omniture

Kurt Bock sebagai Presiden VCI Baharu

The German chemical industry association (VCI)
2016-09-23 21:25 518

FRANKFURT AM MAIN, Jerman, 23 September 2016 /PRNewswire/ --

Ketua Pegawai Eksekutif BASF bakal memimpin Persatuan Industri Kimia Jerman 

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Industri Kimia Jerman (VCI) yang diadakan di Dusseldorf melantik Dr. Kurt Bock sebagai presiden baharu VCI. Bock merupakan Pengerusi Lembaga Eksekutif BASF SE, Ludwigshafen dan telah menjadi anggota majlis serta lembaga eksekutif VCI sejak musim luruh tahun 2011. Tempoh jawatan beliau selama dua tahun bermula pada 24 September dan beliau akan memegang jawatan seperti yang termaktub dalam undang-undang sehingga berlangsungnya mesyuarat agung tahun 2018.

Bercakap selaku presiden yang baru dilantik, Bock berkata: "Industri kimia dan farmaseutikal sedang mengalami proses perubahan yang radikal. Globalisasi dan pendigitan telah mengubah model pengeluaran dan perniagaan dalam industri kami. Ini berlaku ketika terdapatnya peningkatan populasi yang pesat di negara-negara baru membangun dan negara membangun manakala keperluan terhadap pembangunan mampan memerlukan penyelesaian baharu. Proses transformasi ini menyediakan potensi yang amat besar untuk meningkatkan daya saing dan usaha inovasi serta mengukuhkan kumpulan industri Jerman. Penggiat industri kimia dan farmaseutikal mempunyai kepakaran dan idea-idea untuk membantu mewujudkan perubahan yang diperlukan terhadap teknologi dan masyarakat melalui cara yang bertanggungjawab. Menerusi "Chemie 4.0" yang mampan dan berpandangan jauh, kita dapat memberi sumbangan penting demi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan. Cara terbaik untuk memanfaatkan peluang ini adalah sekiranya kesemua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam industri, bidang politik dan masyarakat sivil bersatu."

Naib presiden VCI yang dilantik pada mesyuarat itu ialah

  • Werner Baumann, Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif, Bayer AG,
  • Hans Van Bylen, Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif, Henkel AG & Co. KGaA,
  • Dr. Klaus Engel, Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif, Evonik Industries AG.

Presiden dan tiga naib presiden membentuk lembaga eksekutif persatuan tersebut.

Perhatian: Anda boleh mendapatkan gambar serta kurikulum vitae Dr. Kurt Bock melalui: http://www.vci.de/pressefotos

Hubungi:
VCI
No. Telefon +49/69-2556-1496
E-Mel: presse@vci.de

Sumber: The German chemical industry association (VCI)

Source: The German chemical industry association (VCI)
Related Links:
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements