BERLIN, 9 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Peneraju pengeluar peralatan pengguna Midea menghadiri pameran perdagangan 2016 IFA dari 2 hingga 7 September bertempat di pusat pameran antarabangsa Messe Berlin dengan produk peralatan dapur terkini yang mengetengahkan teknologi eksklusif, kecekapan tenaga dan pengalaman pengguna yang mudah.
Semasa acara enam hari tersebut, reruai syarikat menampilkan demo dapur dan ruang tamu termasuk bahagian perkakasan dapur berasingan seperti oven, dapur, mesin pembersih pinggan mangkuk, pembersih hampagas dan set HHO (hud, hob dan oven) dengan teknologi dan rekaan yang canggih.
"Midea percaya dapur dan perkakasan rumah perlu lebih pintar untuk keluarga moden, yang bukan sahaja mencari produk yang mempunyai penyelesaian dan prestasi yang mantap, tetapi juga menjadikan kehidupan lebih mudah, pintar dan selesa serta dapat dipadankan dengan kemas ke dalam reka bentuk dapur yang baik," kata Danielle Boils, Pengarah Penjenamaan dan Pemasaran, Jabatan Jualan dan Pemasaran Luar Negara dari Bahagian Perkakasan Dapur Midea.
Kelebihan Midea dalam membangunkan produk inovatif, meningkatkan kecekapan dan meluaskan skala operasi global membantu syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih jauh.
Produk utama yang menarik perhatian di IFA 2016 termasuk dapur memasak yang sangat fleksibel dengan ciri bebas zon induksi; hud dapur yang lebih cekap tenaga yang menggunakan penapis karbon untuk pengedaran semula; oven kontemporari mesra pengguna; pembersih hampagas yang direka dengan sempurna yang memudahkan pembersihan rumah, dan pembersih pinggan mangkuk dengan antara muka sentuhan.
"IFA ialah peneraju pameran dunia untuk pengguna elektrik dan perkakasan rumah, memperkenalkan inovasi produk, platform perdagangan dan pusat pertemuan bagi pengeluar dan pembekal global. Ia adalah peluang hebat untuk memperkenalkan teknologi dan produk terkini kami," kata Boils. "Pameran Midea di IFA 2016 sangat membuahkan hasil. Produk kami diterima dengan baik dan platform itu juga telah memberikan kami perspektif baru dalam industri."
Latar Belakang Bahagian Perkakasan Dapur Midea
Bahagian Perkakasan Dapur Midea adalah sebahagian daripada Midea Group, salah satu pengeluar terbesar perkakasan rumah di China. Ditubuhkan pada 1968, Midea ialah pembekal perkakasan dapur terbesar dunia dengan pendapatan jualan tahunan melebihi USD 2.7 bilion, dan pengeluar ketuhar mikro No. 1 dan pembersih pinggan mangkuk No.3 dunia. Ia beroperasi dengan tiga pangkalan pengeluaran dan dua pusat R&D di China selain pangkalan pengeluaran di Belarus dan pusat R&D di Bologna, Italy.