omniture

Kavalan Mendapat Tempat ke-5 Teratas Wiski Dunia di International Review of Spirits

Pembuat wiski Taiwan menewaskan IRS, meraih anugerah Platinum terbesar
Kavalan
2016-09-12 09:15 712

TAIPEI, Taiwan, 12 Sept. 2016 / PRNewswire / -- Kavalan telah memonopoli pertandingan bebas "International Review of Spirits" Beverage Testing Institute, memastikan tiada wiski lain berada dalam kedudukan 5 teratasnya.

Kavalan Claims Top 5 Whiskies in the World at International Review of Sprits
Kavalan Claims Top 5 Whiskies in the World at International Review of Sprits

Kavalan mendapat 5 Pingat Platinum kadar tertinggi (Superlatif) dan 10 Pingat Emas (Luar biasa) dalam keputusan 2016 yang diumumkan minggu lepas, membawa pulang lebih daripada 200 pingat emas atau lebih.

Pengasas En YT Lee berkata Platinum dianugerahkan kepada:

No. 1 "Solist" Ex-Bourbon Wiski Malt Tunggal Kepekatan Tong Tunggal - 98
No. 2 "Solist" Vinho Barrique Wiski Malt Tunggal Kepekatan Tong Tunggal - 98
No. 3 "Solist" Amontillado Sherry Wiski Malt Tunggal Kepekatan Tong Tunggal - 98
No. 4 "Solist" Sherry Wiski Malt Tunggal Kepekatan Tong Tunggal - 97
No. 5 Sherry Oak Wiski Malt Tunggal - 97

"Kami bersyukur bagi setiap anugerah yang kami terima kerana itu menandakan bahawa kami berada di jalan yang betul," kata En Lee. "Kami ingin menciptakan wiski yang terbaik di dunia untuk pelanggan kami dan pengiktirafan ini membantu untuk memenuhi matlamat kami."

Pemenang Pingat Emas:

Ex-Bourbon Oak, Single Malt Whisky, Concertmaster, King Car Conductor dan Podium. Dan dalam barisan "Solist" Kepekatan Tong Tunggal: Brandy, Manzanila Sherry, Pedro Ximenez Sherry, Moscatel Sherry dan Fino Sherry. 

Sebelum ini, Anugerah Wiski Dunia (WWA) berprestij telah memilih Kavalan Solist Vinho Barrique  sebagai "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia" 2015 dan Solist Amontillado Sherry Single Cask Strength sebagai "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" 2016. 

Latar Belakang Kavalan

Kilang Penyulingan Kavalan di Taiwan telah menumpukan kepada seni wiski malta tunggal sejak 2006 dan penerima 210 anugerah emas. Di kilang penyulingannya, pasukan R&D terbaik di dunia, pakar pengisar yang terlatih di UK dan perunding wiski antarabangsa menyelia pengeluaran 5 juta biji botol wiski dengan rasa terhebat di dunia pada setiap tahun.

Dimatangkan di dalam botol oak Amerika dalam kelembapan dan haba yang kuat, gabungan bayu laut dan gunung dan mata air Snow Mountain juga membantu untuk mewujudkan keistimewaan Wiski Kavalan yang penuh krim. Kavalan mengambil namanya daripada nama lama Yilan County dan disokong dengan 30 tahun pembuatan minuman syarikat induk, King Car Group. Ia boleh didapati di 40 buah negara. Lawati www.kavalanwhisky.com/en/

Hubungan Media:

Yvonne Chou
886-3922-9000#7162
yvonne@kavalandistillery.com 

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160908/8521605685

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards