omniture

Heliatek Kumpul €80 Juta

Heliatek
2016-09-22 03:53 833

DRESDEN, Jerman, 22 September 2016 /PRNewswire/ --

Untuk membiayai usaha perluasan pengeluaran secara besar-besaran dan menyokong pembangunan pasaran seluruh dunia

Heliatek, peneraju dunia bagi fotovolta organik dan pengeluar filem solar, telah berjaya mengumpul €80 juta ($88 juta) dalam satu pusingan untuk membiayai usaha perluasan kapasiti pengeluaran HeliaFilm® sebanyak satu juta m² p.a.. Pusingan ini melibatkan €42 juta ekuiti, €20 juta hutang dan kira-kira €18 juta subsidi.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160920/410009 )

 "Kami amat teruja kerana berjaya menyempurnakan pusingan pembiayaan ini. Hal ini membolehkan kami mengukuhkan kepimpinan kami di peringkat dunia dalam filem solar organik dan memacu usaha perluasan kami. Kami akan terus menjadi peneraju bagi membolehkan penjanaan tenaga teragih pada bangunan industri serta komersial," kata Thibaud Le Séguillon, Ketua Pegawai Eksekutif Heliatek. "Kami akan meneruskan strategi kami dengan memperluas pasaran BIOPV – Membangunkan Fotovolta Organik Bersepadu  – dengan membekalkan sejumlah besar HeliaFilms® kami untuk pelanggan kami dalam sektor bahan untuk bangunan dan pembinaan."

Pusingan pembiayaan Siri D dipimpin oleh innogy SE, salah sebuah syarikat tenaga Eropah yang terkemuka. Pihak pelabur baharu juga melibatkan ENGIE, BNP Paribas dan CEE Group, sebuah syarikat pelaburan Lampe Equity Management yang mengkhusus dalam tenaga boleh diperbaharui. Pelabur-pelabur sedia ada, AQTON, BASF, eCAPITAL, HTGF, Innogy Venture Capital, TUDAG dan Wellington Partners, turut terlibat dalam pusingan pembiayaan ini.

European Investment Bank, di bawah program "InnovFin – Kewangan EU untuk Penginovasi" memberi pinjaman sebanyak €20 juta kepada Heliatek. Program ini ialah satu inisiatif bersama yang dilancarkan oleh European Investment Bank dengan kerjasama Suruhanjaya Eropah menerusi Horizon 2020.

Syarikat ini telah memohon skim pembiayaan teknologi dan inovasi untuk "projek KETs Pilot Lines" yang baru dibangunkan, yang ditawarkan oleh Negeri Saxony dan dibiayai oleh Kumpulan Wang Pembangunan Wilayah Eropah (ERDF). Geran sehingga €18 juta untuk sepanjang tempoh projek itu boleh diberikan kepada syarikat.

Heliatek merancang untuk membangunkan kemudahan pengeluaran filem solar baharunya di tapak pengeluarannya di Dresden sepanjang tempoh 18 bulan berikutnya. Ia akan menyediakan kapasiti sebanyak satu juta m² p.a. untuk filem solar apabila kadar pengeluaran meningkat sepenuhnya. Syarikat tersebut akan terus mengeluarkan produk HeliaFilm® serentak dengan pengeluarannya di seluruh dunia untuk industri bahan bangunan serta automotif. Usaha perluasan ini mampu mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan baharu dalam bidang teknologi tinggi di Saxony.

Heliatek  http://www.heliatek.com 
innogy SE  http://www.innogy.com 
BNP Paribas  http://www.bnpparibas.com 
CEE  http://www.cee-group.de 
ENGIE  http://www.engie.com 
European Investment Bank  http://www.eib.org/press

HeliaFilm ialah tanda dagangan berdaftar Heliatek GmbH. 

Media sahaja: 

Cornelia Jahnel, Heliatek GmbH, Tel: +49-351-213-034-421, cornelia.jahnel@heliatek.com

Nigel Robson, Vortex PR, Tel +44-1481-233080, nigel@vortexpr.com 

Source: Heliatek
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Financing agreements