OXFORD, England, 13 September 2016 /PRNewswire/ -- Oxford Gene Technology (OGT), Syarikat Genetik Molekul, telah melancarkan dua prob penghidribidan in situ flouresen (FISH) berlabel CE-IVD, meluaskan portfolio kanser paru-paru yang luas dengan lebih lanjut. Prob Cytocell Aquarius® ROS1 Plus Breakapart dan RET Breakapart* dengan spesifik dan tepat mengesan penyusunan semula di dalam genom yang berkait dengan sejenis kanser paru-paru yang paling biasa - kanser paru-paru sel bukan kecil (NSCLC). Penambahan baharu melengkapi rangkaian prob NSCLC OGT yang sedia ada (termasuk ALK Breakapart, EGFR Amplification dan EML Breakapart), memberikan penyelesaian komprehensif bagi diagnosis dan penstratifikasi pesakit.
Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling biasa didiagnos serta sebab utama bagi kematian akibat kanser dalam kalangan lelaki. Di seluruh dunia, kanser paru-paru merupakan 1.8 juta kes baharu pada tahun 2012,[1] dengan NSCLC merupakan 85% daripadanya. Manisha Maurya, Saintis Klinikal, Royal Marsden NHS Foundation Trust, menjelaskan kepentingan prob Cytocell baharu: "Oleh sebab NSCLC boleh diklasifikasikan dalam subjenis molekul yang berbeza, pengenalpastian genom yang tepat bagi subjenis yang betul amat penting bagi rawatan yang disasarkan. Dalam kajian pengesahsahihan, prob Cytocell baharu untuk NSCLC menunjukkan signal yang tepat dan terang yang membolehkan visualisasi dan perolehan keputusan yang mudah. Prob ini akan meningkatkan kebolehan kami dengan lebih lanjut untuk menyusun peringkat dan merawat NSCLC."
"Pengurus Besar Produk bagi Pathalogy di OGT, Steve Chatters juga mengulas: Penyelidikan kanser pantas berkembang. Di OGT, kami bekerja dengan saintis klinikal terkemuka untuk membangunkan produk inovatif yang menggunakan pemahaman saintifik terbaharu. Contohnya adalah Prob Cytocell Aquarius ROS1 Plus Breakapart baharu kami, yang telah direka bentuk bukan sahaja untuk meliputi kawasan ROS1 tetapi juga kawasan yang telah dibuang dalam pelakuran ROS1-GOPC, membolehkan analisis yang lebih komprehensif."
Prob ini boleh didapati dalam dua saiz ekonomi dan dipracampur dalam penimbal penghibridan - menjimatkan masa dan mengurangkan kemungkinan berlakunya kesilapan. Dioptimumkan sepenuhnya untuk digunakan sampel formalin ditetapkan, paraffin terbenam (FFPE), prob FISH Cytocell mengeluarkan signal berkeamatan tinggi dengan latar belakang yang minima untuk keputusan yang tepat, boleh dipercayai dan diagnos yang diyakini.
Muat turun brosur baharu OGT di http://www.ogt.com/NSCLC untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian meluas prob FISH Cytocell untuk NSCLC.
Rujukan
Nota untuk editor:
Latar Belakang Oxford Gene Technology
Oxford Gene Technology (OGT) menyediakan penyelesaian penyelidikan genetik bertaraf dunia kepada institusi penyelidikan klinikal dan akademik terkemuka. Diasaskan oleh Professor Sir Edwin Southern dan dengan pelanggan di lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia, OGT mempunyai reputasi yang kukuh dan saham yang semakin meningkat dalam pasaran perubatan genom yang besar dan semakin meningkat. Rangkaian produk penghidribidan in situ flouresen (FISH) Cytocell®, CytoSure™ and SureSeq™, mikrotatasusunan dan penjujukan generasi yang seterusnya (NGS) syarikat menyampaikan analisis genetik berkualiti tinggi, membolehkan pengenalpastian dan pengesahan yang tepat kepada penyebab variasi penyakit genetik tersirat.
*Prob Cytocell Aquarius® RET Breakapart dan ROS1 Plus Breakapart telah menerima label CE-IVD dan boleh didapati dari 8 September 2016.
CytoSure™, SureSeq™ dan myProbes®: Untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja; Bukan untuk Kegunaan Tatacara Diagnostik. Cytocell: Beberapa produk mungkin tidak boleh didapati di Amerika Syarikat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Oxford Gene Technology, Begbroke Science Park, Begbroke Hill, Woodstock Road, Begbroke, Oxfordshire, OX5 1PF, U.K.
T: +44(0)1865-856826 ; F: +44(0)1865-848684
E: contact@ogt.com ; W: http://www.ogt.com ; Twitter: @OxfordGeneTech
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/406091LOGO