omniture

Terokai Kekayaan Tradisi Naga dengan Kem Mewah TUTC

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2016-09-15 14:17 559

MUMBAI, 15 September 2016 /PRNewswire/ --

- Bongkar Misteri Pesta Budaya Ekstravaganza Terbesar India – Festival Enggang

- Kem Beroperasi Dari 29 November sehingga 12 Disember, 2016 

The Ultimate Travelling Camp (TUTC) akan mengembara dari Ladakh yang indah dan menjejakkan kaki ke Nagaland untuk menyambut pengunjung ke pengalaman mewah yang intim di Kem Kohima,bertempat di hutan terpencil dan bukit bukau yang sedia terbentang untuk dijelajahi. Ekspidisi ini bertepatan dengan Festival Enggang, perayaan terbesar oleh pendekar kaum asli Nagaland di mana 16 puak dari negeri timur utara India berkumpul untuk mempamerkan kekayaan budaya mereka tersendiri. Setiap hari mereka akan menyajikan persembahan bertenaga, kraf, sukan seperti memanah dan bergusti, pesta makanan, permainan dan majlis keagamaan.


      (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160913/406904)

Memperkenalkan konsep 'Glamping' atau perkhemahan mewah kepada pengunjung pandai menilai, Kem Kohima TUTC menjemput pengunjung menikmati keselesaan kemewahan sambil menyaksikan kemeriahan dan keunikan acara-acara di Festival Enggang. Kem ini beroperasi dalam tempoh terhad selama 14 hari sahaja dari 29 November hingga 12 Disember. Pengunjung boleh memilih dan menyesuaikan perjalanan mereka dengan pelbagai jadual perjalanan yang disusun dengan teliti iaitu pakej 2 malam, 3 malam, 4  malam dan 5 malam.

Dengan Kem Kohima TUTC, pengunjung dapat melalui pengalaman eksplorasi kaum dalam nikmat kemewahan. Menikmati arak nasi tempatan, menjamah keenakan resepi puak, menjadi sebahagian dari himpunan tarian dan lagu rakyat, menyertai acara yang menyeronokkan seperti memanjat tiang buluh bergris atau pertandingan makan cili, melawat Perkuburan Perang Dunia ke 2 Kohima dan menamatkan hari anda dengan berehat dalam kemewahan yang sedia menanti anda di Kem Kohima TUTC.

Kem ekslusif ini mempunyai servis yang tiada tolok banding seperti Wi-Fi Tanpa Had di Resepsi Khemah, 24/7 kawalan keselamatan dan paramedik di tapak, 24/7 bekalan tenaga elektrik, butik & perpustakaan dan servis pelayan peribadi. Setiap khemah mempunyai tandas yang bersambung dengan akses 24 jam kepada air panas dan sejuk. Setiap khemah mempunyai fokus lembut warna padang pasir dengan perabot kolonial yang mengimbas kembali Raj British. Cef di TUTC menggunakan bahan segar dari kebun untuk menyediakan dan menjamu pengunjung dengan hidangan bertaraf dunia – Hidangan Serantau, Antarabangsa dan India yang menepati selera pengunjung.

Untuk butiran pakej, layari http://www.tutc.com/

Untuk maklumat lanjut hubungi kami di chaitra.shetty@tutc.com atau info@tutc.com atau telefon +91-8010902222.

Sumber: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

 

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel