omniture

Promosi Tempoh Terhad PowerBTC Menawarkan Lebih Faedah Menerusi Nilai Premium Tambahan dan Ganjaran buat Jumlah Dagangan Tinggi

PowerBTC LLC
2016-09-18 09:46 593

NEW YORK, 18 September 2016 /PRNewswire/ -- Menerusi populariti perdagangan Bitcoin yang semakin mendapat perhatian, banyak firma dalam talian mencari-cari cara baharu yang kreatif untuk memanfaatkan sumber maya yang begitu bernilai ini. Namun begitu, tiada firma lain yang lebih arif dalam pasaran ini berbanding PowerBTC, bintang dunia bagi sektor kewangan yang semakin meningkat maju kini menguasai e-dagang dengan begitu pesat.

PowerBTC LLC (http://www.PowerBTC.com), pedagang mata wang kripto terkenal dalam pasaran maya, menyediakan tawaran berterusan bagi nilai premium yang lebih tinggi berbanding harga pasaran untuk pembelian Bitcoin. Tawaran mereka ini adalah untuk tempoh yang terhad, tetapi turut disertakan dengan pelbagai faedah bagi 10+ transaksi atau lebih. Meskipun pendekatan standard untuk penjual Bitcoin masih mengekalkan bonus sebanyak 10% lebih tinggi daripada harga rasmi pasaran, syarikat ini menambah beberapa nilai premium tambahan serta ganjaran untuk jumlah dagangan yang tinggi.

Walaupun kesemua item tersenarai di bawah, pelanggan boleh meminta bantuan dan maklumat tambahan pada bila-bila masa.

TAWARAN PROMOSI SEMASA POWERBTC 

10+ BTC (syiling emas 24-karat); 
20+ BTC (syiling emas 24-karat +3 %); 
30+ BTC (syiling emas 24-karat +5 %); 
50+ BTC (syiling emas 24-karat +8 %)

Syiling emas 24-karat bernilai 450 USD adalah mengikut harga pasaran emas.

Tom Clark, Ketua Pegawai Eksekutif PowerBTC, mengulas: "Kami berasa teruja kerana menerusi tawaran promosi ini, kami berpeluang membantu komuniti Bitcoin. Dengan mengambil kesempatan atas gelombang teknologi digital yang seterusnya, kami berharap dapat menjadi peneraju utama bagi komuniti Bitcoin dan menawarkan tawaran luar biasa untuk kesemua pembelian Bitcoin. Kami sentiasa bergerak seiring dengan perubahan dan kami percaya Bitcoin merupakan satu pelaburan bijak dan yakin ia mampu membawa kami ke puncak."

Kunjungan ke http://www.PowerBTC.com memaparkan laman sesawang yang dibangunkan dengan begitu kemas dan mudah digunakan, menjadikan transaksi Bitcoin lebih pantas dan mudah. Pengguna hanya perlu memasukkan alamat e-mel dan maklumat bank atau PayPal dan mereka sudah bersedia untuk memanfaatkan tawaran promosi baharu ini.

Walaupun tawaran itu mungkin kelihatan agak celaru bagi penjual biasa, mekanisme yang berlaku di sebaliknya bukan sekadar berasaskan kehendak syarikat terhadap pembelian Bitcoin, tetapi juga terhadap hasil daripada pelaburan semula Bitcoin PowerBTC, berserta kalkulus yang canggih dan beberapa prinsip yang sama dalam mana-mana perniagaan perkhidmatan kewangan.

Kadar harga sentiasa dikemas kini, mengikut trend pasaran semasa, bagi mendapatkan maklumat paling tepat. Digabungkan dengan kakitangan yang berpengetahuan dan laman berita yang sentiasa dikemas kini, ini memberikan PowerBTC kelebihan berbanding pesaing dalam bidang ini dengan menawarkan maklumat pasaran yang terperinci yang tiada tandingan.

PowerBTC kini membeli Bitcoins. Dengan itu, mana-mana penjual yang berminat boleh melayari laman sesawang mereka secepat mungkin bagi mendapatkan harga terbaik. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.PowerBTC.com.

HUBUNGI:
Nama : Mark Twein
E-mel : ads@powerbtc.com
No. Telefon : +1-(917)-979-2728

Source: PowerBTC LLC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service