omniture

Majalah CIOReview Mengiktiraf Mahindra Comviva sebagai Salah Satu daripada 20 Penyedia Penyelesaian Data Besar Paling Berpotensi

Mahindra Comviva
2016-09-12 11:27 591

NEW DELHI, 12 September 2016 /PRNewswire/ -- Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan ia terpilih dalam senarai 20 Penyedia Penyelesaian Data Besar Paling Berpotensi oleh majalah CIOReview.    

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160908/405488 )
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

Vignesh Ananthraj, Pengarang Urusan, CIOReview berkata, "Syarikat-syarikat yang tersenarai sebagai 20 Penyedia Penyelesaian Data Besar Paling Berpotensi terdiri daripada kumpulan organisasi bertaraf elit yang membawa perubahan dalam industri masing-masing, bukan sahaja hasil strategi yang inovatif, malah menerusi kaedah pengendalian yang diuji oleh industri." Beliau menambah lagi "Mahindra Comviva telah dipaparkan pada muka hadapan majalah tersebut kerana menjadi penggiat industri yang dominan dalam domain data besar. Dalam edisi CIOReview kali ini, kami menonjolkan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak syarikat dalam memudahkan perjalanan pengalaman pengguna menerusi pemahaman yang boleh dilaksana melalui data besar. Kami teruja untuk menyaksikan prestasi pertumbuhan Mahindra Comviva pada masa depan setelah beralih daripada bukti konsep kepada pelaksanaan yang berhasil."

Amit Sanyal, Ketua Bahagian Perniagaan, Penyelesaian Nilai Pengguna di Mahindra Comviva berkata, "Pengiktirafan yang diberikan ini mengesahkan usaha kami dalam menyediakan satu himpunan penyelesian Pengurusan Nilai Pengguna, melibatkan seluruh rantaian nilai pihak pengendali. Dalam dunia telekomunikasi masa kini yang kompleks, terdapat keperluan terhadap penyelesaian hujung-ke-hujung yang dapat menyediakan pandangan yang holistik serta bersepadu kepada pengguna, yang membantu membentuk pengalaman pelanggan yang menarik untuk pihak pengendali. Ini bukan sahaja dapat membantu mengukuhkan hasil perolehan syarikat, bahkan turut memudahkan Proses Pembangunan Produk - satu atribut yang menentukan nasib pihak pengendali dalam pasaran yang amat berdaya saing masa kini."

Mahindra Comviva menyediakan pihak pengendali dengan pandangan yang bersepadu dan berkonteks pihak pelanggan. Menerusi pandangan yang lebih teliti dan menyeluruh pelanggan, ia dapat memudahkan pihak pengendali untuk memenuhi setiap peringkat perjalanan pelanggan menerusi kandungan yang kontekstual serta diperibadikan. Suite Mobilytx daripada Mahindra Comviva dengan penyelesaian data besar dapat memperlihatkan interaksi pengguna dalam masa sebenar seraya menggunakan maklumat tersebut untuk memperoleh pemahaman yang boleh dilaksana yang diperlukan bagi memacu keputusan yang lebih baik.

CIOReview ialah sebuah majalah teknologi yang membincangkan tentang penyelesaian perusahaan yang dapat menentukan semula matlamat perniagaan perusahaan pada masa depan. Ia merupakan sumber utama yang berkongsikan penyelesaian perusahaan yang inovatif, dibangunkan oleh penyedia penyelesaian yang terkemuka, perusahaan tumpuan akan datang dan menjadi sumber penting untuk pembuat keputusan dalam industri teknologi.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Bahagian Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat Global
E-mel: pr@mahindracomviva.com

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications