan.si

Untuk maklumat lanjut, hubungi

Puan Tatjana Justin
tatjana.justin@elan.si
+386-(0)4-5351-101

Sumber: ELAN

Source: ELAN
Related Links:
Keywords: Workforce Management/Human Resources Personnel announcements