omniture

Separuh dari Pedagang Australia Menerima UnionPay Kini Menyokong Peranti Mudah Alih QuickPass

UnionPay International
2016-09-22 15:25 604

SHANGHAI, 22 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- UnionPay International mengumumkan pada 21 September sekurang-kurangnya 270,000 terminal POS di Australia menyokong QuickPass sejak ia dilancarkan ke pasaran pada Jun lepas. Ini bermakna hampir separuh gedung jualan menerima pembayaran yang disokong UnionPay melalui kad cip UnionPay dan telefon pintar yang membolehkan QuickPass.  Australia kini telah menjadi pasaran dengan jumlah terbesar terminal mudah alih yang menerima QuickPass di luar tanah besar China.

Pada tahun 2015, lebih sejuta pelancong rakyat China mengunjungi Australia, ia bertambah 21% berbanding tahun sebelumnya. Kebanyakan pelancong berkunjung untuk bersiar-siar dan bercuti. Sejak akhir Jun ini, Australia telah melancarkan SmartGate bagi rakyat China (termasuk penduduk Hong Kong dan Macau) dengan pasport elektronik. Ini menjadikan kemasukan pelancong lebih cepat dan mudah dan mampu menarik lebih ramai pelancong rakyat China ke Australia. Menurut anggaran terkini Penyelidikan Pelancongan Australia, China akan mengatasi New Zealand dan menjadi sumber pelancong luar negera terbesar tahun hadapan.

Penggunaan UnionPay di Australia sangat mudah kerana 90% dari ATM dan 65% daripada terminal POS di sana menerima kad UnionPay, merangkumi gedung serbaneka, hotel, restoran dan tempat tarikan pelancong. Setelah UnionPay diterima oleh empat bank terbesar di Australia, penerimaan UnionPay oleh pedagang setempat akan mencapai 80% dalam tahun ini. QuickPass Mudah Alih adalah kemuncak servis UnionPay di Australia. Oleh kerana ia mudah dan selamat, skop penerimaannya telah berkembang dengan meluas. Ia telah diiktiraf oleh semakin ramai pedagang dan pemegang kad, dan juga telah menjadi alat penting untuk pedagang menambah kapasiti perkhidmatan dan menarik pelanggan.

Di Australia, pedagang yang menerima QuickPass mudah alih termasuk Myer, Captain Cook Cruise, Harvey Norman, MUJI, UNIQLO dan Restoran Makanan Laut Golden Century di Sydney. Tiada tanda tangan diperlukan ketika membayar menggunakan QuickPass mudah alih dengan debit kad UnionPay, dan tiada PIN atau tanda tangan diperlukan apabila membayar kurang daripada AUD 100 dengan QuickPass mudah alih menggunakan kredit kad UnionPay.

Apabila membelanjakan AUD 300 di kedai setempat, pelancong boleh menuntut cukai pembayaran semula dengan kredit kad UnionPay di 15 outlet kastam semasa berlepas. Menggunakan app TRS telefon mudah alih dan memilih kredit kad UnionPay untuk pemulangan cukai, pelanggan boleh mengisi borang permohonan online dan melalui saluran ekspres. Cukai akan dipulang semula terus ke akaun dalam RMB, yang sangat mudah dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unionpayintl.com .  

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion New products/services