omniture

Christian Louboutin Memperkenalkan Koleksi Kapsul Edisi Terhad bersama SportyHenri.com


Christian Louboutin
SportyHenri.com
2016-09-14 18:22 617

PARIS, 14 September 2016 /PRNewswire/ -- Christian Louboutin dengan sukacitanya memperkenalkan koleksi kapsul yang eksklusif, satu kolaborasi pertama seumpamanya dengan SportyHenri.com, gedung e-konsep untuk golongan lelaki yang baru dilancarkan khusus untuk sukan serta gaya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/7922051-christian-louboutin-collection-sportyhenri

Hasil inspirasi moto Sporty Henri, "Mettre Le Sport En Valeur," Christian Louboutin mencipta empat gaya edisi terhad, berdasarkan bentuk sniker yang banyak dikumpul bagi koleksi lelaki ini. Kasutnya pula memanfaatkan gabungan warna jenama Sporty Henri iaitu antara warna putih, biru kobalt dan hitam serta logo yang istimewa, berprofil aktif dan elegan, diinspirasikan oleh pengasas dan bekas pemain bola baling profesional Perancis, Henri Tai manakala kesemua hasil rekaan didatangkan dengan permukaan tapak kasut berwarna merah yang menjadi identiti Christian Louboutin.

Berkenaan koleksi edisi terhad tersebut, Christian Louboutin berkata, "Ia menjadi suatu kepuasan buat diri saya kerana dapat memberi sedikit sentuhan dan mencipta beberapa rekaan eksklusif yang pada pandangan saya, memperlihatkan nilai yang amat penting buat Henri: sukan digabungkan dengan gaya melalui cara yang menyeronokkan dan berwarna warni. Saya benar-benar teruja kerada dapat menjadi sebahagian daripada cabaran baharu bersama SportyHenri.com."

Dilancarkan pada April, SportyHenri.com menawarkan saranan unik antara aktiviti membeli belah dan editorial untuk atlet yang amat mementingkan jahitan, termasuk khidmat nasihat bertaraf dunia selain gaya rutin dan bimbingan berkualiti. Laman ini bertujuan untuk menginspirasikan pengunjung bagi memanfaatkan gaya bersukan menerusi ilmu pengetahuan dan sokongan daripada "The Gang". Pakar-pakar yang amat disegani dalam bidang ini, seperti Tony Parker, berkongsi pengalaman, amalan peribadi dan panduan untuk mengekalkan gaya hidup yang aktif. SportyHenri.com menawarkan pelbagai gabungan jenama antarabangsa dan jenama khusus yang premium daripada industri fesyen serta sukan, kesemuanya dipilih sendiri oleh Tai. Kolaborasi ini adalah kapsul eksklusif yang pertama untuk laman sesawang itu.

"Bagi saya, pakaian melambangkan diri saya dan ia membolehkan saya mengekspresikan sesuatu tentang diri saya dan personaliti saya. Ia juga memberi saya ruang untuk terus mengenali peribadi diri saya. Visi inilah yang ingin saya hidupkan bersama SportyHenri.com, dan ia dapat dimanifestasikan melalui kapsul hebat ini dan saya berasa amat berbesar hati kerana dapat menawarkannya kepada para pelanggan kami secara eksklusif," kata Tai mengenai jalinan kerjasama dengan Christian Louboutin.

Kolaborasi baharu yang menarik ini merupakan projek kedua untuk rakan-rakan kerjasama ini iaitu antara Louboutin dan Tai yang berganding bahu untuk menyokong delegasi Negara Cuba sebagai Pembekal Rasmi Pakaian Keraian sempena Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini.

Koleksi ini akan disediakan bermula hari ini melalui SportyHenri.com dan butik terkenal Christian Louboutin yang terpilih.

Ketahui lebih lanjut:

@LouboutinHomme

@SportyHenri

#CLxSportyHenri

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160912/406340 

Source:
Christian Louboutin
SportyHenri.com
Keywords: Computer/Electronics Fashion Retail Sports Sports Equipment & Accessories Textiles Web Site Licensing/marketing agreements