omniture

Huawei Mengumumkan Video Awan untuk Memudahkan Perkhidmatan Video

Huawei
2016-09-08 11:32 975

SHANGHAI, 8 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan Video Awan di HUAWEI CONNECT 2016. Melalui platform awan ini dan pembukaan keupayaan asas video, Huawei Video Awan membolehkan pelanggan untuk membangunkan perkhidmatan video dalam cara yang paling pantas, memberikan pengalaman pengguna yang hebat pada kadar harga yang mustahil sebelum ini.

Kai Li, Pengurus Besar Video Cloud, Huawei Carrier Software BU, mengumumkan Video Awan
Kai Li, Pengurus Besar Video Cloud, Huawei Carrier Software BU, mengumumkan Video Awan

Huawei Video Awan  membantu pelanggan untuk membawa  perkhidmatan video  dalam talian dengan pantas, mengurangkan TTM  kepada satu minggu, mengurangkan kos prasarana sehingga 90%, memastikan pengalaman pengguna  dan keselamatan data yang terbaik. Video  Awan  menyokong  pelbagai senario perkhidmatan, termasuk siaran langsung awan, VOD awan, permainan TV awan, siaran langsung selebriti  atau permainan, interaksi berbilang skrin, penjagaan kesihatan jarak jauh, dan pembelajaran dalam talian, mengurangkan kos  platform video di premis  dan pembinaan  prasarana CDN,  membantu pelanggan  dalam penggunaan komersial perkhidmatan video dengan pantas, menggalakkan kerjasama industri dan  membina satu ekosistem saling beruntung berdasarkan peningkatan keupayaan video terbuka yang semakin meningkat.

Kelebihan  perniagaan dan teknologi  peneraju Video Awan Huawei menawarkan :

  • Penumpuan pelanggan kepada perkhidmatan teras: Video Awan mengoptimumkan pelaburan TCO untuk pelanggan, mengurangkan pelaburan pengguna dalam teknologi video yang membolehkan pelanggan melaksanakan operasi yang tidak memerlukan banyak aset dan memberi fokus kepada perkhidmatan teras, seperti pengguna , kandungan, perkhidmatan dan operasi. Pembinaan dan penyeliaan platform video akan dikendalikan dengan berkesan oleh Video Awan yang disatukan.
  • Pelan pelaburan terbaik dan pengeluaran perkhidmatan yang terpantas: Video Awan membolehkan pelaburan atas permintaan, menjadikan risiko boleh dikawal. Modal permulaan untuk pembangunan perkhidmatan video dapat dikurangkan sehingga 90%, TTM platform video dapat dikurangkan kepada satu minggu. Operasi tangkas ala-internet disokong, membolehkan penawaran perkhidmatan yang pantas dan menangani cabaran-cabaran persaingan asimetrik terhadap pengguna OTT yang mempunyai kelebihan modal.
  • Keupayaan video terbuka: Video Awan membuka keupayaan video asas dan meningkatkan kecekapan O&M. Ia menggunakan sumber rakan global yang banyak, membolehkan industri menegak, dan membantu membina satu ekosistem video yang mudah dikendalikan.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah peneraju penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi global  (ICT).  Dipacu oleh inovasi yang berpusatkan pelanggan  dan perkongsian terbuka, Huawei  membangunkan  satu portfolio  penyelesaian ICT menyeluruh yang memberikan kelebihan persaingan  kepada pelanggan dalam  telekom dan rangkaian  perusahaan, peranti dan pengkomputeran awan. Penyelesaian ICT, produk dan perkhidmatan kami yang inovatif digunakan di lebih 170 buah negara dan rantau, berkhidmat kepada sepertiga penduduk dunia. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei  dalam talian di www.huawei.com

Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20160907/0861609175

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services