omniture

Syarikat-syarikat Sweden - Peneraju Dunia bagi Inovasi, Mencari Peluang Pelaburan di Asia Tenggara, Enjin Pertumbuhan Global Baharu

Embassy of Sweden, Singapore
2016-09-21 10:25 661

SINGAPURA, 21 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Anjuran bersama Kedutaan Sweden, Singapura, "Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden - Asia Tenggara" bermula hari ini. Sekitar 600 buah syarikat Sweden daripada pelbagai sektor perniagaan, bermula dengan perkhidmatan kepada pembuatan serta peruncitan berada di Asia Tenggara dan mencipta dunia untuk masa depan.

En. Mikael Damberg, Menteri Perusahaan dan Inovasi Sweden
En. Mikael Damberg, Menteri Perusahaan dan Inovasi Sweden

En. Mikael Damberg, Menteri Perusahaan dan Inovasi Sweden berkata: "Peluang perdagangan antara Sweden dan Asia Tenggara adalah amat luas. Dengan golongan pertengahan yang terus meningkat maju dan populasi seramai 650 juta penduduk, pertumbuhan di rantau ini adalah salah satu yang tertinggi di dunia. Asia Tenggara memiliki tenaga kerja yang ketiga terbesar di dunia, dan merupakan pengeksport keempat terbesar di dunia. Negara-negara di rantau ini merancang untuk membuat pelaburan penting dalam infrastruktur pada masa terdekat yang dapat membuka peluang perniagaan yang menarik."

Inovasi Sweden:
Berjuta-juta jantung di seluruh dunia mampu berdegup dengan bantuan perentak jantung. Lilin dinyalakan menggunakan mancis yang selamat. Sejumlah besar nyawa yang tidak terhitung banyaknya berjaya diselamatkan dengan bantuan tali pinggang keledar tiga penjuru. Ini adalah antara contoh inovasi Sweden yang telah membawa perubahan. Berkomunikasi menggunakan Skype, mendengar lagu menerusi Spotify dan bermain Minecraft adalah antara contoh lain.

Innovation Union Scoreboard 2016, indeks yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Eropah, meletakkan Sweden sebagai negara utama bagi usaha inovasi dalam kalangan negara anggota EU. Faktor-faktor bagi kejayaan ini termasuk tradisi bersejarah pencipta, persekitaran sosial yang menggalakkan kreativiti, komitmen terhadap kesaksamaan jantina dan keyakinan kukuh terhadap individu. Kolaborasi erat antara institusi-institusi penyelidikan dengan sektor swasta serta awam merupakan satu lagi faktor penting, yang menyediakan asas penting untuk syarikat-syarikat Sweden bertaraf global seperti Ericsson, Scania dan Volvo.

Indek Inovasi Global INSEAD Business School 2016 sekali lagi meletakkan Sweden pada kedudukan kedua. Indeks ini mengukur sejauh mana negara-negara memiliki infrastruktur yang dapat memupuk persekitaran yang kreatif serta menggalakkan usaha inovasi, selain output sebenar. Sweden memiliki kelebihan dari segi output dan juga input.

"Tujuan Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden - Asia Tenggara" adalah untuk menyediakan sebuah platform kepada syarikat-syarikat Sweden agar dapat memperoleh maklumat tentang potensi yang dapat ditawarkan oleh pasaran Asia Tenggara serta mengenal pasti sinergi antara syarikat dan juga pasaran," sambung En. Mikael Damberg Menteri Perusahaan dan Inovasi Sweden.

Sidang kemuncak ini akan menampilkan wakil-wakil daripada bidang politik dan perniagaan penting dari Sweden serta Asia Tenggara, termasuk En. Mikael Damberg, Menteri Perusahaan dan Inovasi, Sweden, En. Lim Hng Kiang, Menteri Perdagangan dan Industri, Singapura; Puan Ylva Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Business Sweden – Majlis Perdagangan dan Pelaburan Sweden; En. Marcus Wallenberg, Pengerusi Lembaga, SEB; En. Piyush Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah DBS Group; serta ramai lagi.

Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden - Asia Tenggara" ialah hasil gabungan usaha dengan "Pasukan Sweden" di Asia Tenggara yang melibatkan Kedutaan Sweden, Business Sweden, Persatuan Perniagaan serta Dewan Perniagaan di negara masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Catharina Jevrell, Ketua Bahagian Perhubungan Media. catharina@jevrell.se, +65-85024237, www.sweden-sea.com/press.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160915/8521605880

 

Source: Embassy of Sweden, Singapore
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis Trade show news