omniture

DYTM Putera Ali dari Jordan Mengeluarkan Kenyataan tentang Pembubaran Pasukan Petugas Antiperkauman FIFA

Office of His Royal Highness Prince Ali of Jordan
2016-09-28 12:38 521

LONDON, 28 September, 2016 /PRNewswire/ -- DYTM Puteri Ali dari Jordan, Presiden FA Jordan mengeluarkan kenyataan berikut pada hari ini berkaitan pembubaran Pasukan Petugas Antiperkauman FIFA:

"Pengumuman yang dibuat hari ini bahawa FIFA akan membubarkan Pasukan Petugas Antiperkaumannya, lantaran tugasnya yang dikatakan telahpun selesai, adalah suatu yang amat membimbangkan. Perjuangan menentang isu perkauman masih belum berakhir dan tanggapan bahawa pasukan kepimpinan FIFA masa kini yang percaya bahawa 'segala cadangan pasukan petugas telah dapat dilaksanakan' adalah suatu yang memalukan. Keperluan untuk memperjuangkan isu perkauman dan diskriminasi kaum adalah lebih ketara dalam dunia masa kini berbanding sebelum ini. Bola sepak ialah sukan paling popular di dunia dan ia merupakan salah satu langkah praktikal utama untuk membantu orang ramai di serata dunia memulihkan isu berkaitan perbezaan mereka. Namun begitu, kita tidak dapat memulakan usaha ini tanpa terlebih dahulu menangani isu perbezaan dan diskrimasi kaum yang wujud, yang amat jelas dan ketara, yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak kami, Pemain dan juga Peminat. Ia bukanlah suatu isu yang boleh diremehkan atau dinafikan oleh mana-mana badan pentadbiran yang mempunyai tanggungjawab yang serupa.

"Saya sudah lama menegaskan bahawa usaha menangani isu perkauman dan diskriminasi seharusnya menjadi matlamat kekal sesebuah institusi dan Jawatankuasa Ad Hoc perlu berubah menjadi sebuah jawatankuasa kekal yang dapat memberi sokongan dan juga sumber sebenar. Walaupun slogan dan anugerah yang diberikan layak mendapat pujian, ahli jawatankuasa dan segala tugasnya seharusnya mampu berusaha lebih giat lagi, terhadap struktur utama sesebuah masyarakat serta menjalin kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak, Kerajaan, NGO dan juga pihak berkepentingan demi menangani masalah perkauman dan diskriminasi dalam semua bentuk."

"Realitinya, seperti mana banyak program yang dijalankan oleh FIFA ialah pasukan petugas tidak pernah diberi sokongan sebenar semenjak ditubuhkan dan peranannya adalah lebih kepada imej FIFA berbanding usaha menangani isu tersebut dengan sebenar-benarnya. Bahkan, jawatankuasa pasukan petugas yang ada kini tidak pernah bersua muka! Maka, pendapat FIFA yang percaya masanya telah tiba untuk membubarkan pasukan petugas antiperkauman ini adalah tidak masuk akal. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan FIFA perlu menunjukkan kepimpinan mereka, bertanggungjawab terhadap usaha pembaharuan dan memikul tanggungjawab sekiranya pembaharuan yang dibuat tidak dilaksanakan."

 "Ketelusan, kepercayaan, kredibiliti dan integriti adalah nilai-nilai yang perlu disemai dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh FIFA - Mengabaikan usaha menangani masalah perkauman dan diskriminasi dengan sebenar-benarnya adalah suatu pengkhianatan yang jelas terhadap nilai-nilai tersebut."

Kenyataan Putera Ali ini dibuat setelah pengumuman oleh FIFA pada hari ini yang ia bakal membubarkan Pasukan Petugas Menentang Perkauman dan Diskrimasi yang ditubuhkan pada tahun 2013. Putera Ali ialah presiden Persatuan Bola Sepak Jordan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Chris Wilson, +44(0)20-7284-694, cwilson@theproffice.com

Source: Office of His Royal Highness Prince Ali of Jordan
Keywords: Sports Workforce Management/Human Resources