omniture

Hindawi dan Editage Mengumumkan Perkongsian untuk Menyediakan Perkhidmatan Penyuntingan Bahasa Inggeris

Cactus Communications
2016-09-26 12:12 467

PHILADELPHIA, 26 September 2016 /PRNewswire/ -- Hindawi dan Editage hari ini mengumumkan perkongsian baru yang akan menyediakan penyuntingan bahasa Inggeris kepada pengarang yang berhasrat untuk menghantar manuskrip ke penerbitan Hindawi. Kerjasama ini menyepadukan perkhidmatan Editage ke dalam proses penyerahan Hindawi dan menyediakan potongan 10% kepada penulis-penulis Hindawi.

Craig Raybould, Ketua Kejuruteraan Proses Hindawi, berkata, "Perkhidmatan pra-penyerahan persediaan manuskrip akan membantu penulis, terutama jika bahasa Inggeris bukan bahasa pertama mereka. Perkhidmatan Editage boleh membantu menyediakan penulis menulis draf manuskrip yang baik untuk penyerahan jurnal dengan menghubungkan mereka dengan panel yang berkelayakan tinggi dan pakar penerbitan berpengalaman yang menyediakan penyuntingan subjek berkaitan, penterjemahan, dan sokongan pemformatan. Kami juga gembira perkongsian ini menyediakan faedah kewangan dalam bentuk potongan 10% kepada penulis kami yang ingin menggunakan perkhidmatan ini."

Nikesh Gosalia, Pengarah, Penerbit dan Perhubungan Akademik di Editage, berkata, "Editage berbangga untuk menjadikan Hindawi Publishing Corporation sebagai rakan kongsi. Di Editage, kami memberi perhatian yang teliti isi sesebuah manuskrip dan menjadikan ia misi kami untuk menyokong penulis melalui pelbagai perkhidmatan yang menjurus kepada mengoptimumkan potensi untuk kejayaan penerbitan. Kami bersedia untuk membantu penulis Hindawi mencapai matlamat penerbitan mereka."

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://hindawi.editage.com/

Latar Belakang Hindawi  

Hindawi (http://www.hindawi.com) adalah penerbit jurnal akses terbuka semakan setara merangkumi pelbagai disiplin akademik yang luas. Diasaskan pada 1997, Hindawi mempunyai lebih daripada 700 orang pekerja di pejabat Kaherah dan London dan menerbitkan lebih dari 20,000 artikel akses terbuka setahun.

Latar Belakang Editage 

Editage, adalah jenama utama Cactus Communications (CACTUS), dikenali di seluruh dunia dalam penerbitan dan komuniti akademik. Editage bermatlamat untuk membantu cendekiawan merentasi batasan geografi dan bahasa, untuk merapatkan jurang antara penulis dan jurnal yang dinilai, dan mempercepatkan proses penerbitan penyelidikan berkualiti tinggi. Selain bekerja dengan penyelidik secara individu, Editage bekerjasama dengan penerbit, penulis jurnal, persatuan akademik, dan syarikat farmasi seluruh dunia untuk membantu mereka dalam menghasilkan penerbitan saintifik berkualiti tinggi dan menarik. Editage juga berdedikasi  dalam pendidikan penulis menerusi laman sumber komprehensif penulis Editage Insights.

Sila layari editage.com.

Perhubungan Media:
Hridey Manghwani
Pengurus, Perhubungan Awam
Editage/Cactus Communications
+1-877-334-8243
PR@cactusglobal.com

Richard Bennett
Pengarah Komersial
Richard.bennett@hindawi.com

Source: Cactus Communications
Keywords: Books Publishing/Information Service Joint ventures New products/services