ABU DHABI, UAE, 28 September 2016 /PRNewswire/ --
Dalam sebuah majlis pelancaran besar-besaran yang diadakan di Dunia Ferrari Abu Dhabi, Miral memperkenalkan identiti baharu untuk destinasi Pulau Yas. Diwujudkan untuk memperlihatkan budaya destinasi tersebut, identiti jenama baharu ini memberi gambaran penuh meriah terhadap destinasi bertaraf dunia yang berasal daripada Emiriah Arab Bersatu, tumpuan bagi pelbagai tarikan hiburan, kebudayaan, sosial dan perniagaan yang sesuai untuk semua pengunjung.
Untuk melihat Hebahan Media Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/7936651-miral-unveils-new-identity-for-yas-island
TYT Mohamed Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Miral, mengulas: "Melalui usahanya untuk membangunkan destinasi santai dan hiburan bertaraf dunia, Miral memainkan peranan penting dalam menyokong segala usaha Visi Abu Dhabi. Industri pelancongan ialah teras utama pelan pertumbuhan dan pembangunan Emiriah Arab Bersatu dan perkembangan jenama Pulau Yas ialah satu langkah penting ketika destinasi tersebut terus berkembang. Proses pembangunan Pulau Yas memastikan ia akan terus menjadi bukti utama Abu Dhabi merupakan sebuah destinasi yang benar-benar bersifat global."
Mohamed Abdulla Al Zaabi, Ketua Pegawai Eksekutif Miral berkata: "Kami teruja untuk memperkenalkan jenama baharu yang benar-benar menonjolkan Pulau Yas yang sebenar. Pengertian yang jelas tentang kemajuannya dan gabungan warna yang penuh bertenaga memperlihatkan semangat riang serta kesungguhan terhadap kehidupan yang menjadi keutamaan Pulau Yas. Kita dapat menyaksikan pencapaian penting ini pada hari ini yang menandakan episod baharu evolusi Pulau Yas sambil terus mengekalkan nilai-nilai terasnya agar terus asli, progresif, dinamik, bersungguh-sungguh, mesra dan merintis."
En Al Zaabi menambah: "Pengenalan yang menarik ini turut melibatkan pengumuman visi Pulau Yas bagi tahun 2022: menjadi salah satu daripada sepuluh destinasi terbaik dunia untuk keriangan keluarga yang mampu menarik 48 juta kunjungan setiap tahun. Pulau Yas juga bakal menjadi tuan rumah kepada 100,000 pelancong korporat dan bakal menyediakan 4,000 buah bilik di hotel-hotel keluarga, gaya hidup dan perniagaan. Pulau Yas ialah sebuah destinasi unik yang menggabungkan rekaan ikonik dengan keindahan alam semula jadi. Hasil daripada lokasi dan tawaran berasaskan pengalaman yang disediakan, ia menjadi salah satu destinasi pilihan kediaman utama di Abu Dhabi. Menerusi pelan pembangunan yang bercita-cita tinggi yang sedang dirancang, Pulau Yas bakal menjadi tumpuan kediaman untuk 10,000 penduduk dan tambahan 10,000 penduduk yang berulang alik ke Pulau Yas setiap hari."
En Al Zaabi turut menambah: "Jenama Pulau Yas bukanlah sekadar satu visi yang abstrak; ia telah lama tertanam dalam diri penduduknya. Masyarakatnya yang beraneka dan pelbagai yang dibanggakan oleh pulau tersebut pada masa kini ialah bahagian penting daripada struktur yang membangunkan pulau tersebut, dan akhirnya membezakannya sebagai destinasi kosmopolitan bertaraf dunia."
Pengenalan terhadap jenama ini menandakan pelancaran kempen 'Impian Yas' yang mengajak para pengunjung – terdahulu, masa kini dan akan datang – untuk berkongsi Impian Yas mereka. Sebagai sebuah destinasi yang menggabungkan kegirangan yang pantas untuk mereka yang mencari keseronokan, selain menjadi lokasi percutian ideal buat mereka yang tercari-cari lokasi yang menyediakan kerehatan sepenuhnya, Impian Yas memberi peluang untuk menafsir apa yang amat digemari oleh setiap pengunjung tentang Pulau Yas. Menerusi hashtag #YasDream, komuniti Pulau Yas dapat berkongsi detik-detik kegemaran mereka, menceritakan lebih lanjut tentang pengalaman mereka serta memberi cadangan untuk mengalami pengalaman tersebut.
Baru-baru ini, Pulau Yas mengumumkan bahawa musim panas tahun 2016 mencatatkan rekod peningkatan jumlah pengunjung sebanyak 50 peratus yang menjadi rekod paling berjaya setakat ini. Pulau Yas turut mendedahkan bahawa lebih 600,000 pelancong berkunjung ke dua tarikan pulau utama pada musim panas ini, iaitu Taman Tema Air Yas dan Dunia Ferrari Abu Dhabi.
Kenali lebih lanjut #YasIsland secara dalam talian:
Kongsikan YasDream anda bersama kami:
Latar Belakang Miral
Miral ialah ialah pencipta destinasi Abu Dhabi, menyatukan orang ramai dan lokasi menerusi pengalaman yang unik, imersif dan menarik. Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan Yas Island, aset Miral terdiri daripada hiburan, hospitaliti, riadah, sukan, restoran, gedung beli belah dan destinasi hartanah. Kini, Yas Island menempatkan Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas, Padang Gold Yas Links, Pusat Membeli belah Yas, Litar Marina Yas dan juga tujuh buah hotel, termasuk Yas Viceroy yang terkenal. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.miral.ae.
Latar Belakang Yas Island
Pulau Yas ialah sebuah destinasi unik yang terletak di persisiran utama Abu Dhabi - hanya sejauh 25 minit dari pusat bandar Abu Dhabi dan 50 minit dari Dubai. Sebuah pulau yang mempesonakan yang menyediakan pelbagai pengalaman yang imersif serta kenangan yang berkekalan, yang membolehkan keluarga dan rakan, penduduk serta pelancong perniagaan memanfaatkan sepenuhnya masa percutian mereka yang berharga. Dunia penuh pengalaman ini digandingkan untuk menggabungkan elemen pemandangan alam semula jadi yang memukau dengan rekaan ikonik serta unsur glamor yang penuh dinamik berserta keriangan keluarga yang santai.
Pulau Yas menempatkan Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas, Pusat Membeli belah Yas, Litar Marina Yas– terkenal dengan FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX[TM] – acara bertaraf dunia dan juga konsert-konsert yang diadakan sepanjang tahun, selain Padang Golf Yas Links. Terletak berdekatan Hotel Ikonik Yas Viceroy, enam buah Yas Plaza Hotel bertaraf antarabangsa berada di tengah-tengah Pulau Yas.
Pulau ini menawarkan hotel serba moden, taman tema yang menyeronokkan, restoran yang dinamik, barisan bintang global yang menjadi tumpuan, padang golf di persisiran pantai, serta pusat beli belah paling bersifat kosmopolitan yang menghimpunkan jenama-jenama utama di dunia serta outlet untuk menjamu selera. Ia juga menjadi destinasi yang dibangunkan khusus untuk pelbagai komuniti perniagaan, yang menyediakan sejumlah kemudahan mengadakan acara bagi menggalakkan keterlibatan penuh dengan para tetamu. Bermula dengan tempat persidangan yang hebat kepada kemudahan mengadakan mesyuarat serta acara gala, selain perkhidmatan pengurusan untuk acara-acara MICE, Pulau Yas menggabungkan perniagaan dengan riadah, yang mampu menyediakan pengalaman yang holistik.
Pulau Yas ialah sebuah destinasi yang rancak dengan kehidupan. Ghairah, Berkuasa, Aktif. Tempat yang akan terus menyediakan keriangan. Impian anda menjadi aktiviti setiap hari. Semangat pengembaraan anda hanya dibatasi oleh imaginasi anda sendiri.
Untuk maklumat lanjut, layari: yasisland.ae, dan ikuti Pulau Yas melalui media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) untuk mengikuti perkembangan pengalaman serba lengkap yang sedang menanti anda.