omniture

Ekspo Good Game Dibawakan Oleh G2A.COM: Acara Permainan Baharu Poland

G2A.com
2016-09-26 08:27 651

RZESZÓW, Poland dan HONG KONG, 26 September 2016 /PRNewswire/ --

  • 23.09-25.09 di Warsaw, Poland
  • Pertandingan e-Sukan dengan hadiah terkumpul sebanyak $50,000
  • Ditaja oleh G2A.COM

G2A.COM, pasaran permainan digital yang paling berkembang pesat di dunia, ialah penaja Ekspo Good Game di Warsaw, Poland. Acara ini akan berlangsung pada 23 - 25 September di Ekspo Ptak Warsaw, salah satu pusat pameran dan persidangan terbesar di Eropah Tengah.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411247 )

Good Game Warsaw memberikan G2A peluang untuk menarik para pemain ke ibu kota Poland. Para pemain akan dapat melawati taman hiburan realiti maya G2A Land dan mengembara di bandar Gotham dengan menunggang motosikal Batman dalam kembara maya menerusi Gotham VR. G2A juga bakal mendemonstrasi penyelesaian percetakan 3D semua dalam satu G2A 3D+ dan sistem sokongan pembangun G2A Direct milik syarikat itu. Pempamer lain termasuk Monster Energy, MSI, BE QUIET!, Gigabyte, Bigpoint Games, Hyperbook, dan TP-LINK.

Salah satu tarikan utama Ekspo Good Game ialah pertandingan e-Sukan, dengan hadiah bernilai $50,000.  Good Game bakal menampilkan pertandingan LAN Counter-Strike: Global Offensive dengan128 pasukan dan hadiah bernilai $25,000. Pertandingan lain termasuk Hearthstone: Heroes of Warcraft dan League of Legends serta Mortal Kombat X, Street Fighter, dan Tekken. G2A teruja kerana dapat menaja acara yang mengetengahkan e-Sukan pada ketika syarikat sudah menjadi penyokong utama komuniti, bekerjasama dengan lebih 70 pasukan dalam lebih 100 acara e-Sukan dan permainan.

Good Game Warsaw akan mengagumkan para pemain selama tiga hari dengan parti LAN, zon santai, zon main-percuma, Pengguna YouTube yang terkenal, pertandingan cosplay (pemakaian kostum), barisan permainan indie, zon retro yang menampilkan komputer dan konsol klasik, dan persembahan secara langsung muzik popular daripada permainan video. Ia merupakan Ekspo Good Game yang pertama dan G2A.COM mahu berada di barisan hadapan dalam perkembangan baharu industri permainan ini.

Patryk Kadlec, Pengarah Komunikasi G2A.COM, berasa teruja dengan prospek yang ditawarkan oleh Ekspo Good Game ini bukan saja kepada G2A malah kepada industri permainan di Poland: "Kami menyedari kepentingan mengambil bahagian dan menyokong acara dan tradisi baharu permainan. Good Game menyediakan peluang yang hebat untuk menyaksikan dan mengambil bahagian dalam acara dari lapangan.  Kami sangat berminat untuk mengetahui impak acara ini dalam industri permainan di Poland."

Sila hubungi gpr@g2a.com untuk maklumat lanjut.

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology