omniture

Kesesakan Lalu Lintas Kini Tidak Akan Sama Lagi menerusi Alat Penerima Audio Pioneer Pintar Baharu

Pioneer Electronics
2016-09-08 15:57 966

SINGAPURA, 8 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju bagi maklumat hiburan kereta, hari ini mengumumkan alat penerima dalam kereta bagi tahun 2017 berdasarkan pelantar perkakas baharu untuk menyediakan ciri-ciri yang lebih canggih dan meningkatkan penghasilan semula audio. Terdapat 11 model yang disediakan iaitu alat penerima CD 1-DIN DEH-X1950UB, DEH-X1952UB, DEH-X1953UB, DEH-X2950UI, DEH-X3950BT, DEH-X4950BT, dan DEH-X7850BT dan versi media digital MVH-X195UI, MVH-X395BT, MVH-X585BT, selain alat penerima CD 2-DIN FH-X785BT.

"Pioneer komited untuk mencipta pengalaman pemanduan terbaik dan alat penerima baharu ini memperlihatkan usaha kami. Melalui kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, kini kami membolehkan pelanggan menyesuaikan sistem bunyi mereka dengan mudah, sambil menambah aplikasi dan kandungan yang lebih popular terhadap aneka jenis kandungan sedia ada," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Perancangan dan Pemasaran Perniagaan, Kumpulan Jualan & Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre.

DEH-X7850BT
DEH-X7850BT

Alat penerima Pioneer baharu ini mempunyai ciri-ciri baharu yang menonjol:

PERSONALISASI BUNYI YANG MENDALAM

Penyama bunyi 13 jalur (EQ)[1], diperhebat menerusi dua kali ganda frekuensi yang boleh dilaraskan berbanding EQ kebanyakan kereta, menyediakan tahap kejelasan bunyi yang lebih jitu. Sementara itu, mod rangkaian 3 cara [2] yang baru dimasukkan, dapat meningkatkan pemisahan treble, vokal dan bes dengan ketara, bagi menjamin ketelitian yang lebih hebat, dengan menyepadukan twiter, pemacu pertengahan dan wufer dengan lancar.

PENALAAN LEBIH MUDAH DAN KANDUNGAN BAHARU MENERUSI ARC PIONEER Versi 2.2.0

Pioneer ARC[3], aplikasi mudah alih syarikat dengan semua fungsi, turut dikemas kini bagi memanfaatkan sepenuhnya EQ 13 jalur dan mod rangkaian 3 cara. Versi 2.2.0 kini menyokong EQ baharu dan menyediakan tetapan yang canggih, seperti tahap lintasan dan pembesar suara, yang boleh disesuaikan dengan mudah melalui antara muka "sentuh-dan-leret" yang intuitif dengan fungsi zum. Tetapan pemudar/keseimbangan yang baru diperkenalkan pula membolehkan pengguna menala parameter dengan mudah dan serentak. ARC kini turut menyokong aplikasi pihak ketiga, seperti Google Maps, Waze, Spotify, dan YouTube, yang membolehkan pegguna mengakses lebih banyak kandungan.

Aplikasi Pioneer ARC
Aplikasi Pioneer ARC

FLAC BAGI MENDAPATKAN MUZIK BERKUALITI STUDIO 

Bersaiz 50% hingga 60% lebih kecil berbanding fail WAV yang tidak dimampatkan, dan tidak mengurangkan kualiti bunyi asal, FLAC merupakan format audio pemampatan nirhilang yang paling popular dan digemari oleh peminat muzik serta penggemar audio. Dengan sokongan FLAC[4] 24-bit/96KHz, pemandu dan penumpang dapat menikmati lagu-lagu yang asli, hebat dengan muzik rakaman studio yang sungguh bersifat dinamik dan penuh nuansa.  

BERJUTA-JUTA LAGU YANG TELAH TERSEDIA

Spotify[5], kini mula tersedia di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina, serta lebih banyak negara-negara Asia Tenggara yang sedang diusahakan, mengekalkan himpunan senarai lagu yang amat banyak, melebihi 30 juta judul[6]. Fungsi main semula juga boleh dikawal langsung dengan mudah daripada papan pemuka atau telefon pintar yang terhubung, memanfaatkan sambungan USB (iOS) mahupun Bluetooth (Android).

PAPARAN YANG LEBIH BESAR, BERSUDUT LEBIH LUAS

Paparan[8] yang lebih luas dan dipertingkat bukan sekadar dari segi fizikalnya sahaja, malah turut menyediakan fungsi kejelasan dan kesedaran persekitaran yang diperingkat. Fungsi yang kedua ini melibatkan artis, album dan ikon lagu baharu, grafik EQ muzik yang beranimasi dan ikon status Pautan Telefon Pintar.

PENGECASAN PANTAS USB UNTUK ANDROID

DEH-X1953UB, DEH-X2950UI, DEH-X3950BT dan DEH-X4950BT dilengkapi dengan port USB yang mengeluarkan arus sehingga 1.5 ampere, memendekkan tempoh yang diperlukan untuk mengecas telefon pintar Android terkini dengan ketara, berbanding kebanyakan alat penerima CD.

KAWALAN KELANTANGAN ROTARI PILIHAN WARNA PRISMA

Ciri eksklusif pada DEH-X2950UI dan DEH-X4950BT ini ialah pengguna dapat memilih warna pilihan mereka untuk menerangi dail ini bagi meningkatkan suasana di dalam kabin kereta, manakala gayanya yang unik memberikan radio kereta (head unit) ini dengan wajah dan sentuhan yang premium.

Klik di sini untuk menonton video pengenalan alat penerima CD Pioneer 2017 baharu bagi mendapatkan maklumat lanjut serta melihat ciri-ciri baharu yang sungguh menarik.

INTEGRASI TELEFON PINTAR YANG MENYELURUH

Antara inovasi penting dan juga ciri-ciri utama yang lain:

  • MIXTRAX -- Teknologi DJ maya MIXTRAX® yang berevolusi oleh Pioneer dicipta untuk mengubah senarai muzik menjadi aneka campuran DJ tanpa henti, dengan fungsi peralihan dan memberi kesan secara automatik bagi menyusun bersama lagu-lagu daripada iPhone, iPod atau peranti storan USB. Pencahayaan dan paparan pada papan pemuka juga dapat bergetar dan menukar warna, mengikut tempo muzik, selain meningkatkan keamatan bagi memberikan pengalaman kelab yang menyeronokkan.
  • Fungsi Bluetooth yang Menyeluruh[9] -- Gandingan Dua Telefon Bluetooth membolehkan sehingga dua telefon bimbit dihubungkan dengan lancar bagi fungsi panggilan suara bebas tangan. Menerusi fungsi Pelayaran Audio Tanpa-Wayar[10], pemandu dapat mencari senarai muzik mereka melalui paparan pada radio kereta tanpa menyentuh telefon pintar[11], dan ini memberikan ciri kemudahan yang lebih hebat untuk pengguna selain pemanduan yang lebih selamat.

Untuk memuat turun imej produk beresolusi tinggi, sila layari https://www.dropbox.com/sh/e239o1tovrxs3wt/AABLy6KFJuvJo7taDDyPS8msa 

Alat Penerima Pioneer CD 2017 dan Media Digital baharu ini kini tersedia melalui seluruh pengedar Pioner yang dibenarkan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang produk ini, sila kunjungi halaman Facebook Hiburan Kereta Pioneer melalui www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Memandangkan ketersedian produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi wakil Pioneer yang berikut atau hubungi pejabat Pioneer tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut

Negara

Wakil

Model yang Disediakan

Maklumat Perhubungan

Thailand

Weerapol Pakavarangkur

DEH-X7850BT, DEH-X4950BT, DEH-X3950BT, DEH-X2950UI, DEH-X1953UB, DEH-X1952UB dan DEH-X1950UB

(66) 2717 0777

weerapol_pakavarangkur@pioneer.com.sg

 

Singapura

Charlotte Tan

DEH-X7850BT, FH-X785BT, DEH-X4950BT, DEH-X2950UI dan DEH-X1950UB

(65) 6603 9008

charlotte.tan@text100.com.sg

Malaysia

Ryan Lee

DEH-X7850BT, DEH-X4950BT, DEH-X3950BT, DEH-X2950UI, DEH-X1953UB, DEH-X1950UB, dan MVH-X195UI

(03) 2697 2920

ryanleeok@pioneer.com.sg

Indonesia

Max Adam Kamil

 

DEH-X4950BT, DEH-X3950BT, DEH-X2950UI dan DEH-X1950UB

(62-21) 632 1946 (6 lines)

(62) 812 86662777

adamkamil.max@hotmail.com

 

Filipina

Gina Cercado

DEH-X4950BT, DEH-X3950BT, DEH-X2950UI, DEH-X1950UB dan MVH-X195UI

(63) 2 8526706

gina@zamony.com.ph

Vietnam

En. Duc

DEH-X1950UB dan MVH-X195UI

(84) 8 35162870*(306)

duc.nguyenquang@vtb.com.vn

Israel

Shay Sade

DEH-X4950BT, DEH-X3950BT, DEH-X2950UI, DEH-X1950UB, MVH-X395BT dan MVH-X195UI 

972-3-6951538
972-52-3667478

shay@udt.co.il

Nota tambahan:

i.

Sila baca manual operasi produk serta arahan dan amaran yang disediakan dengan aplikasi ARC Pioneer serta kandungan yang disediakan sebelum digunakan.

ii.

Jangan menggunakan sistem Pioneer anda sekiranya mengganggu perhatian anda dalam cara apa jua terhadap pengendalian kenderaan anda secara selamat. Sentiasa waspada terhadap peraturan pemanduan yang selamat. Di beberapa negara, beberapa operasi peranti semasa memandu adalah menyalahi undang-undang. Jika peraturan sedemikian dikenakan, ia perlu dipatuhi.

iii.

Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan USB bersaiz besar dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar atau peranti lain semasa menggunakan alat penerima.

iv.

Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon bimbit dengan fungsi serasi Bluetooth. Beberapa ciri Bluetooth mungkin tidak menyokong semua peranti dengan fungsi serasi Bluetooth, dan/atau fungsi ciri-ciri sedemikian mungkin terhad pada peranti tertentu atau oleh syarikat komunikasi tanpa wayar tertentu.

v.

Alat Penerima CD dan Media Digital Pioneer adalah untuk telefon pintar Android tertentu sahaja. Keserasian adalah berbeza mengikut telefon pintar Android. Sila semak dengan pengedar Pioneer tempatan yang dibenarkan untuk maklumat lanjut.

vi.

PIONEER dan MIXTRAX ialah tanda dagangan berdaftar Pioneer Corporation.

vii.

Apple®, iPhone® ialah tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

viii.

Android™ ialah tanda dagangan Google Inc.

ix.

Google Map™ ialah tanda dagangan Google Inc.

x.

iOS® ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cisco di A.S. dan negara lain serta digunakan mengikut lesen.

xi.

BLUETOOTH® ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc

xii.

Spotify® ialah tanda dagangan berdaftar Spotify Group.

xiii.

Waze™ ialah tanda dagangan Waze Mobile.

xiv.

Semua jenama, nama produk atau logo lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemegang produk masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, segmen perniagaan utama Pioneer ialah visual audio untuk kereta. Pioneer bermatlamat untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama kereta yang terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hiburan yang menyeluruh untuk kemudahan dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi masa depan serta perkhidmatan penyimpanan maya yang inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

[1] 

Hanya untuk DEH-X7850BT, FH-X785BT dan MVH-X585BT

[2]

Hanya untuk DEH-X7850BT, FH-X785BT dan MVH-X585BT

[3]

Penggunaan fungsi ini memerlukan aplikasi ARC Pioneer yang perlu dipasang dalam peranti mudah alih. Aplikasi ini serasi dengan sentuhan iPhone dan iPod yang beroperasi dengan sistem iOS 8.0 atau versi baharu dan iPhone 5 atau model baharu. Ia juga serasi dengan peranti sistem operasi Android OS 4.1 atau versi baharu dan menyokong fungsi Bluetooth SPP (Profil Port Bersiri) serta AOA (Aksesori Terbuka Android) 2.0.

[4]

Hanya untuk DEH-X7850BT, FH-X785BT, dan MVH-X585BT dengan fail disimpan dalam pemacu pena USB.

[5]

Hanya untuk DEH-X2950UI (terhad untuk iOS), DEH-X3950B, DEH-X4950BT, DEH-X7850BT, MVH-X195UI (terhad untuk iOS), MVH-X395BT, MVH-X585BT, dan FH-X785BT.

[6] 

http://sea-globe.com/spotify-singapore-asia-headquarterds-focus-asean/

[7]

Hanya untuk DEH-X7850BT, FH-X785BT dan MVH-X585BT

[8]

Hanya untuk DEH-X3950BT, DEH-X4950BT, DEH-X7850BT, MVH-X395BT, MVH-X585BT, dan FH-X785BT

[9]

Disediakan hanya untuk alat penerima Pioneer dengan sambungan Bluetooth terbina dalam.

[10]

Memerlukan peranti iOS dan Android yang serasi dengan AVRCP versi 1.5.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160902/8521605505-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160902/8521605505-b

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Auto Computer Hardware Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Transportation New products/services