omniture

15 Organisasi Negara dan Serantau dari seluruh Dunia Mengambil Bahagian dalam Festival Reka Bentuk Bakat Global 2016, Anjuran Bersama Yayasan iSee Taiwan serta Yayasan Kebudayaan dan Pendidikan Sayling Wen

Taiwan - Menonjolkan Reka Bentuk Global
iSee Taiwan Foundation
2016-09-20 16:35 504

TAIPEI, Taiwan, 20 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Festival Reka Bentuk Bakat Global 2016 (GTDF) bakal membawakan impak dan kepentingan Pertandingan Reka Bentuk Pelajar Antarabangsa Taiwan (TISDC) tahun ini ke peringkat seterusnya. GTDF kali kedua yang ditaja oleh Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen serta Yayasan iSee Taiwan, sekali lagi berikrar untuk menonjolkan dan memupuk bakat pelajar seni kreatif dan reka bentuk Taiwan kepada masyarakat global.

Festival Bakat Reka Bentuk Global - Hasil Utama Penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Pelajar Antarabangsa Taiwan 2015-2016
Festival Bakat Reka Bentuk Global - Hasil Utama Penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Pelajar Antarabangsa Taiwan 2015-2016

Buat pertama kalinya, GTDF 2016 akan menghimpunkan 15 wakil daripada organisasi-organisasi reka bentuk dari dalam dan luar negara merentasi lima benua, mengubah TISDC tahun ini menjadi pertandingan reka bentuk antarabangsa yang terbesar di dunia untuk para pelajar. GTDF dan TISDC 2016 bersama-sama membantu menonjolkan industri reka bentuk Taiwan dan memperlihatkan keindahan Taiwan kepada masyarakat global.

15 Organisasi Reka Bentuk Terkenal Berhimpun untuk Meneroka Keindahan Taiwan 

Lantaran kejayaan membanggakan terhadap usaha promosi bersama yang dijalankan untuk TISDC 2015, Yayasan iSee Taiwan dan Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen memperluaskan skop GTDF 2016.

Kedua-dua yayasan tersebut akan menjadi tuan rumah kepada 15 wakil daripada organisasi reka bentuk antarabangsa yang terkenal, termasuk Persatuan Brno Biennale, Good Design Australia, INDEX: Design to Improve Life, Institut Promosi Reka Bentuk Jepun, Dewan Perniagaan Reka Bentuk Singapura, Majlis Reka Bentuk Jerman dan lain-lain. Ketika berada di Taiwan, wakil-wakil ini akan menyertai barisan panel penghakiman finalis TISDC 2016, bertukar-tukar pandangan dengan organisasi akademik serta banyak lagi. 

Bermula pada Oktober ini, GTDF 2016 akan menganjurkan ceramah-ceramah oleh pereka dari dalam dan luar negara yang terkenal di universiti-universiti seluruh negara, mengadakan pelbagai acara bagi tujuan memperkenalkan budaya Taiwan kepada peserta luar negara TISDC, serta membantu menyemai perspektif reka bentuk terkini untuk industri reka bentuk domestik.

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk merealisasikan objektif kedua-dua yayasan yang menjadi penaja, termasuk mengukuhkan kedudukan Taiwan dalam sektor reka bentuk antarabangsa serta mempromosikan keindahan asli budaya dan juga warisan Taiwan kepada dunia.

Tumpuan Utama Reka Bentuk Global kini di Taiwan, dengan Penghantaran Penyertaan

Objektif khusus bagi Yayasan iSee Taiwan dan juga Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen dalam menaja TISDC adalah untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk mengambil bahagian dalam acara serta aktiviti yang berkaitan dengan reka bentuk. Objektif ini telah terlaksana tahun ini menerusi peningkatan kukuh yang dicapai, bukan sekadar dari segi penghantaran penyertaan, bahkan jumlah negara/rantau yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan tahun ini.

Penyertaan yang dihantar kepada TISDC terus bertambah daripada 662 bagi tahun 2008 menjadi 7,984 pada tahun 2015. Angka bagi tahun ini dijangka meningkat dua kali ganda berbanding jumlah penyertaan tahun lalu, dengan 14,858 penyertaan telah pun diterima bagi TISDC 2016, peningkatan sebanyak 86% berbanding tahun sebelumnya. Maklum balas yang kukuh daripada pelajar jurusan reka bentuk dari seluruh dunia menjadikan TISDC sebagai pertandingan reka bentuk untuk pelajar yang terbesar di dunia.

Selain itu, setiap kategori pertandingan (Reka Bentuk Produk, Reka Bentuk Visual dan Animasi Digital) memperlihatkan dorongan yang kukuh dari segi jumlah penyertaan, menekankan trend reka bentuk global bagi menyokong penciptaan digital, kejelasan maklumat serta gaya yang tersendiri.

Berkaitan penyertaan mengikut negara, TISDC dilihat turut meningkat maju dengan ketara, bermula dengan sembilan buah negara yang mengambil bahagian pada peringkat awal tahun 2008, menjadi 69 buah negara yang terlibat bagi tahun ini. Bahkan, 61% daripada penyertaan TISDC 2016 adalah dari luar Taiwan. Ini membuktikan kehebatan TISDC yang kini menjadi tumpuan pelajar daripada fakulti reka bentuk dan juga organisasi reka bentuk yang berkaitan dari seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyerlahkan keindahan dan potensi reka bentuk dalam budaya Taiwan, Yayasan iSee Taiwan menaja satu kategori istimewa pada tahun ini, iaitu "Era Pinggan Mangkuk Baharu: Anugerah Reka Bentuk Kutleri Taiwan". Anugerah kategori istimewa ini telah berjaya menarik 621 penyertaan dari Taiwan, China, Singapura, India, Rusia, Israel dan juga negara-negara lain. Yayasan iSee Taiwan memanfaatkan anugerah ini untuk mengetengahkan budaya kulinari Taiwan yang unik dan untuk terus mempromosikan keindahan Taiwan ke peringkat antarabangsa.

Latar Belakang Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen

En. Ted Wen, Pengerusi masa kini yayasan tersebut, telah mengisytiharkan tiga prinsip utama untuk yayasan tersebut: Pendidikan, Inovasi dan Keprihatinan. Nilai-nilai utama ini berpaksikan matlamat beliau untuk "Memupuk masyarakat penyayang yang mengutamakan nilai kemanusiaan dan berfikiran inovatif." Bagi melangkah ke hadapan, empat tonggak yayasan tersebut akan diterapkan ke dalam pendidikan kebudayaan Cina di sekolah-sekolah rendah dan menengah, meningkatkan kemahiran kerjaya serta cara berfikir secara berkumpulan dalam kalangan pelajar vokasional serta kolej, menggalakkan usaha pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat selain mendorong inovasi dalam sektor perkhidmatan demi meningkatkan daya saing negara. Ketika Taiwan menuju wawasan "Ekonomi Perkhidmatan" yang sofistikated, yayasan ini akan terus menumpukan segala usaha untuk merealisasikan empat tonggak tersebut dengan tujuan untuk memupuk bakat perkhidmatan baharu, meningkatkan daya saing negara Taiwan serta memainkan peranan utama untuk menggiatkan usaha transformasi terhadap Taiwan.

Latar Belakang Yayasan iSee Taiwan

Yayasan ini ditubuhkan oleh Sayling Wen pada tahun 2003. Ted Wen dilantik sebagai Pengerusi pada tahun 2008 dan mengisytiharkan wawasan Yayasan itu untuk "menjadi portal penting agar dunia dapat menumpu kepada Taiwan" menerusi tiga elemen utama iaitu kebudayaan, pelancongan dan inovasi. Dua matlamat Yayasan iSee Taiwan adalah untuk mempromosikan ciri-ciri dan budaya Taiwan yang unik dengan jayanya ke seluruh dunia dan menjadikan dunia sebagai pasaran perkhidmatan Taiwan. Yayasan ini menumpu kepada penerokaan, penyepaduan dan usaha mempromosikan budaya serta sifat semula jadi penduduknya dan juga tempat-tempat di seluruh Taiwan, dengan matlamat untuk mencipta lebih banyak peluang untuk industri perkhidmatan Taiwan.

Latar Belakang Festival Reka Bentuk Bakat Global 2016

Yayasan iSee Taiwan dan Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen terus memberi sokongan kepada TISDC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Tahun ini, sokongan daripada mereka diperluaskan untuk Festival Reka Bentuk Bakat Global 2016 (GTDF). Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan reka bentuk yang serba baharu dan menarik, termasuk: 1) Forum Gabungan Universiti Masters Antarabangsa yang akan mengundang wakil-wakil daripada organisasi reka bentuk utama dari seluruh dunia untuk turut serta bersama pelajar dan ahli fakulti reka bentuk Taiwan menerusi perbincangan berdasarkan topik tertentu secara interaktif yang mengetengahkan dan juga menumpukan kekuatan Taiwan yang berorientasikan perkhidmatan; 2) Program Lawatan Kebudayaan VIP Antarabangsa, yang akan membawa golongan profesional yang terlibat dan berada di Taiwan sempena TISDC untuk mengikuti lawatan yang mendalam dan bertopik berkaitan masyarakat serta budaya Taiwan; dan 3) Resepsi Bersama Industri yang akan menonjolkan keanggunan dan keindahan asli Taiwan, yang menjadi sumber inspirasi yang tidak berpenghujung untuk industri reka bentuk domestik serta merupakan tunjang utama terhadap usaha yang berterusan untuk memperkenalkan dan mempromosikan kehebatan Taiwan dalam bidang reka bentuk kepada seluruh masyarakat global.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160919/8521605917  

Source: iSee Taiwan Foundation
Keywords: Art Education Entertainment Higher Education