omniture

Honeywell UOP Memperkenalkan Tawaran IIoT untuk Meningkatkan Prestasi Loji

Honeywell
2016-09-23 05:56 460
  • Tawaran baharu berasaskan awan untuk membantu meningkatkan penggunaan dan prestasi loji serta mengelakkan berlakunya gangguan pengeluaran
  • Memanfaatkan kepakaran domain syarikat yang sukar ditandingi dan asas pemasangan yang luas demi memperluas tawaran Internet Semua Benda Perindustrian Honeywell   

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Honeywell (NYSE: HON) UOP hari ini memperkenalkan perkhidmatan baharu berasaskan perisian yang disediakan khusus untuk membolehkan kilang penapisan serta loji petrokimia dan pemprosesan gas meningkatkan prestasi.

Segmen perniagaan Perkhidmatan Prestasi Terhubung (CPS) baharu oleh Honeywell UOP memanfaatkan Internet Semua Benda Perindustrian untuk memperoleh pengetahuan proses Honeywell yang mendalam, kepakaran rekaan, serta memahami pemangkinan melalui platform perisian generasi seterusnya daripada Honeywell Process Solutions, pembekal penyelesaian berasaskan perisian yang utama untuk industri-industri proses.

"Perkhidmatan dengan fungsi awan ini dapat menjadikan loji lebih pintar dan lebih bertindak balas," kata Zak Alzein, naib presiden CPS. "Masalah yang menyebabkan loji kurang berkesan atau kurang produktif dan tidak dapat dikesan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan dapat diselesaikan dengan pantas dan proaktif, manakala keputusan yang biasanya dibuat selama beberapa hari kini dapat dibuat hanya dalam tempoh beberapa jam. Untuk kebanyakan loji, usaha mengelakkan masalah tergendala dan prestasi suboptimum, serta ketangkasan yang lebih baik menelan belanja sebanyak berjuta-juta dolar setahun."

Tawaran CPS termasuk aplikasi untuk menangani cabaran kritikal terhadap kilang penyulingan dan loji petrokimia serta pemprosesan gas, termasuk penggunaan aset yang lebih baik, masa henti yang tidak dirancang, kecekapan tenaga, serta kekurangan kepakaran, memandangkan loji kini adalah lebih canggih manakala jurutera berpengalaman telah bersara. Tawaran CPS adalah sebahagian daripada ekosistem IIoT yang lebih besar yang disediakan oleh Honeywell untuk membolehkan pengguna akhir memanfaatkan teknologi IIoT bagi memperoleh kepakaran tinggi Honeywell UOP serta pembekal dan rakan kerjasama utama yang lain.

Elemen utama tawaran CPS ini ialah perkhidmatan perisian berasaskan awan yang terus menerus memantau penstriman data loji dan mengaplikasikan analitik termaju dan pembelajaran mesin, memanfaatkan model proses UOP dan juga amalan terbaik untuk mencari prestasi kurang memuaskan yang terpendam atau baru muncul, memberi amaran kepada kakitangan loji serta memberi cadangan operasi tertentu. Sistem tersebut dapat beroperasi terus menerus menggunakan papan pemuka digital yang mesra pengguna yang menyediakan konteks yang amat intuitif serta pemahaman terhadap prestasi loji yang boleh dilaksanakan. Papan pemuka yang sama dilaporkan serentak kepada penasihat proses Honeywell UOP yang turut memantau prestasi dan dapat menyediakan panduan serta sumber tambahan.

Selain mengenal pasti aset yang menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dan meramalkan kegagalan peralatan serta masalah proses, Honeywell dapat memantau dan membantu mengurus penggunaan tenaga untuk menyokong pematuhan mengikut standard pengawalseliaan yang lebih ketat, dan dapat merapatkan jurang pengetahuan antara kakitangan yang mungkin kurang berpengalaman menggunakan peralatan mereka. Kira-kira separuh daripada kakitangan yang paling lama berkhidmat untuk industri dijangka akan bersara dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

"Ciri unik terhadap penyelesaian ini ialah kombinasi antara data operasi pelanggan dan kepakaran UOP yang dapat memberi amaran peringkat awal kepada kakitangan loji dengan mengenal pasti peningkatan prestasi," kata Alzein. "Kemajuan dalam perisian, peralatan dan keupayaan Data Besar akhirnya disatukan, yang memungkinkan ia untuk menawarkan penyelesaian IIoT berasaskan awan buat pertama kalinya yang dapat menghubungkan loji dengan industri minyak serta gas. Kombinasi ini menjadi lebih hebat menerusi pengetahuan UOP selama berabad-abad lamanya terhadap teknologi proses, peralatan, pemangkinan dan amalan terbaik secara komersial."

Platform CPS Honeywell UOP dibangunkan menerusi pengalaman pengguna, menyediakan antara muka yang praktikal yang mudah dibaca dan difahami selain menyediakan analisis dan juga cadangan dengan segera dan mudah.

Pengendali dapat mencari punca suatu masalah hanya dengan beberapa klik sahaja, dan dapat memberi masa kepada kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera atau sebelum ia menjadi lebih serius. Dengan memanfaatkan model analisis sumber penyebab terbenam yang hebat, ia memberi maklumat prestasi yang kritikal pada hujung jari pengguna demi meningkatkan prestasi dan menawarkan maklumat yang boleh diramalkan bagi mengenal pasti sebarang isu sebelum ia menyebabkan timbulnya masalah yang melibatkan kos yang tinggi.

Maklumat Perhubungan Media

Roger Zhang 
+86-21-847-391-2278 
Roger.Zhang@Honeywell.com

Source: Honeywell
Related Stocks:
NYSE:HON
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services