omniture

Lexinta Lantik Dr. Paul Fang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat

LEXINTA AG
2016-09-12 07:45 454

ZUG, Switzerland, 12 September 2016 /PRNewswire/ -- The Lexinta Group berbesar hati mengumumkan pelantikan Dr Paul Fang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, untuk mengetuai peluasan berterusan Lexinta ke dalam pasaran global. Dr Fang akan mula menggalas jawatan baharu beliau pada 1 Oktober 2016.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/405942LOGO

Presiden Lexinta Group, Bismark Badilla, berkata, "Kami dengan gembiranya mengalu-alukan Paul ke dalam pasukan eksekutif dan keluarga besar Lexinta. Dengan pengalaman luas beliau, Paul merupakan individu yang sesuai untuk menggalas peranan ketua dalam peluasan berterusan Lexinta ke dalam pasaran Asia dan pasaran-pasaran lain."

Paul Fang, berkata, "saya berasa amat berbangga apabila diberikan kepercayaan dengan kemungkinan untuk mengetuai syarikat yang bertindak secara dinamik dan di peringkat global. Pasaran kewangan antarabangsa menghadapi rintangan dan ia merupakan satu cabaran besar untuk berjaya dalam industri ini. Perkara ini lebih dirasai di pasaran Asia, yang sememangnya amat sengit. Saya tidak sabar untuk membawakan pengalaman sekian lama saya dalam Perundingan Pengurusan, Perbankan dan Pengurusan Aset dan menyumbang secara aktif kepada strategi peluasan di Lexinta."

Latar Belakang Lexinta Group

Lexinta Group ialah syarikat pengurusan aset global milik swasta, dengan pejabat di tiga buah benua. Kumpulan ini beribu pejabat di Zug, Switzerland, pangkalan Lexinta AG, diperbadankan sebagai syarikat awam berhad pada 28 Januari 2011, dengan pejabat berdaftarnya di Bahnhofstrasse 23, 6300 Zug, Switzerland. Syarikat dilesenkan sebagai syaikat pengurusan aset dan pengantaraan kewangan bawah undang-undang Switzerland. Lexinta AG merupakan ahli Organisasi Peraturan Kendiri (SRO's) yang diiktiraf FINMA PolyReg (http://www.polyreg.ch ) dan PolyAsset (http://www.polyasset.ch ). 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Lexinta Group, sila lawati: http://www.lexintagroup.com

Hubungan Media:
David Scott
Lexinta Group
+41-41-544-83-89
pr@lexintagroup.com

Source: LEXINTA AG
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements