OAK BROOK, Ill., Sept. 22, 2016 /PRNewswire/ -- Agar dapat bersedia terhadap permintaan bahan stevia yang berterusan, hari ini PureCircle mengumumkan ia sedang membangunkan kilang pemprosesan baharunya yang akan menggandakan kapasiti syarikat bagi menghasilkan ektrak daun stevia proprietarinya dan mempunyai satu barisan pengeluaran yang direka dan dibangunkan khas untuk bahan bagi Rangkaian Produk Zeta. Bahan-bahan Zeta terdiri daripada steviol glikosida seperti Reb M, yang mempunyai rasa paling menyerupai gula dan membantu pengurangan kalori yang paling rendah.
Setelah siap, kilang tersebut dijangka dapat meningkatkan output ekstrak daun stevia PureCircle sebanyak 50 peratus dan berpotensi untuk menggandakan kapasiti pengeluaran stevia syarikat pada masa depan.
"Kami amat teruja untuk melihat kilang baharu ini beroperasi lantaran permintaan terhadap stevia yang terus meningkat dengan ketara sejak enam tahun lalu," kata Ketua Pegawai Komersial PureCircle, Jason Hecker. "Khususnya permintaan terhadap bahan Zeta PureCircle telah meningkat dengan pesat. Kilang ini akan membolehkan kami menyokong industri stevia melalui cara yang tidak dapat ditandingi oleh pembekal lain. Output yang diperoleh memastikan pelanggan kami mendapat bekalan stevia yang stabil dan berterusan serta mampu merumuskan produk mereka menggunakan stevia dengan rasa yang paling enak dalam pasaran."
Kilang baharu ini dapat membantu menyokong rantaian bekalan PureCircle yang bersepadu sepenuhnya serta rancangan pertanian di seluruh dunia yang diumumkan baru-baru ini pada bulan Julai. Rancangan ini termasuk pelaburan tambahan sebanyak $100 juta untuk Program Agronomi PureCircle dapat mewujudkan bekalan seluas 10,000 hektar yang dapat menyediakan akses terhadap ekstrak daun stevia berkualiti tertinggi sepanjang tahun untuk pengguna.
"Kami benar-benar berbangga dengan rantaian bekalan kami dan sejauh mana kami mampu mengekalkannya dalam cara yang dapat memberi manfaat untuk petani, pelanggan dan alam sekitar," kata Bob Compier, Naib Presiden Kumpulan Operasi, PureCircle. "Kemudahan canggih yang baharu ini benar-benar membantu melaksanakan program agronomi kami dan rancangan rantaian bekalan untuk seluruh peringkat. Kami dapat mewujudkan bekalan ekstrak daun stevia terbesar dan semula jadi hasil usaha kami dengan para petani dan dapat melaksanakan rancangan pengeluaran agar dapat menyediakan bekalan kepada pelanggan kami pada masa yang tepat agar mereka dapat terus melakar kejayaan."
Usaha perluasan keupayaan pemprosesan ini dianggarkan bernilai $42 juta dan dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2017. Ia terletak di Malaysia bersama Pejabat-pejabat Korporat PureCircle.
Latar Belakang PureCircle
PureCircle ialah pengeluar utama dunia bagi bahan stevia yang tinggi ketulenan untuk industri makanan dan minuman global. Misinya adalah untuk menggalakkan cara pemakanan yang lebih sihat ke seluruh dunia melalui pembekalan bahan-bahan semula jadi untuk industri makanan dan minuman global. Visinya adalah unutk menerajui usaha perluasan penggunaan stevia sebagai pemanis asli semula jadi yang dikeluarkan secara besar-besaran. PureCircle memiliki beberapa cawangan di seluruh dunia dengan ibu pejabat globalnya berada di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2002 dan digabungkan ke dalam PureCircle Limited pada tahun 2007. Saham PureCircle tersenarai dalam pasaran utama Bursa Saham Longon dan didagangkan melalui simbol saham PURE. Untuk maklumat lanjut, layari www.purecircle.com.