omniture

Pembukaan Pameran Hadiah & Barangan Rumah Terkemuka China di Shenzhen pada Oktober ini

Reed Huabo Exhibitions
2016-09-08 05:16 458

SHENZHEN, China, 8 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Hadiah & Barangan Rumah Antarabangsa (Shenzhen) China yang ke-24 dijadualkan akan diadakan dari 20 Oktober hingga 23 Oktober 2016, di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Sebagai acara dagangan hadiah terbesar China dengan jangkaan lebih daripada 4,500 reruai, acara akan mempamerkan hadiah menarik, produk gaya hidup premium dan perkhidmatan dari seluruh China dan lain-lain. Acara ini dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibitions.

Acara penyumberan hadiah terbesar Tanah Besar China

Komuniti dan ahli profesional hadiah domestik akan berkumpul di platform penyumberan unik ini untuk mengalami, merasai, membandingkan dan membeli secara terus lebih daripada 100,000 produk yang merangkumi lebih 100,000 meter persegi ruang pameran dalam 9 dewan.

Komunikasi bersemuka akan membantu membina hubungan dengan lebih daripada 2,500 pempamer yang mempamerkan keupayaan pembuatan mereka, menunjukkan trend, inovasi dan pelbagai produk baharu serta mengumpulkan risikan persaingan untuk meningkatkan perniagaan.

Acara dagangan ini merangkumi hadiah, barangan mengikut musim, alat tulis, peralatan sukan, hiasan rumah, perkakas rumah, produk dapur dan penyajian makanan dan penjagaan peribadi.  

Sorotan pelan lantai:

  • Dewan 3 ialah dewan Vape Antarabangsa, mengumpulkan kesemua pengilang vape besar di China.
  • Dewan 4 ialah Dewan Reka Bentuk Asli, produk rumah yang  kreatif.
  • Fenshui Exhibit Group akan berada di Dewan 6, Fenshui adalah salah satu bandar pengilang pen utama di China.
  • Di Dewan 7, salah satu pengilang tuala paling terkenal di China, Hebei Gao Yang, akan berada di situ untuk mempamerkan pilihan tuala.
  • Di Dewan 8 akan mempamerkan produk elektronik berkualiti daripada pembekal utama termasuklah perkakas elektronik, peralatan rumah dan produk persisian digital 3C.

Perkhidmatan nilai tambah untuk membentuk dagangan antara pembeli dan pembekal

Pembeli di acara ini akan menikmati pelbagai pilihan perkhidmatan percuma yang akan mempelbagaikan pengalaman penyumberan:

  • Terjemahan percuma untuk pembeli luar negara yang telah mendaftar sebelum ini.
  • Sistem Pembeli baharu untuk mempercepatkan pendaftaran di lokasi.
  • Pemadanan untuk pembeli yang telah mendaftar terlebih dahulu, anda boleh menghubungi kami melalui overseas@reedhuabo.com untuk meminta perkhidmatan ini secara percuma.

Shenzhen terletak di antara Hong Kong dan Guangzhou, dengan perjalanan yang mudah ke Shenzhen dari kedua-dua bandar dengan mengambil masa setengah jam. Ini merupakan acara yang tidak boleh dilepaskan di Shenzhen, China.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, sila lawati kami di: www.chinagiftsfair.com

Hubungan Media:
Lisa Li
+86-755-3398-9283
lisa.li@reedhuabo.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news