omniture

Permainan Video Aksi Berirama, Klang, Dilancarkan melalui Steam dan Amat Menepati Minat Pemain Tegar

Snow Cannon Games
2016-09-26 08:21 480

BERGEN, Norway, 26 September 2016 /PRNewswire/ -- Penerbit, Snow Cannon Games, dan pembangun, Tinimations, memgumumkan bahawa Klang, permainan video aksi mengikut irama yang diiktiraf secara meluas, dilancarkan melalui Steam. 

Ditetapkan mengikut runut bunyi muzik tarian elektronik asal yang dicipta oleh komposer legenda, bLiNd, pemain perlu benar-benar memahami muzik tersebut untuk maju dalam Klang, bertarung pada setiap tahap permainan yang semakin mencabar sambil mengatur setiap tindakan mengikut isyarat audio-visual.

"Apa yang membuatkan Klang berbeza berbanding permainan irama yang lain menjadikannya semakin mencabar," kata Tom-Ivar Arntzen, satu-satunya pembangun Klang. "Klang menggabungkan pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan oleh pemain dalam permainan aksi dengan cabaran yang perlu diaturkan menerusi permainan berirama. Hasilnya ialah pengalaman yang imersif yang memerlukan pemain menumpukan perhatian terhadap apa yang mereka lakukan dan muzik yang mengiringi aksi yang mereka lakukan itu."

"Kami berpendapat permainan berirama Klang yang unik akan memberikan cabaran yang dinanti-nantikan oleh pemain irama tegar Steam dan juga pengalaman yang menyeronokkan untuk khalayak yang lebih luas," kata Espen Askvik, Ketua Pegawai Eksekutif Snow Cannon Games.  

Klang dan runut bunyinya boleh didapati melalui Steam yang berharga $14.99 dan $7.99 masing-masing, tetapi boleh dibeli bersama dengan harga $19.99. Sehingga tanggal 29 September ini, Klang dan runut bunyinya memberi diskaun sebanyak 20 peratus.

Kod disediakan untuk wakil media dan pencipta kandungan. Untuk meminta kod atau mengadakan temu bual dengan pasukan Klang, e-melkan kepada emmy[at]snowcannongames[dot]com.

ASET 

Treler 

* Watch: https://youtu.be/_88wz6V1zWk

* Tonton: https://youtu.be/_88wz6V1zWk

Tangkapan Skrin & Logo 

* Lihat: http://imgur.com/a/mWiJu

* Muat Turun: http://bit.ly/2cfVAUs

Sosial

* Facebook: facebook.com/tinimations

* Twitter: twitter.com/tinimations

Laman Sesawang 

* Steam: store.steampowered.com/app/412660

* Laman Permainan Video: tinimations.com

PEMBANGUN 

Tinimations ialah studio pembangunan permainan video bebas yang dikendalikan oleh seorang individu. Ditubuhkan pada tahun 2013 di Hamar, Norway, Tinimations fokus terhadap pengalaman permainan PC dan konsol untuk pemain tegar. Klang, judul sulung syarikat tersebut, ialah satu usaha inovatif bagi permainan tradisional berirama yang membawa genre permainan yang bukan sekadar menekan butang mengikut tempo, untuk meneroka dunia yang bergerak pantas, melompat antara landasan dan juga pertempuran. Layari tinimations.com.

PENERBIT 

Snow Cannon Games bukanlah penerbit permainan video bebas yang biasa anda ketahui: Pelanggan pilihan kami ialah mereka yang membawakan hasil kerja yang tidak semestinya mengikut minat kebanyakan pemain, sebaliknya diterapkan dengan elemen kreativiti dan unsur-unsur yang menyeronokkan. Kami komited untuk membantu mereka yang kurang diberi perhatian ini mencapai khalayak yang lebih luas dan membina permainan yang memberi keuntungan kewangan – satu komitmen yang hanya mampu tercapai oleh pengalaman dan jaringan bersama pasukan veteran industri kami. Layari snowcannongames.com.

HUBUNGI
Emmy Jonassen
Ketua Pegawai Pengurusan, Snow Cannon Games
emmy[at]snowcannongames[dot]com

Sumber: Snow Cannon Games

Source: Snow Cannon Games
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics