omniture

Xiamen Airlines Memulakan Perkhidmatan Baharu: Xiamen-Shenzhen-Seattle

Xiamen Airlines
2016-09-26 12:45 683

XIAMEN, SHENZHEN, China dan SEATTLE, 26 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Xiamen Airlines melancarkan perkhidmatan Xiamen-Shenzhen-Seattle pada 26 Sept., menghubungkan dua zon ekonomi khusus China dengan kawasan ekonomi besar di Pantai Barat AS. Perkhidmatan ini bukan sahaja laluan jarak jauh pertama yang bermula di Xiamen dan berakhir di Amerika Syarikat, malah ia merupakan perkhidmatan terus antarabangsa pertama antara Shenzhen dan AS.

Xiamen Airlines launches its first flight service to the U.S.: Xiamen-Shenzhen-Seattle
Xiamen Airlines launches its first flight service to the U.S.: Xiamen-Shenzhen-Seattle

Perkhidmatan ini bakal dikendalikan oleh Boeing 787 Dreamliner Xiamen Airlines, dengan tiga penerbangan seminggu, pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Nombor penerbangan ini ialah MF845 dan MF846.

Pengerusi dan pengurus besar Xiamen Airlines, Che Shanglun berkata, "Pelancaran perkhidmatan Xiamen-Shenzhen-Seattle merupakan gambaran hasil pertemuan antara pemimpin Cina dan Amerika pada tahun 2015. Ekoran daripada pertemuan ini, perkhidmatan Fuzhou-New York dan Xiamen-LA juga akan dimulakan, menjadikan pengembaraan udara dan perhubungan antara dua negara ini lebih mudah."

Perkhidmatan Xiamen-Shenzhen-Seattle merupakan penerbangan jarak jauh keenam dan laluan Amerika pertama yang dilancarkan oleh Xiamen Airlines. Perkhidmatan sedia ada termasuk Xiamen-Amsterdam, Fuzhou-Sydney, Xiamen-Sydney, Xiamen-Melbourne dan Xiamen-Vancouver. Perkhidmatan baharu ke Seattle ini merupakan laluan jarak jauh pertama Xiamen Airlines dengan satu perhentian di bandar di luar wilayah Fujian.

Untuk membina rangkaian yang menyediakan perkhidmatan melangkaui Seattle, Xiamen Airlines telah menandatangani perjanjian dengan Alaska Airlines yang membolehkan penumpang mengembara melewati Seattle menggunakan Xiamen Airlines, untuk terbang ke 61 destinasi utama dan kedua merentasi AS, Kanada dan Mexico dengan penerbangan sambungan oleh Alaska Airlines di Seattle.

Pelancaran laluan itu menjadi tanda pertama kali penerbangan Xiamen Airlines berpeluang melawat tempat "kelahiran" mereka kerana Seattle, tempat Boeing beroperasi, merupakan tempat di mana setiap 165 kapal penerbangan syarikat itu dihasilkan.  Merupakan pelanggan setia Boeing Co., Xiamen Airlines menggunakan flit kapal terbang Boeing terbesar di China.

Sejak 3 dekad lalu, Xiamen Airlines telah menerima beratus-ratus kapal terbang baharu Boeing, dan hasil daripada kelebihan kos yang rendah untuk flit kapal terbang Boeing, Xiamen Airlines telah menunjukkan keuntungan berterusan selama 29 tahun, tempoh laporan keuntungan tanpa gangguan paling lama dalam sejarah penerbangan awam Cina.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160922/0861609824

Source: Xiamen Airlines
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel Corporate Expansion New products/services