omniture

Ekspo Perkakasan & Barangan Elektronik Dunia (AWE) Terbesar Seumpamanya bakal Membuka Tirai Mulai 9-11 Mac 2017 di SNIEC, Shanghai

China Household Electrical Appliances Association
2016-09-26 09:07 579

SHANGHAI, 26 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo Perkakasan & Barangan Elektronik Dunia 2017 (AWE) akan berlangsung mulai 9-11 Mac 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).

Anjuran Persatuan Perkakasan Elektrik Rumah China, AWE ialah sebuah acara utama yang setanding dengan CES serta IFA, dan edisi ekspo yang seterusnya ini akan mencapai tahap baharu yang lebih tinggi dalam sejarah, memperluas saiz ruang pameran kepada hampir 120,000 meter persegi dalam lapan buah dewan.

Menerusi tema "Kediaman untuk Masa Depan," acara tersebut menarik sejumlah besar pengusaha terbesar dalam industri ini. Bahagian perkakas rumahnya akan menawarkan barisan jenama yang unggul termasuk Haier, Midea, Bosch, Siemens, Panasonic, serta Hisense, dan setiap jenama ini akan mengadakan pameran di ruang pameran yang berkeluasan mencecah 1,000 meter persegi.

Untuk televisyen pula, jenama-jenama tradisional akan bersaing dengan jenama-jenama unggul berasaskan Internet dan bahagian ini akan melibatkan jenama-jenama seperti Samsung, LG, Hisense, TCL, Skyworth, LeEco, dan PPTV, antara lain.

Bahagian perkakas dapur akan menampilkan jenama-jenama perkakas rumah seperti Fotile, Robam, Vatti, DE&E, dan Vanward, manakala seluruh spektrum yang melibatkan jenama-jenama mewah kepada jenama-jenama yang menjimatkan seperti Laurastar, Karcher, Tiger, Vitamix, Cuisinart, Daewoo, My Juicer, Westinghouse, Vidal Sassoon, BaByliss, Whirlpool, dan Solis akan dipamerkan pada ruang pameran perkakas rumah bersaiz kecil bersifat antarabangsa.

Di samping itu, ruang bagi "Taman Gajet" serba baharu berkeluasan 12,500 meter persegi akan disediakan sempena AWE 2017, yang akan memperkenalkan produk pameran daripada enam segmen utama; hiburan pintar, perjalanan pintar, kecerdasan buatan, kehidupan pintar, sukan dan kesihatan serta pelancaran global.

Sains dan teknologi, inovasi perkakasan dan teknologi pengguna akan dihimpunkan bersama untuk dimanifestasikan sebagai sebuah bandar inovatif dilengkapi dengan komunikasi generasi seterusnya, penyedia perkhidmatan serta teknologi untuk masa depan.

Syarikat peralatan dan perkhidmatan telekomunikasi Cina yang utama, Huawei menyebutkan baru-baru ini bahawa Internet-Semua-Benda akan memainkan peranan penting dalam strategi masa depan syarikat manakala dua pembelian antarabangsa yang dibuat memperlihatkan hala tuju baharu yang dipilih oleh syarikat-syarikat Cina terhadap penyelidikan global, dengan Haier yang menyempurnakan pembelian bahagian perkakas General Electric yang berpangkalan di Louisville, Kentucky; selain Suruhanjaya Eropah yang melaksanakan "prosedur ringkas" terhadap pengambilalihan pengeluar robot Jerman, Kuka oleh Midea.

Para peneraju China masing-masing daripada segmen barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah, seperti Huawei serta Haier, dijangka akan terus berdiri teguh terhadap jenama-jenama tempatan dan luar negara yang sedia kukuh dalam arena ini, seraya memutuskan untuk mengambil bahagian dalam AWE 2017.

Laman Sesawang Rasmi AWE: http://awe.com.cn/en/

Hubungi:

Cara Wang
+86-10-6709-3609
cara.wang@cheaa.com

Source: China Household Electrical Appliances Association
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news