omniture

Pameran Canton ke-120 Kembali Pada Musim Luruh Ini dengan Pelancaran Pameran Tekstil dan Pakaian Pada Penghujung Oktober

Pameran Canton
2016-09-14 16:14 632

GUANGZHOU, China, 14 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-120, iaitu pameran perdagangan bertaraf antarabangsa yang terbesar di dunia, bakal membuka tirai pada musim luruh ini di Guangzhou, dengan zon tekstil dan pakaian akan diadakan pada Fasa III iaitu mulai 31 Oktober hingga 4 November.

Zon tekstil dan pakaian telah menjadi tumpuan utama pada Pameran Canton. Menurut Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton, zon-zon pameran ini menerima 6,778 reruai dan 3,345 pempamer pada Pameran Canton ke-119 dan angka ini dijangka meningkat bagi pameran yang diadakan kali ini.

Zon-zon pameran Pameran Canton ke-120 ini akan mempamerkan pakaian lelaki dan wanita, tekstil kediaman, bahan tekstil serta fabrik. Ia bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelian sehenti paling mudah untuk pembeli, yang dapat mencari produk yang mereka inginkan tanpa mengira skala dan kategori.

Zon pakaian lelaki dan perempuan di Kawasan A akan mempamerkan pakaian untuk lelaki dan wanita, baju pengantin, pakaian rasmi dan banyak lagi. Persembahan industri khas yang menumpu kepada produk-produk yang memiliki ciri-ciri tempatan akan diadakan di lorong tengah Kawasan A semasa fasa mempamerkan produk tekstil dan pakaian yang menampilkan ciri budaya tempatan dan serantau daripada syarikat-syarikat terkemuka. Pembekal global dari seluruh dunia seperti Turki, India dan Pakistan akan membawakan tekstil kediaman seperti tuala, jubah mandi, bantal dan juga rumput tiruan.

Produk-produk tekstil kediaman seperti cadar, tekstil hiasan rumah dan tekstil untuk bilik mandi, dapur serta ruang makan akan dipamerkan di Kawasan C. Kawasan ini juga akan menumpu kepada bahan dan juga fabrik tekstil. Produk aksesori untuk pakaian seperti fabrik, gentian, benang dan banyak lagi akan turut dipamerkan. Syarikat-syarikat terkemuka juga akan menyertai pameran bahan dan fabrik tekstil ini.

"Walaupun pasaran tekstil antarabangsa mengalami kemerosotan, kita perlu mencipta satu kejayaan. Zon tekstil dan pakaian bagi tahun ini akan beralih daripada pameran biasa kepada usaha mempromosikan dan mempercepatkan penubuhan rantaian industri serta ekuiti jenama yang komprehensif," jelas En. Liu. "Kami berharap ahli-ahli rantaian akan memperoleh inspirasi daripada teknologi digital dan rangkaian yang digunakan dalam industri ini."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Dengan sejarah selama 60 tahun sejak mula diadakan pada musim bunga 1957, pameran itu merupakan pameran komprehensif dengan sejarah terpanjang, bertaraf tertinggi, skala terbesar, dan bilangan produk terbanyak serta pengagihan pembeli global terluas dan juga pusing ganti perniagaan tertinggi di China. Pameran Canton menarik lebih 24,000 buah syarikat di China dan 500 dari luar negara dengan kewibawaan yang mantap serta kehebatan yang tinggi. Pameran Canton memfokuskan perdagangan import dan eksport dengan kaedah perdagangan yang fleksibel serta pelbagai, mengadakan pameran perdagangan dalam talian serentak dengan pameran yang biasa diadakan.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Trade show news