omniture

Tujuh yang Mengagumkan - Fragrance Du Bois Mengumumkan Rancangan Pengembangan bagi September 2016

Fragrance Du Bois
2016-09-09 11:20 957

Geneva, 9 Sept. 2016 / PRNewswire / -- Untuk peminat tegar Gaharu dan peminat keharuman seluruh dunia, gedung minyak wangi mewah Perancis, Fragrance Du Bois dan barisan produknya yang mengagumkan, mungkin akan menjadi lebih dekat tidak lama lagi.

Dengan butik sedia ada yang menarik dan mencuri perhatian di Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok dan di House of Jovoy di Paris, Fragrance Du Bois akan membuka pintunya di tidak kurang tujuh lokasi baharu sebelum akhir bulan September, meluaskan jejak global bagi jenama yang muda bertenaga ini.

Fragrance Du Bois menyedari bahawa permintaan untuk 100% minyak Gaharu tulen semulajadi dan produk berkaitannya sangat menggalakkan dan terus meningkat, dan syarikat menanganinya dengan rancangan hebat untuk memenuhi pasaran yang sentiasa berkembang.

Rue du Rhone yang terkenal di Geneva ialah tempat butik kemegahan terbaharu Fragrance Du Bois di Eropah (kredit foto kepada Citizen Hedonist)
Rue du Rhone yang terkenal di Geneva ialah tempat butik kemegahan terbaharu Fragrance Du Bois di Eropah (kredit foto kepada Citizen Hedonist)

Menempatkan pelbagai jenama mewah yang paling berprestij dunia, Geneva, Switzerland tidak lama lagi bakal menjadi tuan rumah kepada butik kemegahan Fragrance Du Bois yang terbaharu. Dengan unsur-unsur rekaan dalaman yang mempesona pelanggan di Kuala Lumpur, Bangkok dan Singapura, butik di 8 Rue du Rhône bersedia untuk menjadi satu mercu tanda peminat Gaharu Eropah dan "perfumistas".

Fragrance Du Bois boleh didapati di Profumo, Via Brera, Milano Itali (Kredit foto kepada Profumo Milano)
Fragrance Du Bois boleh didapati di Profumo, Via Brera, Milano Itali (Kredit foto kepada Profumo Milano)

Bertapak di Eropah, Fragrance Du Bois akan dibuka di jalan yang sinonim dengan dunia wangian -- Via Brera, di Milan, Itali -- pusat daerah yang telah bertahun-tahun dikaitkan dengan reka bentuk, seni, inovasi dan kreativiti. Bersama-sama Profumo -- salah satu kilang minyak wangi tertua milik keluarga yang paling dihormati di Itali -- Batang kayu sampel dan meja klos terkenal Fragrance Du Bois akan dipamerkan di pentas runcit.

Di Puerto Banus, Marbella, Sepanyol, Fragrance Du Bois akan menggoda deria hidu pengembara mewah dan peminat haruman antarabangsa di Niche Perfumes -- sebuah butik eksklusif yang berbangga dengan penumpuan khusus kepada hanya produk yang paling inovatif dan eksklusif.

Bertempat di tengah-tengah Timur Tengah dan dikaitkan dengan Gaharu dan kesemua produk sampingannya selama beribu-ribu tahun, Doha, Qatar, merupakan pilihan lokasi yang paling bertepatan dalam pelan peluasan Fragrance Du Bois.

Meneruskan perkongsian sinerginya dengan House of Jovoy -- yang terbukti amat berjaya dan menguntungkan di Paris, Perancis -- Fragrance Du Bois bakal menjadi bahagian penting di butik kemegahan Jovoy baharu di Timur Tengah. Selain rangkaian keharuman eksotik, vintaj, minyak Gaharu yang jarang ditermui juga akan dipamerkan dan pastinya akan menggoda pakar-pakar Gaharu terkemuka di rantau ini.

Bergerak dari timur ke Asia, pembukaan Fragrance Du Bois di Hong Kong mempunyai signifikan khusus, baik dari segi komersial mahupun emosi.

Hong Kong, atau "Pelabuhan Wangian", menjadi nama rasmi yang direkodkan selepas Perjanjian Nanking pada tahun 1842  dan digelarkan sedemikian kerana perniagaan kayu gaharu (yang menghasilkan minyak Gaharu) yang singgah di pelabuhan yang sibuk itu lebih satu setengah abad dahulu. Hanya sebuah ladang spesies Aquilaria pokok yang menghasilkan gaharu kekal di wilayah itu, dan ia kini dikendalikan bagi pihak Fragrance Du Bois.

Fragrance Du Bois akan muncul buat pertama kali di Asia Timur di satu-satunya butik minyak wangi artistik pertama Hong Kong, Parfumerie Trésor, di daerah Central di 28 Lyndhurst Terrace di bandar itu dan perancangan telah dibuat menzahirkan keunikan dalam rangkaian FDB yang akan mengandungi minyak Gaharu disulingkan dari sebuah ladang di Hong Kong buat kali pertama dalam tempoh lebih 100 tahun.

Beralih dari timur ke Asia, Fragrance Du Bois boleh didapati di Parfumerie Tresor Hong Kong
Beralih dari timur ke Asia, Fragrance Du Bois boleh didapati di Parfumerie Tresor Hong Kong

"Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa berfikiran ke hadapan dan sedar tentang peranan kami dalam menjaga persekitaran serta dalam melindungi spesies terancam," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois . "Semua Gaharu yang dihasilkan dari ladang-ladang lestari kami yang diuruskan sendiri dan ini juga bererti bahawa kami mempunyai kawalan mutu mutlak. Permintaan kepada butik dan konsep Gaharu tulen kami sangat tinggi dan rancangan pengembangan kami mencerminkan hal ini. Pada ketika ini, kami hanya dihadkan oleh logistik dan keupayaan pasukan kreatif kami untuk mereka bentuk dan menyesuaikan kedai baru sambil mengekalkan piawaian dan etos kami."

Dengan peluang konsep "butik dalam gedung" baharu di Robinsons Kuala Lumpur dan Singapura, Fragrance Du Bois akan menambah kedai-kedainya di seluruh dunia dengan 'tujuh yang hebat' menjelang akhir September, dengan pelan untuk Zurich, Riyadh, Jeddah, Muscat, Dubai, Los Angeles dan New York dalam bulan-bulan mendatang. Sesuatu yang istimewa dan unik juga dirancang untuk London, namun syarikat masih merahsiakannya buat masa ini.

"Dengan permintaan untuk wangian kami, produk berkaitan dan jenama jemputan yang kami membawa," simpul Parker, "Kami berada di landasan kehadiran global di kira-kira 200 lokasi menjelang tahun 2020, dan walaupun ia kelihatan menggusarkan, kami percaya kami boleh melakukannya. Mantera kami 'Gaharu Tulen, Kemewahan Tulen' bergema di seluruh dunia dan kami akan lakukan yang terbaik untuk mengekalkan momentum dan memenuhi permintaan."  


Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Charlotte Medigue 
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran – Eropah
Emel: charlotte.medigue@fragrancedubois.com 
Tel: +41 22 707 7330

Samantha Tham   
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran – Asia
Email: samantha.tham@asiaplantationcapital.com 
Mobil: +65 6634 4707

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois adalah pusat minyak wangi mewah nic yang dilahirkan daripada intipati alam semula jadi terkaya, dihasilkan oleh generasi kelima pembuat wangian dari tradisi Grasse Perancis abad ke-17. Asas bagi semua ciptaan Fragrance Du Bois ialah Gaharu istimewa kami yang merembeskan kemewahan terhebat, unik dan tersendiri. Semua Gaharu yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan daripada ladang lestari yang diuruskan sendiri dan dengan jaminan etika dan sumber yang lestari.

Foto- http://photos.prnasia.com/prnh/20160907/8521605651-a
Foto- http://photos.prnasia.com/prnh/20160907/8521605651-b
Foto- http://photos.prnasia.com/prnh/20160907/8521605651-c

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion New products/services