omniture

Mahindra Comviva Perkenal Penyelesaian Baharu untuk Keterlibatan Digital Perusahaan

Transformasi Digital Pesat terhadap Perusahaan melalui Syarikat Telekomunikasi
Mahindra Comviva
2016-09-28 11:30 622

NEW DELHI, 28 September 2016 /PRNewswire/ -- Mahindra Comviva, peneraju global yang menyediakan penyelesaian mobiliti, melancarkan Platform Pengewangan Data baharu – 'Infinity' sempena acara Dunia Inovasi Perkhidmatan 2016 yang diadakan di London. Platform tersebut berjaya menghimpunkan pelbagai keperluan perniagaan perusahaan dengan keupayaan rangkaian pengendali telekomunikasi, menyediakan medium paling sesuai untuk perusahaan mengurus dan mengendalikan urusan keterlibatan digital mereka.

Platform Pengewangan Data Infinity membolehkan perusahaan mewujudkan keterlibatan digital yang beraneka dan mengikut konteks, bersama pengguna, kakitangan, rakan kerjasama dan peranti terhubung sambil memanfaatkan infrastruktur dan juga aset saluran data milik pengendali telekomunikasi itu. Pada masa yang sama, buat pertama kali, ia dapat memperhebatkan syarikat-syarikat Telekomunikasi untuk mendedahkan data sebagai saluran keterlibatan untuk syarikat perusahaan, seraya membolehkan perusahaan melancarkan produk keterlibatan masing-masing dengan segera.

Berucap semasa majlis pelancaran produk itu, Aditya Dhruva, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Penyelesaian Pemesejan dan Jalur Lebar, Mahindra Comviva berkata, "Pengendali telekomunikasi mempunyai peluang yang jelas untuk menjadi pendorong digital syarikat perusahaan, menambah nilai untuk keterlibatan digital buat pengguna akhir mereka dengan cara yang lebih pantas, lebih baik dan lebih murah. Sementara itu, syarikat perusahaan pada masa kini mengambil laluan sukar terhadap keterlibatan digital bersama pelanggan mereka melalui pendekatan terpecah-pecah untuk aplikasi mudah alih, laman sesawang dan kandungan. Platform Infinity daripada Mahindra Comviva dapat menangani segala masalah ini dengan membolehkan syarikat-syarikat Telekomunikasi menawarkan saluran data untuk syarikat perusahaan bagi inisiatif keterlibatan data mereka melalui cara yang seragam dan tekal. Kami amat yakin data akan menjadi sumber penting masa depan dan Infinity pula menjadi platform signifikan bagi merealisasikan paradigma tersebut." 

Mahindra Comviva akan mengambil bahagian dalam acara Dunia Inovasi Perkhidmatan di reruai no. 5 mulai 27 hingga 28 September.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Pengurus Global Manager – Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Tel. Bimbit +91-9910030732
pr@mahindracomviva.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Trade show news