omniture

Ge Tai The Musical Yang Laris Jualan Tiketnya di Singapura Akan Datang ke Genting

Acara secara langsung mempersembahkan seni asli gaya baharu yang terkenal menampilkan pelakon Malaysia Simon Mohan
Resorts World Genting
2016-09-28 17:49 454

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 28 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Ge Tai - The Musical ialah acara yang laris di Singapura, yang gah dengan pujian bagi nilai artistik dan kepentingan budayanya. Dilengkapi dengan barisan pelakon terkenal dan pasukan kreatif yang terdiri daripada bakat-bakat terbaik dalam industri hiburan, ia dijangka akan meraih kejayaan hebat yang sama apabila ia tiba di Malaysia.

Ge Tai -- The Musical
Ge Tai -- The Musical

Persembahan yang menggabungkan tenaga hebat antara konsert Cina secara langsung dengan teater muzikal, akan dipersembahkan di Genting International Showroom  mulai 1 hingga 4 Okober dan mulai 8 hingga 11 Oktober 2016.

Persembahan hebat yang ditulis oleh penulis skrip dari Singapura, Jonathan Lin, akan menampilkan bintang terkenal daripada industri hiburan Singapura, bersama Desmond Ng dan Hao Hao sebagai teraju utama bagi watak Liu Zhang Wen dan Shen Yi Fei .Para penghibur lain terdiri daripada Bao Bao Sisters (melakonkan watak adik-beradik Xing Xing), Jiu Jian (sebagai pengurus Wei), He Jie (sebagai Hong Ling), Tay Yin Yin (Ah Lin Sao), Jasper Lai (pemilik pentas Zhen Zhu), Peng Chi Seng (Ah Lin), Michelle Tan (Ah Fen) dan Tay Sin Yeun (Jin Sao).

Barisan pelakon terkenal yang lain ialah Simon Mohan, anak kelahiran Ipoh yang melakonkan watak Jie Ge, serta artis undangan Zhang Di dan Cai Qiu Feng, bintang veteran yang terkenal di Asia.

Ge Tai -- The Musical yang julung kali dipersembahkan di Singapura pada April lalu merupakan satu acara yang pertama seumpamanya, membawakan hadirin kembali ke zaman 1980-an di Singapura dan memberikan gaya persembahan baharu terhadap budaya seni yang popular ini. Para peminat dijangka akan menerima persembahan yang bergemerlapan dan penuh komedi yang memperlihatkan dunia getai yang penuh glamor – bagi persembahan ini, bagaimana sekumpulan penghibur getai menemui kembali kepentingan hubungan persaudaraan yang tiada galang ganti.

Para penonton diajak bersama-sama merasakan kesedihan dan kegembiraan di sebalik lampu yang bergemerlapan di atas pentas getai menerusi persembahan yang meriangkan ini, yang menyediakan set yang berwarna warni, reka bentuk lampu yang menarik serta kostum yang menarik perhatian.

Persembahan muzikal ini turut menjadi wadah untuk meniti perjalanan sejarah silam buat kebanyakan penonton memandangkan para penghibur yang penuh bersemangat bukan sekadar memperlihatkan gaya hidup masyarakat getai; malah pihak penerbitan turut memaparkan kerancakan persembahan getai yang berusia lebih tiga dekad bermula pada tahun 1980-an.

Ge Tai -- The Musical yang menggabungkan warisan getai dengan elemen teater muzikal, diharap dapat menarik lebih ramai penonton dan berperanan untuk memelihara seni asli yang popular ini. Lagu-lagu baharu dan lama akan menghidupkan persembahan ini –lagu-lagu lama yang akan dipersembahkan termasuklah  lagu-lagu klasik yang agak terkenal seperti Cupid, Passionate Desert dan lagu kegemaran masyarakat Hokkien, Fight to Win.

Barisan pelakon hebat termasuk Mohan yang lahir di Malaysia

Beberapa nama-nama terkemuka daripada persembahan getai Singapura terlibat dalam Ge Tai -- The Musical, menambah sedikit sentuhan keaslian kepada persembahan ini. Ia merupakan satu kolaborasi antara selebriti getai dan pencipta teater muzikal Singapura, namun terdapat juga kemunculan istimewa oleh bintang-bintang antarabangsa seperti Zhang Di dan Cai Qiu Feng.

Peminat di Malaysia pastinya tidak ingin ketinggalan untuk melihat Mohan, anak kelahiran Malaysia membuat persembahan. Penyanyi kelahiran Ipoh yang pertama kali meraih kejayaan apabila memenangi Pertandingan Lagu Mandarin Peringkat Kebangsaan Tahun 1983, telah lama tidak muncul dalam industri hiburan, seperti melancarkan album yang diterbitkan oleh penyanyi-komposer Taiwan Lin Chiung Lung dan bernaung di bawah Suwah Records.

Bintang veteran Zhang Di yang terkenal dengan jolokan "Raja Jenaka Pintar" akan membuat kemunculan secara langsung dalam acara ini sebagai artis jemputan mulai 1 hingga 4 Oktober. Mereka yang berada dalam zaman beliau pasti teringat, bagaimana beliau dapat menandingi mendiang Teresa Teng ketika berada pada kemuncak populariti. Beliau amat terkenal dengan lagu-lagu Mao Mao(The Fur Song) dan Guo Jia (Country) – yang mana lagu kedua ini menjadi lagu patriotik sejak diperkenalkan di negara China.

Seorang lagi tetamu terkenal ialah penyanyi Hokkien dari Taiwan, Cai Qui Feng yang akan membuat kemunculan mulai 8 hingga 11 Oktober. Penyanyi yang telah merakamkan lebih 30 album dan lagu-lagu terkenal beliau telah lama menjadi lagu-lagu kegemaran para peminat karaoke, pastinya membantu menarik para peminatnya untuk menyaksikan persembahan secara langsung ini.

Artis-artis jemputan lain termasuk Yao Yi (muncul pada 1 Oktober), Ou Li Wen (2 Oktober), Liu Jun Er (3 Oktober), Liu Yan Hua (4 Oktober), Xie Guo Wen (8 Oktober), Hou Mei Yi (9 Oktober), Huang Xiao Feng (10 Oktober), dan Hou Jun Hui (11 Oktober).

Ge Tai -- The Musical memfokuskan terhadap perjalanan bagaimana seorang penghibur amatur yang kurang dikenali pada tahun 1980-an meningkat naik menjadi seorang bintang getai – hanya setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan. Watak Hao Hao perlu berjuang untuk menangani masalah diskrimikasi yang beliau hadapi daripada rakan seangkatan. Beliau bernasib baik kerana mendapat inspirasi daripada watak Desmond, seorang artis kegemaran penduduk tempatan yang pernah melalui masalah itu sebelumnya – beliau turut melalui saat-saat yang sama yang dilalui oleh watak Hao Hao.

Kerjaya nyanyian profesional Desmond yang bermula pada tahun 2009, telah menempa kejayaan apabila beliau memenangi Anugerah Artis Baharu Terbaik Singapura oleh STOMP pada tahun 2011. Kejayaan lebih besar dikecapi seterusnya pada tahun 2015 apabila beliau memenangi Cabaran Ge Tai menerusi persembahan yang mendebarkan, dan beliau turut menerima watak bagi filem Ah Boys to Men.

Hao Hao, bagi watak ini, memulakan kerjaya beliau sebagai penghibur getai dan sejak itu banyak meraih anugerah. Setelah melonjakkan namanya, beliau melancarkan album sulung beliau, dan ini diikuti dengan pencapaian seperti membuat persembahan penuh untuk penontonnya seramai 1,800 orang pada konsert pertama beliau serta turut membintangi filem bertema getai pada tahun 2008, 12 Lotus.

Pasukan kreatif dengan portfolio yang mengagumkan

Ge Tai -- The Musical disokong oleh pasukan kreatif yang mempunyai pengalaman selama lebih 19 tahun dalam industri seni dan hiburan. Ia diterajui oleh Jalyn Han yang mempunyai portfolio hebat termasuk Beauty World serta filem, Judgment Day.

Seperti mana Jonathan Lim yang berjaya menghasilkan skrip yang hebat, Xin Yao memperlihatkan mutu kerja yang mengagumkan menerusi muzik, berserta penulis lagu veteran Jiu Jian yang mencipta tiga lagu baharu untuk persembahan muzikal ini. Nama-nama hebat yang lain daripada pasukan kreatif itu ialah Elaine Chan selaku pengarah muzikal, Andy Benjamin sebagai koreografer dan Christopher Chua sebagai pereka set.

Turut terlibat dalam pasukan itu ialah pereka kostum yang mendapat permintaan tinggi, Fredrick Lee yang mengurus bahagian pakaian, serta penerbit prolifik Annie Pek yang mengharmonikan keseluruhan persembahan muzikal ini.

Ge Tai -- The Musical akan dipersembahkan di Genting International Showroom pada jam 9 malam, mulai 1 hingga 4 Oktober dan juga mulai 8 hingga 10 Oktober (kecuali pada hari Sabtu yang akan menyediakan dua persembahan iaitu pada jam 4 petang dan 9 malam).

Tiket-tiket berharga RM530 (VIP), RM230 (PS1) dan RM120 (PS2).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 603-2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi individu berikut:

Irene Chua, Penolong Pengurus Perhubungan Awam, 603 - 6105 9447
Nur Darwisyah, Eksekutif Kanan Perhubungan Media, 603 - 2333 6679

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160926/8521606083

Source: Resorts World Genting
Keywords: Entertainment Music New products/services