omniture

NxtGen Memilih OnApp untuk Mengembangkan Perkhidmatan Awan Hibrid Infinite Datacenter

OnApp
2016-09-28 08:00 339

LONDON, 28 September 2016 /PRNewswire/ --

OnApp telah mengumumkan bahawa gergasi awan Asia-Pasifik, NxtGen, telah memilih platform awan OnApp dan OnApp Federation bagi mengembangkan perkhidmatan awan hibrid Infinite DatacenterTM , yang menyediakan perusahaan dengan berbagai rangkaian perkhidmatan hibrid awan persendirian dan awam yang luas dari rangkaian pusat data merentasi India dan Singapura.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150723/240725LOGO )

Infinite Datacenter NxtGen adalah satu platform perentas hibrid berskala penuh yang menyatukan awan-awan dan infrastruktur di dalam satu bumbung, berkongsi metadata, dan menyokong persekitaran reka bentuk tunggal untuk berbilang pengguna dan pengurusan operasi yang disepadukan. NxtGen menggunakan OnApp untuk memberikan satu perkhidmatan awan layan diri awam dan persendirian yang lebih menjimatkan sebagai sebahagian persekitaran generasi awan seterusnya. OnApp juga menyediakan pembekalan dan pengurusan menggunakan 'tetingkap tunggal' merentas prasarana awan teragih NxtGen, dan pilihan awan meluas yang tersedia dalam OnApp Federation – rangkaian awan global OnApp.  

AS Rajgopal, Ketua Pegawai Eksekutif, NxtGen, berkata : "Perkhidmatan Awan Perniagaan NxtGen direka untuk menawarkan harga yang terbaik/prestasi pencapaian untuk beban kerja perusahaan, dalam satu persekitaran bersepadu antara, berbilang pembekal dan pembawa hibrid neutral. Dengan menggunakan platform awan OnApp dan OnApp Federation membolehkan kita untuk memperluaskan dan meninggikan nilai penawaran produk untuk pelanggan kami, dan untuk meluaskan perkhidmatan kami di peringkat global dengan membantu perkhidmatan syarikat-syrikat untuk membina perniagaan digital yang akan memacu pertumbuhan mereka di masa hadapan. Penggunaan OnApp juga membantu untuk memastikan pelanggan global kami mendapat capaian kepada platform Infinite Datacenter, di mana saja mereka berada di pelusuk dunia". 

Ketua Pegawai Eksekutif OnApp, Ditlev Bredahl, berkata: "NxtGen adalah satu contoh yang sempurna sebagai gelombang generasi penyedia perkhidmatan awan yang seterusnya, platform berbilang, lokasi berbilang, penyedia perkhidmatan hibrid yang menawarkan berbagai keupayaan yang luas melalui sistem antara muka yang disatukan. Penyedia awan sedang mencipta kepelbagaian untuk bersaing dengan hos-hos mega di dunia – mereka sedang menjual pelbagai produk ke dalam pasaran yang mereka ketahui dengan lebih terperinci. Dengan awan NxtGen's yang disatukan, diupayakan melalui OnApp, dan dengan pengalaman mereka dalam menampilkan kepakaran dan menyokong produk-produk untuk pelanggan-pelanggan perusahaan mereka, kami bersedia untuk membantu mereka berkembang dalam tahun-tahun mendatang."

Untuk bahagian teks yang penuh, lawati:

http://onapp.com/2016/09/27/nxtgen-chooses-onapp-extend-infinite-datacenter-hybrid-cloud-service

Latar Belakang NxtGen
NxtGen membolehkan pelanggan-pelanggannya untuk membina perniagaan digital tanpa membuat pelaburan dan pengurusan infrastruktur IT yang sukar, dengan menguasai prasarana tertumpu hiper. NxtGen, yang berpusat di Singapura, sedang meningkat naik menjadi peneraju yang menyediakan perkhidmatan awan dan pusat data  yang terurus sepenuhnya merentasi India dan Singapura. Dengan pendekatannya yang unik, NxtGen mengatur dan menawarkan perkhidmatan infrastruktur IT dari sumber di premis dan kemudahan NxtGen sendiri - Infinite DatacenterTM – yang membolehkan pelanggan –pelangannya menggunakan model pengkomputeran hibrid. Untuk maklumat lanjut layari, https://nxtgen.com.

Latar Belakang OnApp
Perkakasan OnApp membolehkan hos, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan lain untuk memasarkan pelbagai infrastruktur –sebagai produk perkhidmatan, dari peringkat asas peranti pelayan maya sehingga awan yang automatik sepenuhnya, peranti pelayan yang dikhususkan, CDN, storan, DR, SaaS, PaaS dan banyak lagi. Platform OnApp juga memberikan penyedia perkhidmatan capaian kepada OnApp Federation, satu rangkaian global penyedia awan yang dihubungkan kepada pasaran borong global, di mana mereka boleh membeli dan menjual kapasiti komput dan CDN atas permintaan.

OnApp dilancarkan pada Julai 2010. Hari ini terdapat lebih dari 3,500 penyedia perkhidmatan di 93 buah negara yang menggunakan data perisian OnApp. OnApp mempunyai 165 kakitangan di negara Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, dan Asia Pasifik dan beribu pejabat di London, UK. Untuk maklumat lanjut, layari http://onapp.com.

Source: OnApp
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Contracts