omniture

Penyiasatan Jenayah ke atas Hidupan Liar Viet Nam: Perbicaraan Awam Diumumkan

The Wildlife Justice Commission
2016-09-15 08:00 653

HAGUE, Belanda, 15 September 2016 /PRNewswire/ -- Susulan penyiasatan selama setahun terhadap hub dagangan hidupan liar, Ni Khe, Viet Nam, Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar akan mengadakan Perbicaraan Awam pada 14 & 15 November 2016 di Peace Palace di Hague, Belanda.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160912/406563 )

US$ 53.1 juta bahagian dan produk badak, gajah dan harimau diseludup melalui rangkaian jenayah melibatkan 51 individu.

Kes fail kami (Peta Fakta), lebih 5,000 halaman termasuk audio/visual, yang dibentangkan kepada Viet Nam pada Januari 2016 dan China pada Februari 2016. Melalui beberapa siri lawatan, penyiasat kami memerhati secara langsung:

-US$42.7juta tanduk badak, US$6.8juta gading, US$3.6juta bahagian badan harimau

-Sejumlah 907 ekor gajah, 579 ekor badak, 225 ekor harimau

-Termasuk tenggiling, beruang, penyu sirih dan enggang gading

-579 ekor badak – bersamaan dengan separuh jumlah badak yang diburu secara haram di Afrika Selatan 2015

-Terdapat peningkatan membimbangkan dalam perdagangan harimau secara haram

-Peluasan Nhi Khe sebagai hub dagangan melalui media sosial: WeChat dan Facebook

-Bukti termasuk 17 akaun bank dari China, yang digunakan oleh penyeludup untuk menerima bayaran daripada pembeli China

Olivia Swaak-Goldman, Pengarah Eksekutif, Suruhanjaya Keadilan Haiwan Liar, berkata:

"Kami telah menyediakan fail kes terperinci kepada pihak berkuasa Vietnam dengan semua perkara yang diperlukan untuk mendakwa penjenayah tersebut seterusnya menghentikan operasi. Kami telah menghulurkan bantuan dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mengalakkan pihak berkuasa Vietnam bertindak, tetapi setakat ini usaha tersebut masih tidak berjaya. Skala jenayah yang terlibat tidak boleh dipandang ringan.

Aspirasi kami adalah agar keadilan dapat dilaksanakan melalui semangat kolaborasi, tetapi dengan tiada tindakan susulan kami tiada pilihan selain membentangkan bukti kami di forum awam global…

Walaupun telah ada sejumlah bukti kukuh, yang disediakan oleh penguatkuasa undang-undang professional untuk digunakan oleh pihak penguatkuasaan undang-undang Vietnam, capaian meluas diplomatik dan hubungan pihak-pihak berkepentingan antarabangsa, kerajaan Vietnam gagal mengambil tindakan tegas bagi menghentikan rangkaian jenayah ini.

Berbeza dengan pihak berkuasa di China –  pasaran utama untuk produk ini – telah menunjukkan bahawa mereka memandang kes ini dengan serius dan telah memulakan siasatan awal.

Bukti daripada penyiasatan, pakar-pakar dan saksi-saksi akan didengari sepanjang dua hari oleh panel bebas, lima ahli panel saksama antarabangsa dari Panel Akauntabiliti kami.

Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar beroperasi secara global: lima lagi siasatan sedang dijalankan, selebihnya masih berada dalam penelitian. Penyiasatan terbaru di Malaysia membawa kepada penangkapan 12 orang penyeludup.

Butiran lanjut di http://www.wildlifejustice.org

Sumber: The Wildlife Justice Commission

Source: The Wildlife Justice Commission
Keywords: Environmental Products & Services Animal Welfare Animals/Pets Environmental Issues