omniture

Allegis Group Umumkan Pelancaran Jenama Asia Pasifik

Allegis Global
2016-09-14 09:01 644

SYDNEY, 14 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Allegis Group, peneraju global dalam penyelesaian bakat, memposisi semula strategi jenama perekrutan dalam pasaran APAC untuk membawakan pengkhususan yang lebih tinggi kepada perkhidmatan perekrutannya untuk jawatan kontrak dan tetap.

Jenama Khas Untuk Keperluan Khusus Pelanggan 

Secara keseluruhannya, Allegis Group mewakili satu rangkaian syarikat pengkhususan dengan perkhidmatan yang menangani hampir kesemua cabaran tenaga kerja.  Sama ada pelanggan memerlukan seorang eksekutif baharu atau perkhidmatan penghantaran terurus, Allegis Group menyediakan penyelesaiannya.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, Allegis Group telah meluaskan jejak globalnya dengan kehadiran yang semakin berkembang di Asia Pasifik.  Dalam tahun 2008, Allegis Group memasuki pasaran China sebagai Allegis-BN, satu usaha sama dengan BN Management Consultants dan dalam tahun 2011, memperoleh Aston Carter dan meluaskan kehadirannya di Asia Pasifik dengan kehadiran di Hong Kong dan Singapura.  Dalam tahun 2014, ia memperoleh Talent2 dan membentuk perkhidmatan perekrutan yang benar-benar global dengan menggandingkan kepimpinan pengendalian Allegis Group dengan capai kawasan dan pengetahuan Talent2 tentang pasaran APAC.  Tahun ini, syarikat turut memperoleh Benchmark di China untuk terus mengukuhkan perniagaan yang sedia ada.

Setelah menjalankan kajian mendalam dengan pelanggan dan calon-calonnya, Allegis Group kini membuat keputusan strategik untuk menghentikan jenama Allegis-BN, Talent2 dan Benchmark untuk menyusun semula perkhidmatan perekrutannya di bawah tiga jenama global, yang mengkhusus dalam kategori kemahiran berbeza:

  • Aston Carter : Menumpu kepada professional perniagaan dalam Perakauan & Kewangan; Audit, Risiko & Kepatuhan; Perkhidmatan Perbankan & Kewangan; Sumber Manusia; Operasi; Jualan, Pemasaran, Komunikasi & Digital; dan Strategi, Perubahan & Transformasi.
  • TEKsystems : Menumpu kepada professional IT dalam Aplikasi; Sokongan Pengguna Akhir; Kepimpinan; Infrastruktur Rangkaian; dan PMO & Pengurusan Projek.
  • Aerotek : Menumpu kepada professional perindustrian dan teknikal dalam Klinikal & Saintifik; Kejuruteraan; Hartanah & Pembinaan; dan Rantaian Pembekal & Logistik.

"Perkembangan kami didorong oleh penyediaan tahap perkhidmatan dan kepakaran yang lebih hebat kepada pelanggan dan calon-calon kami," kata Richard Waag, Presiden Allegis Group APAC.  "Strategi jenama perekrutan dengan fokus khusus kepada kategori kemahiran berbeza membolehkan kami mengukuhkan kerjasama dan meningkatkan nilai yang kami sediakan dalam pasaran.  Dengan penyusunan semula jenama yang dilaksanakan baru-baru ini untuk Aston Carter, TEKsystems, dan Aerotek, inilah masa yang tepat untuk membawa platform kukuh talent2, Allegis-BN dan Benchmark ke tahap seterusnya."

Nilai Pengkhususan

Allegis Group percaya pendekatan berfokusnya itu bermanfaat kepada pelanggan dan calon-calonnya. Kajian tinjauan proprietari dan kumpulan fokus syarikat mendedahkan kedua-dua populasi pelanggan lebih cenderung untuk bekerjasama dengan rakan kongsi perekrutan dengan kepakaran dan fokus dalam set kemahiran yang khusus.  Kajian kami menunjukkan kepuasan pelanggan mendapat kesan positif 98 peratusan poin apabila firma perekrutan mempunyai kepakaran khusus untuk memahami dan menempatkan kemahiran yang mereka perlukan.  Untuk calon-calon, kepuasan mendapat impak positif dengan 93 peratusan poin.

Bagi pelanggan, pengkhususan membolehkan rakan kongsi perekrutan untuk membina pengetahuan yang lebih mendalam tentang keutamaan yang diletakkan oleh pengurus pengambilan pekerja, dan dapat menyumber dan menilai professional berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan.  Bagi calon-calon, rakan kongsi yang berfokus akan dapat memahami kemahiran dan kepakaran khusus, dan lebih berkesan dalam menyediakan jawatan berkaitan yang membantu peningkatan kerjaya.

"Dalam tahun lepas, kami menyusun pasukan dalaman kami untuk memacu dan menyokong strategi jenama perekrutan khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan dan global kami.  Pasukan kami melalui latihan yang memakan masa berbulan-bulan dan disediakan dengan sumber yang tepat bagi membolehkan syarikat menyediakan tahap perkhidmatan perundingan dan pengkhususan yang sebaiknya kepada pelanggan dan calon-calon.  Kami bersedia dan teruja untuk melancarkan tiga jenama global kami ke pasaran perekrutan APAC, dan kami yakin para pelanggan kami akan menyukai fokus mendalam yang kami sediakan," kata Waag.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Lara Squire, Pengurus Kanan Strategi & Jenama, Allegis Group, APAC
Tel: +61 2 9087 6369; Talian Mudah Alih: +61 2 414 798 024; Emel: lara.squire@allegisgroup.com

Latar Belakang Allegis Group 

Allegis Group ialah peneraju global dalam penyelesaian bakat yang fokus dalam meningkatkan usaha dan mengambil berat lebih daripada penyedia perkhidmatan yang lain.  Kami akan berusaha lebih untuk memahami keperluan kelompok kami – pelanggan, calon-calon dan pekerja kami – dan akan tekal menunaikan janji kami untuk menyediakan kualiti pengalaman yang tiada tandingan.  Itulah yang membezakan Allegis Group, dan ia dilaksanakan di setiap syarikat Allegis Group.  Dengan lebilh US$11 bilion pendapatan tahunan dan lebih 500 lokasi di seluruh dunia, rangkaian kami menyediakan suit lengkap penyelesaian bakat kepada perniagaan – tanpa mengorbankan kepakaran nic yang diperlukan dalam memastikan kejayaan perkongsian.  Kumpulan syarikat yang khusus kami termasuk: Aerotek, TEKsystems, Allegis Global Solutions, Aston Carter, Major, Lindsey & Africa, Allegis Partners, MarketSource, dan EASi. Lawati www.AllegisGroup.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Source: Allegis Global
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources New products/services