MACAU, Sept. 13, 2016 /PRNewswire/ -- Ditengah-tengah keriuhan dan keraian, The Parisian Macao membuka tirainya kepada orang awam buat pertama kalinya pada Selasa, 13 Sept. jam 8:18 malam (CST).
Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/parisian_201609.shtml
Pembukaan besar-besaran pusat peranginan bersepadu terkini daripada Sands China Ltd. (HKEx: 1928) serta syarikat induk Las Vegas Sands Corp. (NYSE: LVS) memperlihatkan pencapaian paling besar bagi wawasan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, En. Sheldon G. Adelson terhadap Cotai Strip.
"Bermula dengan Venetian dan kini menambah Parisian ke dalam rangkaian ini, Cotai Strip telah menjadi salah satu keajaiban dunia pelancongan yang paling hebat di dunia," kata En. Adelson. "Kami melihat sendiri Macau mengalami perubahan yang sama dengan perubahan yang berlaku di Las Vegas yang mengambil masa berdekad-dekad untuk terlaksana, berkembang daripada sebuah destinasi yang hanya sesuai untuk golongan pelanggan yang berjudi, kepada persekitaran yang masih menyediakan pengalaman perjudian yang selamat dan bereputasi, namun turut menawarkan pelbagai aktiviti, tarikan serta kemudahan untuk orang ramai daripada seluruh latar belakang, tahap pendapatan dan juga minat."
"Tiada siapa yang pernah meletakkan kepercayaan yang tinggi atau melabur lebih banyak terhadap masa depan Macau sebagai destinasi pelancongan dan perniagaan," sambung En. Adelson. "Kami tidak pernah goyah dengan pelan pembangunan kami, atau hasrat kami untuk menjadi model bagi jenis pembangunan yang dapat membantu mempelbagaikan ekonomi Macau melalui pengenalan serta perkembangan tarikan penting yang bukan berkaitan perjudian. Saya amat berbangga dan berbesar hati kerana syarikat kami memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap Macau dan saya akan sentiasa berterima kasih kepada penduduk Macau atas sokongan yang mereka tunjukkan walaupun sebelum kami melancarkan Sands Macao pada tahun 2004."
Adelson turut serta dalam sesi soal jawab pada awal hari ini di sidang akhbar yang beliau hadiri bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Las Vegas Sands En. Robert G. Goldstein dan Presiden Sands China Ltd. Dr. Wilfred Wong. Sidang akhbar itu dipengerusikan oleh En. Ron Reese, naib presiden kanan bahagian komunikasi global dan hal ehwal korporat untuk Las Vegas Sands.
Semasa ucapan pembukaan beliau, Dr. Wong berkata: "Sands China ialah sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Macau dan kami amat berbangga kerana mampu meningkat maju bersama bandar ini. Beroperasi di Macau sebagai pemaju pusat peranginan bersepadu memberikan peluang unik kepada Sands China dan juga keistimewaan untuk menyumbang terhadap usaha transformasi bandar ini menjadi pusat pelancongan dan bersantai di dunia. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang kami terima selama bertahun-tahun daripada kerajaan SAR Macau, masyarakat Macau yang dinamik dan unik, selain daripada 30,000 ahli pasukan kami."
Majlis pembukaan pada malam Selasa melibatkan piroteknik dan pertunjukan cahaya di pusat rekreasi asli separa skala Menara Eiffel, The Parisian Macao yang kini menjadi elemen utama di latar langit Cotai. Acara utama hiburan bagi program tersebut merupakan persembahan oleh penyanyi Belgium yang meraih pelbagai anugerah iaitu Lara Fabian, yang membuat kemunculan sulung di Macau.
Cotai Strip penuh sesak dengan warga tempatan dan pelancong, yang telah berhimpun di luar bagi menikmati acara pembukaan ihsan daripada strim langsung yang disiarkan melalui semua skrin luar bersaiz besar Sands China di sepanjang Cotai Strip.
Tetamu kehormat yang hadir pada majlis pembukaan tersebut ialah Cik Chan Hoi Fan, pemangku ketua eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau; En. Sun Da, timbalan pengarah Pejabat Perhubungan bagi Kerajaan Pusat Rakyat di SAR Macau; En. Cai Siping, pemangku pesuruhjaya, Pejabat Pesuruhjaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China di Wilayah Pentadbiran Khas Macau; En. Leong Vai Tac, setiausaha ekonomi dan kewangan SAR Macau; Dr. Alexis Tam Chon Weng, setiausaha hal ehwal sosial dan budaya SAR Macau; En. Adelson; Dr. Miriam Adelson; En. Goldstein; Dr. Wong; En. Patrick Dumont, ketua pegawai kewangan Las Vegas Sands Corp.; dan En. Antonio Ferreira, pengarah urusan Venetian Macau Limited.
Agar terus mengekalkan tradisinya, tarian naga menjadi bahagian acara yang penting pada awal hari ini dan acara-acara pada sebelah petang diakhiri dengan majlis makan malam gala yang menampilkan persembahan daripada pelakon wanita Hong Kong serta bintang pop, Karen Mok.
Majlis pembukaan itu berlangsung hingga hari Rabu menerusi acara pertunjukan fesyen di Shoppes at Parisian, dan beberapa acara pertunjukan fesyen pengguna tambahan selain acara dalam gedung pada 15 dan 16 Sept.
Acara sambutan ini berlangsung sepanjang bulan perasmian pada September, dengan menyediakan pelbagai promosi eksklusif untuk pemegang Kad Pengenalan penduduk Macau. Promosi Parisian Loves Locals menawarkan pelbagai tawaran istimewa dalam seluruh hartanah Sands China yang disediakan khusus untuk penduduk tempatan Macau bagi menggalakkan mereka untuk menyertai acara sambutan tersebut dan menikmati pelbagai elemen bukan perjudian yang disediakan. Ia merupakan satu cara untuk syarikat menyumbang kepada masyarakat tempatan dan menyatakan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama bertahun-tahun, tawaran 14-29 September ini termasuk diskaun untuk penginapan, pengangkutan, aktiviti hiburan dan juga aktiviti senggang.
Ahli pasukan Sands China turut meraikan pembukaan pusat peranginan baharu pada hari Selasa itu bersama para eksekutif Sands China. Sambutan oleh ahli pasukan di kawasan belakang The Parisian adalah bertemakan Perancis yang merangkumi acara hiburan, permainan dan cabutan bertuah, serta hadiah-hadiah termasuk penginapan hotel secara percuma di The Parisian, baucer restoran, dan tiket untuk memasuki destinasi tarikan pusat peranginan tersebut seperti dek kolam renang dan taman tema air.
Diinspirasikan oleh magis dan keajaiban Kota Cahaya yang terkenal, The Parisian Macao menyediakan pelbagai kemudahan pusat peranginan bersepadu yang serba lengkap termasuk 3,000 bilik tamu dan suit, ruang konvensyen dan mesyuarat, restoran hiburan, spa, kelab kanak-kanak, kelab kesihatan, dek kolam renang berserta taman tema air, selain panggung yang menyediakan 1,200 tempat duduk, antara kemudahan lain yang disediakan. Pusat membeli belahnya, Shoppes at Parisian, menawarkan fesyen dan busana paling terkini dalam suasana yang menyerupai jalan-jalan di Paris, dengan gabungan pelbagai artis jalanan serta penghibur yang membangkitkan pengalaman yang sebenar. Maklumat lanjut disediakan di www.parisianmacao.com.
Portfolio hartanah Sands China kini menawarkan hampir 13,000 buah bilik hotel dan suit, dengan penambahan The Parisian Macao, berserta pusat peranginan Cotai yang serupa, The Venetian Macao; The Plaza Macao, menampilkan Seasons Hotel Macao; dan Sands Cotai Central, menempatkan hotel-hotel oleh St. Regis, Conrad, Sheraton Grand, dan Holiday Inn; selain Sands Macao di bahagian semenanjung Macau.
Pusat-pusat peranginan ini bersama-sama menyediakan pelbagai pilihan hiburan yang menampilkan bintang terkenal yang bertaraf antarabangsa, aktiviti membeli belah bebas cukai bersama lebih 800 penjual yang menyediakan pilihan jenama yang cukup luas, 1.65 juta kaki (150,000 meter persegi) ruang mesyuarat dan konvensyen untuk mengadakan persidangan dan juga pameran utama di Asia, kemudahan pengangkutan, dan lebih 140 pilihan untuk menjamu selera termasuk bar, ruang istirehat dan restoran berbintang Michelin.
Latar Belakang Las Vegas Sands Corp.
Las Vegas Sands (NYSE: LVS) ialah pemaju dan pengendali utama dunia bagi Pusat Peranginan Bersepadu. Rangkaian Pusat Peranginan Bersepadu kami di Asia dan Amerika Syarikat menyediakan kemudahan konvensyen dan pameran yang moden, penginapan premium, pilihan perjudian dan hiburan bertaraf dunia, destinasi untuk membeli belah dan menjamu selera termasuk restoran-restoran cef selebriti serta banyak lagi kemudahan lain.
Hartanah kami melibatkan pusat-pusat peranginan The Venetian dan The Palazzo serta Sands Expo di Las Vegas, Sands Bethlehem di Timur Pennsylvania, dan Marina Bay Sands yang ikonik di Singapura. Melalui pemilikan majoriti di Sands China Ltd. (HK: 1928), LVS memiliki sebuah portfolio hartanah di Cotai Strip di Macau, termasuk The Venetian Macao, The Plaza dan Four Seasons Hotel Macao, Sands Cotai Central, The Parisian Macao, serta Sands Macao di bahagian semenanjung Macau.
LVS berdedikasi untuk menjadi warga korporat yang baik, ditunjangi oleh prinsip-prinsip utama untuk menyediakan persekitaran bekerja yang hebat untuk lebih 50,000 kakitangan di seluruh dunia, memacu impak melalui program kewarganegaraan korporat Sands Cares dan menerajui usaha inovasi untuk program kemampanan global Sands ECO360° oleh syarikat yang memenangi anugerah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.sands.com, serta blog Sands Confidential.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.sands.com.
Latar Belakang Sands China Ltd.
Sands China Ltd. (HKEx: 1928, Sands China atau Syarikat) ialah sebuah syarikat yang berdaftar di Cayman Islands dan tersenarai dalam The Stock Exchange of Hong Kong Limited. Sands China ialah pengendali terbesar bagi pusat-pusat peranginan di Macau. Potrfolio Cotai Strip milik Syarikat itu terdiri daripada The Venetian® Macao, The Plaza™ Macao, Sands® Cotai Central dan The Parisian Macao. Syarikat ini juga memiliki dan mengendali Sands® Macao yang terletak di semenanjung Macau. Pusat-pusat peranginan bersepadu Syarikat ini mengandungi pelbagai pilihan destinasi tarikan untuk percutian dan perniagaan selain kemudahan pengangkutan, termasuk kemudahan bermesyuarat dan konvensyen yang luas; pelbagai pilihan restoran; pusat membeli belah; hiburan bertaraf dunia di Cotai Arena, The Venetian Theatre, The Parisian Theatre dan Sands Cotai Theatre yang bakal dibuka; serta perkhidmatan feri Cotai Water Jet antara Hong Kong dan Macau. Portfolio Cotai Strip oleh Syarikat ini juga bermatlamat untuk menyumbang ke arah transfromasi Macau agar menjadi tumpuan dunia bagi pelancongan dan bersantai. Sands China ialah sebuah anak syarikat milik pemaju pusat peranginan bertaraf global, Las Vegas Sands Corp. (NYSE: LVS).
Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.sandschinaltd.com.
Maklumat perhubungan media
Bahagian Komunikasi Korporat, Las Vegas Sands Corp.
Ron Reese
Tel: +1-702-414-3607
E-mel: ron.reese@sands.com
Kristin McLarty
Tel: +1-702-414-3218
E-mel: kristin.mclarty@sands.com
Bahagian Komunikasi Korporat, Venetian Macau Limited
Mabel Wu
Tel: +853-8118-2268
E-mel: mabel.wu@sands.com.mo
Simpson Lei
Tel: +853-8118-2054
E-mel: simpson.lei@sands.com.mo
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201609/parisian/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-e
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-f
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-g
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160914/8521605812-h