omniture

Midea Memperkenalkan Teknologi Jimat Tenaga Revolusioner untuk Perkakas Dapur dan

Midea Kitchen Appliance Division
2016-09-09 20:46 643

BERLIN, 9 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Midea, pengeluar perkakas pengguna yang terkemuka, telah menggamit perhatian di pameran perdagangan IFA 2016 menerusi produk perkakas dapur dan rumah yang terkini, menonjolkan teknologi berjenama ketika pameran perdagangan utama dunia itu mula berlangsung pada 2 September di pusat pameran antarabangsa Messe Berlin.

A star product at the 2016 IFA exhibition is the 16D vacuum cleaner, Midea's first ever cordless vacuum cleaner with hair detangle function at the charging dock.
A star product at the 2016 IFA exhibition is the 16D vacuum cleaner, Midea's first ever cordless vacuum cleaner with hair detangle function at the charging dock.

Midea membuat kemunculan semula yang hebat sempena IFA tahun ini dengan memberi tumpuan khusus kepada teknologi yang inovatif bermatlamat untuk memudahkan kehidupan setiap keluarga.

Produk utama di IFA 2016 ialah mesin pencuci pinggan terbina dalam 7735L terkini daripada Midea, model yang lebih pintar dan lebih selamat yang dapat meningkatkan pengalaman pengguna dan mampu menjimatkan tenaga dengan ketara menerusi lima teknologi baharu yang inovatif.

Mesin pencuci pinggan yang amat menjimatkan tenaga ini hanya menggunakan 7.5L air (dua gelen) bagi setiap kitaran melalui sistem pengurusan air pintar AquaVaultTM yang dapat menyesuaikan penggunaan air mengikut keperluan, sedangkan mesin pencuci pinggan biasa memerlukan 10L. Teknologi HeatFLEXTM pintar oleh Midea dapat meningkatkan suhu pembasuhan apabila diperlukan, manakala teknologi VeloxTM pula dapat mempercepatkan proses pengeringan sehingga 15 minit.

Mesin pencuci pinggan 7735L ini turut dilengkapi dengan panel kawalan depan tutup sendiri Flip2LaunchTM berserta fungsi sensor sentuhan agar lebih memudahkan pengendalian, manakala TrueChildLockTM dapat mengelakkan kanak-kanak mengubah kitaran pembasuhan atau menghidupkan mesin pencuci pinggan tanpa sengaja.

Midea turut membangunkan teknologi baharu untuk produk-produk lain demi menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat serta mudah, dan membawa mereka ke IFA 2016. Ketuhar wap jimat tenaga dapat mencecah suhu sehingga 100 darjah Celsius (212 Fahrenheit) dalam masa dua minit. Sensor pintar ketuhar gelombang mikro pula mampu melaraskan tempoh memasak, bergantung kepada lembapan, kelembapan atau berat makanan.

"Teknologi ialah elemen paling penting dalam membangunkan produk perkakas dapur dan rumah baharu. Midea komited untuk mencipta produk-produk yang dapat memberi kejutan dan mesra pengguna yang mudah digunakan. Kami menumpu kepada penyelesaian masalah sebenar yang dihadapi setiap hari oleh pengguna di rumah mereka," kata Danielle Boils, Pengarah Penjenamaan dan Pemasaran, Jabatan Jualan & Pemasaran Luar Negara, Bahagian Perkakasan Dapur Midea.

Latar Belakang Bahagian Perkakasan Dapur Midea

Bahagian Perkakasan Dapur Midea ialah sebahagian daripada Midea Group, salah satu pengeluar perkakasan rumah terbesar di China. Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea ialah salah satu pembekal perkakasan dapur terbesar di dunia dan hasil perolehan jualan tahunannya melebihi USD2.7 bilion, selain merupakan pengeluar ketuhar gelombang mikro No.1 dan mesin pencuci pinggan No.3 di dunia. Ia mengendalikan tiga buah kemudahan pengeluaran dan dua buah pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di China, selain sebuah kemudahan pengeluaran di Belarus dan sebuah pusat R&D di Bologna, Itali.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160908/0861609112

Source: Midea Kitchen Appliance Division
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC New products/services Trade show news