omniture

Spreadtrum Jalin Kerjasama dengan Pengendali Mudah Alih Utama Myanmar MPT

Spreadtrum Communications, Inc.
2016-09-26 08:59 447

YANGON, Myanmar, 26 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Spreadtrum Communications ("Spreadtrum"), sebuah syarikat semikonduktor tanpa fab yang terkemuka di China yang memiliki teknologi canggih mengikut standard komunikasi tanpa wayar 2G, 3G, dan 4G, hari ini mengumumkan set cip WCDMA//HSPA(+) SC7731C dan SC7731G telah diguna pakai oleh pengendali mudah alih utama di Myanmar, Myanmar Posts and Telecommunications ("MPT") untuk model telefon pintar utamanya yang terkini, iaitu model M40 dan M50, yang telah dilancarkan dalam pasaran.

Ketika MPT sedang merangka strategi untuk telefon pintar mereka, untuk model utamanya, M40 dan M50, MPT memutuskan untuk menggunakan set cip WCDMA//HSPA(+) Spreadtrum yang amat bersepadu agar dapat memenuhi keperluan kumpulan pelanggan mereka di Myanmar dengan sebaiknya. Hasilnya, M50 yang dihasilkan secara premium menggunakan set cip SC7731G 28nm WCDMA/HSPA(+) /GSM/GPRS/EDGE, dengan pemproses ARM Cortex-A7 1.2GHz quad-teras terbina dalam. Ia mempunyai kaca bermuka dua yang dipisahkan oleh reka bentuk berbingkai logam, skrin sentuh kaca melengkung 5-inci HD 'on-cell' 2.5D, 1G RAM, storan 8GB, kamera belakang 8MP dan 5MP kamera depan. Ia turut diprapasang dengan Android 5.1, menyokong fungsi dua-siap-sedia-dua-kad.

Berasaskan set cip SC7731C WCDMA/HSPA(+) /GSM/GPRS/EDGE quad-teras 1.2GHz ARM Cortex-A7, M40 peringkat awal menyokong fungsi dua-siap-sedia-dua-kad dan menyediakan skrin sentuh 4 inci 800×480 piksel, 512 M RAM, storan 4GB , kamera belakang 2 MP.

MPT ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama dan terbesar di Myanmar, menggajikan 8,000 kakitangan dan mempunyai rangkaian data yang cukup luas di seluruh negara. Setelah menjalin kerjasama strategik dengan pengendali mudah alih terkemuka Jepun KDDI dan Sumitomo Corporation pada tahun 2014, ia merancang untuk melabur sebanyak USD 2 bilion dan mendapatkan pengalaman operasi dan pengurusan termaju bagi menggalakkan pembangunan rangkaian mudah alih 2G, 3G dan 4G serta rangkaian talian tetap. Turut berganding bahu dengan Spreadtrum, MPT merancang untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang lebih baik untuk pengguna Myanmar dengan menguji dan memberi perakuan bersama-sama untuk fungsi-fungsi utama rangkaian 4G yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Kami berasa berbesar hati kerana dipilih untuk menjadi penyedia set cip untuk model M40 dan M50, iaitu model telefon pintar terkini yang dilancarkan oleh MPT," kata Dr. Leo Li, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Spreadtrum Communications. "Sejak memperbaharui dan memperkenalkan industri komunikasi di Myanmar pada tahun 2014, lebih 3 juta telefon bimbit dan peranti yang mempunyai penyelesaian set cip 3G Spreadtrum telah dibawakan untuk pasaran Myanmar. Pada masa depan, Spreadtrum merancang untuk terus bekerjasama dengan MPT untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri yang lebih beraneka dan mampu milik, mengikut keperluan pengguna akhir Myanmar."

Ketua Pegawai Komersial MPT, En. Koichi Kawase mengulas, "Jalinan kerjasama dengan Spreadtrum untuk melancarkan telefon pintar utama MPT dengan jayanya, iaitu model M40 dan M50, terbukti memberikan suatu kepuasan sebenar buat kami. Jalinan kerjasama kami ini membolehkan pengguna Myanmar mengalami sendiri rangkaian data MPT dan memanfaatkan sepenuhnya peranti mudah alih pintar mereka. MPT merancang untuk memeterai kerjasama strategik selanjutnya dengan pihak pembekal utama seperti Spreadtrum, Mustel dan Kingmao, ketika kami terus berusaha meningkatkan tahap prestasi produk mudah alih yang kami harap dapat disediakan untuk penduduk Myanmar serta memenuhi keperluan penduduk setempat dengan lebih baik."

Latar Belakang Spreadtrum Communications

Spreadtrum Communications ialah sebuah syarikat semikonduktor tanpa fab yang membangunkan platform set cip mudah alih untuk telefon pintar, telefon berciri dan produk elektronik pengguna lain, yang menyokong standard komunikasi tanpa wayar 2G, 3G dan 4G. Penyelesaian daripada Spreadtrum menggabungkan set cip yang amat bersepadu dan menjimatkan kuasa, berserta perisian yang boleh disesuaikan dan juga reka bentuk rujukan dalam platform siap guna yang lengkap, bagi membolehkan pengguna memperoleh kitar reka bentuk yang lebih pantas dengan kos pembangunan yang lebih rendah. Pelanggan Spreadtrum terdiri daripada pengeluar dari seluruh dunia dan yang berpangkalan di China yang membangunkan produk mudah alih untuk pelanggan di China dan pasaran baru muncul di serata dunia. Spreadtrum ialah sebuah syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Shanghai dan merupakan sebahagian daripada Tsinghua Unigroup, Ltd. Untuk maklumat lanjut, layari www.spreadtrum.com.

 

 

Source: Spreadtrum Communications, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Telecommunications Wireless Communications