omniture

Kenderaan Komersial IAA ke-66 di Hannover - Pameran Perdagangan Mobiliti Terbesar Dunia Kini Membuka Tirainya

German Association of the Automotive Industry (VDA)
2016-09-26 08:06 530

HANNOVER dan BERLIN, Jerman, 26 September 2016 /PRNewswire/ --

Wissmann: Idea Baharu Memacu Industri Ini

"Kita sedang berada dalam fasa perubahan yang cukup besar dan syarikat-syarikatlah yang terus membawa perubahan ini, menerusi lebih 330 acara perdana dunia serta lebih 100 acara perdana Eropah sempena pameran Kenderaan Komersial IAA. Idea-idea baharu memacu industri ini. Sempena IAA kali ini, pengunjung dapat menyaksikan sendiri hasil inovasi yang tercipta setiap hari. Bersama lebih 2,000 pempamer daripada lebih 50 buah negara, pameran perdagangan paling penting di dunia untuk sektor pengangkutan, logistik dan mobiliti kini lebih bersifat antarabangsa berbanding sebelum ini," tekan Matthias Wissmann, Presiden Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA). Beliau telah berucap di hadapan lebih 700 tetamu berprofil tinggi daripada bidang politik dan perniagaan pada majlis perasmian pameran Kenderaan Komersial IAA kali ke-66 di Hannover. Wissmann merasmikan pameran Kenderaan Komersial IAA kali ke-66 bersama Stephan Weil, Ketua Menteri Negeri Lower Saxony, dan Günther Oettinger, Pesuruhjaya Eropah bagi Ekonomi dan Masyarakat Digital. Alexander Dobrindt, Menteri Persekutuan Pengangkutan dan Infrastruktur Digital akan mengunjungi pameran tersebut sejurus selepas debat Bundestag mengenai Rancangan Infrastruktur Pengangkutan Persekutuan.

Wissmann menekankan, "IAA ialah keratan rentas unik bagi seluruh rantaian penciptaan nilai dalam industri ini, bermula dengan kenderaan, kepada pengangkutan dan juga logistik; daripada pihak pengeluar trak dan van, bas serta treler kepada sejumlah besar pembekal bersaiz sederhana. IAA juga turut membuka peluang kepada kumpulan baharu seperti syarikat-syarikat baharu dalam perniagaan."

Satu perempat daripada tenaga kerja dalam industri automotif Jerman, iaitu sekitar 180,000 kakitangan, bekerja dalam sektor kenderaan komersial. Wissmann menekankan tentang kerjasama erat VDA dengan persatuan-persatuan lain serta IG Metall menerusi Perikatan untuk "Masa Depan Industri" dengan tujuan untuk mengukuhkan daya saing dalam industri di Jerman. Oleh itu, IAA kali ini menjadi bahagian penting untuk "Minggu Industri" yang dianjurkan oleh pakatan itu di seluruh negara sehingga 25 September ini.

Wissmann menekankan kepentingan ekonomi yang besar bagi    kenderaan komersial, yang membolehkan kita menikmati pelbagai aspek yang digemari dalam kehidupan harian: "Kenderaan komersial dapat membawa 99 liter bir ke kedai untuk setiap orang pada setiap tahun. Sama ada kasut, buku atau pakaian, perolehan dalam e-dagang meningkat 17 kali ganda berbanding perolehan pada tahun 2000. Ini sukar dicapai tanpa menggunakan van." Generasi muda juga mendapat faedah daripada perkhidmatan setia yang disediakan oleh kenderaan komersial, Wissmann menjelaskan, ini kerana pada setiap hari, bas-bas membawa 2.7 juta kanak-kanak ke sekolah dan pulang ke rumah. Setelah golongan muda ini tamat belajar, kenderaan komersial biasanya akan membantu mereka berpindah buat pertama kali ke rumah baharu. Sekitar 2 juta pengalihan dibuat setiap tahun dengan bantuan kenderaan komersial."

Selain itu, kenderaan komersial juga sering menjadi "pembantu pertama" untuk situasi berbahaya dan kecemasan. Ambulans dan bantuan menyelamat melakukan 11.7 juta perjalanan setahun, manakala trak bomba memadamkan lebih 200,000 kebakaran setiap tahun. 

Wissmann turut menekankan, "Kehidupan tanpa kenderaan komersial menyebabkan kita seolah-olah berada di Zaman Pertengahan – tiada kutipan sampah, tiada khidmat membersih jalan, dan tiada khidmat membersihkan jalan pada musim sejuk. Jelas sekali, kehidupan tanpa kenderaan komersial tidak dapat memberi lebih keselesaan atau lebih keselamatan."

Beliau turut menegaskan tentang peralatan keselamatan yang terdapat dalam kenderaan komersial moden. Sebagai contoh, ESP (program kestabilan elektronik), amaran lorong berlepas dan bantuan brek kecemasan kini dipasang sebagai satu standard. Walau bagaimanapun, beliau menambah, hal sedemikian hanya berada di peringkat pertengahan sahaja dengan berkata, "Kami mahu lebih lagi. Matlamat jangka panjang adalah jelas: pemanduan yang bebas kemalangan hasil daripada pengautomatan. Kamera berbilang fungsi, radar dan sensor ultrabunyi turut membantu. Kebanyakan hasil inovasi ini dapat dilihat dalam pameran ini. Pemanduan automatik merupakan fokus utama dan paling penting untuk IAA kali ini."

Satu lagi kerumitan penting ialah fungsi ketersambungan: "Pada masa depan, kenderaan akan terhubung dengan trafik di seluruh dunia. Kenderaan akan berhubung antara satu sama lain pada masa sebenar tentang kemungkinan kesesakan lalu lintas mahupun kejadian ribut. Lebih 400 sensor telahpun digunakan dalam treler moden bagi tujuan mengumpul data. Sensor ini menggunakan 100 juta rangkaian perisian, iaitu melebihi perisian yang digunakan untuk sebuah jet," jelas Presiden VDA.

Ketersambungan dapat menjadikan pengangkutan yang lebih selamat dan lebih berkesan, kata beliau, dan memberi beberapa contoh berikut: "Platun, iaitu konvoi antara trak yang terhubung secara elektronik di lebuh raya, dapat memberi penjimatan sehingga 10 peratus terhadap bahan api dan pelepasan gas Karbon Dioksida (CO2)." Pertukaran muatan secara digital dapat terus membantu meminimumkan perjalanan tanpa muatan. Pengiraan tepat terhadap masa perjalanan yang dijangkakan akan membolehkan penggunaan slot masa yang lebih cekap di bahagian tanjakan dan dok memunggah. Bahkan, pemandu juga akan mendapat faedah daripada pendigitan: "Pemandu tidak lagi perlu mencari ruang meletak kenderaan percuma yang biasanya meletihkan di lebuh raya, memandangkan trak terhubung dapat menempah tempat meletak kenderaan terlebih dahulu secara dalam talian," kata Wissmann.

Agar memastikan kelebihan pengautomatan dan ketersambungan dapat dimanfaatkan sepenuhnya, rangka kerja undang-undang perlu seiring dengan kemajuan. "Penyelesaian Komprehensif Eropah" amat diperlukan khususnya untuk memperluas infrastruktur digital dan menangani segala isu berkaitan keselamatan data. Wissmann mengucapkan terima kasih kepada Günther Oettinger, Pesuruhjaya Eropah untuk Ekonomi dan Masyarakat Digital atas sokongan beliau: "Hanya sekiranya kita di Eropah dapat bekerjasama merentasi sempadan, kita berpeluang untuk bersama-sama membawakan transformasi digital seperti mana yang kita inginkan," tekan Wissman.

Usaha secara bersepadu juga diperlukan untuk terus mengurangkan pelepasan gas CO2 daripada lalu lintas muatan, kata Wissmann: "Pengeluar kenderaan komersial Eropah telah membentangkan cadangan spesifik berkenaan topik ini. Pendekatan yang komprehensif dan bersepadu dapat mengurangkan pelepasan gas CO2 daripada trak baharu sebanyak 20 peratus tambahan berbanding pelepasan pada tahun 2005 menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan keadaan ini, kesemua penggiat industri daripada sektor pengangkutan dan logistik perlu berganding bahu. Jelas sekali bahawa kita memberi sokongan terhadap kuasa pasaran yang terbukti berbanding peraturan birokrasi yang tidak berkesudahan."

"Berkenaan rangkaian kuasa, kita akan mengalami pelbagai gabungan elemen pada masa depan. Minyak diesel akan terus memainkan peranan penting untuk trafik jarak jauh. Teknologi ekzos pascarawatan yang terkini pula dapat menjadikan trak tersebut bukan sahaja berkesan dan menjimatkan, malah lebih bersih. Trak dan bas Euro VI masa kini adalah amat penting di jalan raya kita lantaran pelepasan bahan pencemar kenderaan tersebut yang amat rendah," kata Wissman.

Pada masa yang sama, beliau menyambung, rangkaian kuasa alternatif menjadi semakin penting. Gas asli, sebagai contoh, telah pun digunakan untuk bas dan turut berpotensi mengurangkan pelepasan CO2 untuk trak. Namun begitu, tangki dan infrastruktur bekalan yang baik adalah penting bagi penggunaan secara besar-besaran.

"Pemanduan kenderaan hibrid dan elektrik juga kini menjadi semakin penting, khususnya untuk kenderaan komersial ringan yang digunakan untuk tujuan penghantaran serta pengagihan tempatan memandangkan pekan-pekan besar dan bandar-bandar semakin berkembang maju, seperti mana e-dagang. Melangkah seiring, fungsi ketersambungan dan mobiliti elektrik akan memastikan, pada masa depan, logistik bandar akan menjadi lebih pantas dan bebas daripada pelepasan gas," kata Wissmann.

"Mereka yang serius tentang perlindungan iklim juga perlu mempertimbangkan tentang trak panjang dengan serius," jelas Presiden VDA itu. Ujian percubaan lapangan yang kini dijalankan di Jerman menunjukkan keputusan positif secara menyeluruh. Sehingga 25 peratus gas CO2 dapat dijimatkan bagi setiap tan muatan yang diangkut. Selain itu, tiada sebarang peralihan dibuat daripada landasan kereta api kepada jalan raya. Wissman mengulas, "Hal ini adalah penemuan penting dan meyakinkan. Kita memerlukan operasi secara berkala di Jerman – berkaitan rangkaian yang diluluskan yang telah memperlihatkan hasilnya ketika ujian percubaan lapangan dan boleh terus diperluas."

Ucapan alu-aluan daripada Datuk Bandar Hannover, Stefan Schostok diikuti oleh satu perbincangan menerusi topik "Kenderaan komersial 4.0: penghubung antara pasaran dan orang ramai" bersama para peserta berikut: Günther Oettinger (Pesuruhjaya Eropah untuk Ekonomi dan Masyarakat Digital), Stephan Weil (Ketua Menteri Negeri Lower Saxony), Dr. Frank Appel (Ketua Pegawai Eksekutif DPDHL Group), Dr. Wolfgang Bernhard (ahli Lembaga Pengurusan Daimler AG, Ketua Bahagian Trak & Bas Daimler), serta Andreas Renschler (ahli Lembaga Pengurusan Kenderaan Komersial di Volkswagen AG). Perbincangan tersebut terus disusuli dengan lawatan rasmi di pameran tersebut.


Hubungi:    

Eckehart Rotter
Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA)
Jabatan Akhbar
Tel.: +49 30 897842-120
E-mel: rotter@vda.de

Sumber: German Association of the Automotive Industry (VDA)

 

Source: German Association of the Automotive Industry (VDA)
Keywords: Auto