omniture

"Anugerah Rekaan Hublot"- Anugerah Yang Terhebat Di Persada

Hublot SA
2016-09-18 09:20 499

NYON, Switzerland, 18 September 2016 /PRNewswire/ -- Hublot mentransformasi bakat dan kreativiti menjadi kejayaan Ia telah menjadi satu acara yang tidak boleh dilepaskan dalam dunia rekaan. Hublot meraikan penerima anugerah dengan mengiktiraf hasil kerja Christophe Guberan. Penerima anugerah tersebut menerima cek bernilai CHF 100,000 yang bertujuan untuk menyokong beliau merealisasikan segala hasil kerja beliau. Upacara tersebut merupakan sebuah platform unik bagi tujuan ekspresi dan keterlihatan selain memberi dorongan tambahan kepada para calon untuk berusaha dengan lebih kuat ke arah kejayaan.

"Perbezaan antara bakat dan kejayaan ialah usaha untuk terus meningkat maju, meneroka lebih jauh yang merupakan elemen paling utama yang menanti masa depan yang unik – gabungan antara ketabahan, semangat dan momentum yang mantap. Anugerah Rekaan Hublot mentransformasi bakat dan kreativiti menjadi suatu kejayaan. Dengan memupuk dan menggalakkan pereka generasi akan datang serta inovasi masa depan, Hublot memainkan peranan sebagai mentor, berkongsi dengan yang lain kejayaan yang dicapai." - Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot

Jean-Claude Biver, Ricardo Guadalupe dan Pierre Keller, Mantan Pengarah ECAL University of Art and Design di Lausanne, mempunyai visi yang unik untuk membangunkan dan memberi galakan kepada pereka muda dan menyedari bahawa Hublot dapat memberikan pengiktirafan tertinggi. Berperanan sebagai penajaan dan pementoran, Anugerah Rekaan Hublot ialah anugerah yang berprestij dalam dunia rekaan. Prinsipnya mudah: juri bebas yang terdiri daripada 5 pakar daripada dunia rekaan kontemporari iaitu Marwa Griffin Wilshire, Lapo Elkann, Ronan Bouroullec dan Phillips de Pury & Company, dipengerusikan oleh Pierre Keller, dan setiap juri membawakan 5 calon. Secara keseluruhan, 25 calon tersenarai dan hanya 8 calon akan dipilih serta diundang untuk menunjukkan hasil ciptaan mereka di Kilang Pembuatan Hublot di Nyon. Kilang Pembuatan ini berfungsi sebagai tapak pameran sementara.

Diwujudkan pada tahun 2015 bagi meraikan ulang tahun ke-10 pelancaran model Big Bang ikoniknya, Anugerah Rekaan Hublot terus memupuk bakat pereka masa depan. Anugerah tersebut bukan bertujuan untuk memberi penghormatan kepada hasil kerja para pereka terkenal mahupun pereka yang berkelayakan, malah ia bertujuan untuk memberi dorongan tambahan demi meningkatkan kejayaan pereka yang sudah menempa nama namun masih belum dihargai oleh orang ramai. Ia ialah batu loncatan agar lebih dikenali, pemacu kerjaya, anugerah yang dapat mencetuskan momentum, saat penting yang menentukan masa depan dan kejayaan seseorang. Satu penghormatan bagi masa depan Big Bang, dengan reka bentuk simbolik yang berjaya meraih kejayaan global selain menjadi ikon dalam dunia pembuatan jam tangan.

Kriteria paling utama yang menjadi pilihan juri termasuk: inovasi, kreativiti dan keaslian projek yang dipersembahkan; pilihan bahan serta kualiti pelaksanaan; kebolehlaksanaan dan kelestarian projek; serta utiliti dan juga nilai hasil ciptaan.

Pemenang: Christophe Guberan, 1985, http://www.christopheguberan.ch

Siswazah daripada ECAL, seorang pereka industri, beliau telah mencipta kemajuan antara Switzerland dan Amerika Syarikat serta telah bekerjasama dengan MIT sejak tahun 2014.

Kebanggaan beliau ialah eksperimentasi dan pemerhatian terhadap bahan serta tindak balasnya.

http://www.hublot.com

Hubungi: Annabelle Galley, +41(0)22-990-90-00, a.galley@hublot.ch

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407500 
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407501 
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407502 
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407503

Source: Hublot SA
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry