omniture

Hidangan Sepanyol Berkemahiran Tinggi Dihidangkan Di LTITUDE Restaurant

Resorts World Genting membawakan hidangan gourmet menerusi pengalaman menjamu selera gaya desa.
Resorts World Genting
2016-09-28 17:44 441

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 28 Sept. 2016 /PRNewswire/ --  Chef Berbintang Michelin Francesc Rovira Canudas daripada La Fonda Xesc di Girona, Sepanyol yang amat terkenal, bakal menggembirakan para pengunjung LTITUDE Restaurant, Genting Grand Hotel, Resorts World Genting pada Oktober 2016 ini.

Chef Berbintang Michelin Francesc Rovira Canudas
Chef Berbintang Michelin Francesc Rovira Canudas

Chef Eksekutif ini akan mencipta menu istimewa yang akan menghidangkan rasa dan kemahiran beliau yang melayakkan beliau untuk menerima bintang Michelin pada tahun 2009. Sajian makan malam enam hidangan yang akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2016 ini akan memperkenalkan konsep 'dari-ladang-ke-meja' yang menaikkan nama La Fonda Xesc kepada pengunjung.

Tidak seperti persembahan yang amat bergaya yang ditunjukkan oleh kebanyakan restoran berbintang Michelin, La Fonda Xesc telah melonjakkan namanya dengan menggantikan elemen sofistikated dengan unsur yang ringkas dan asli, yang mengubah makanan gaya ladang kepada Makanan Penambat Selera Sepanyol yang sungguh enak dengan sentuhan corak nada yang amat berjaya.

Chef Rovira memanfaatkan sepenuhnya warisan ladang di gunung milik keluarga beliau untuk menghidangkan versi makanan yang memenuhi citarasa sebenarnya, berkhasiat dan kadang kala mengejutkan yang telah dinikmati di kawasan tersebut sejak berabad-abad lamanya. "Ibu saya sentiasa memasak untuk 12 orang di rumah ladang kami. Saya masih ingat tentang periuk yang tergantung di atas api, ubi kentang kering dengan daging, salad dari taman dan melapah daging selama berhari-hari. Saya bekerja pada hujung minggu di La Fonda ketika saya masih bersekolah dan memilih untuk bekerja di dapur memandangkan saya tidak gemar menghidangkan makanan di ruang makan. Pada ketika itu, saya tidak suka memasak, namun saya memahami keperluan memasak dan saya cuba membantu," kata Rovira.

Setelah beliau tamat belajar di peringkat menengah, beliau tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang akademik dan akhirnya beliau membantu ibunya di dapur. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian beliau menyedari bahawa beliau kurang berkemahiran berbanding ibunya yang merupakan seorang "tukang masak hebat bagi masakan kaneloni, kaserol ayam dan arnab dengan udang karang." Ini mendorong beliau untuk ke Escola d'Hosteleria de Barcelona bagi memulakan langkah pertama beliau dalam bidang masakan dan hidangan. Selepas mendapat pengalaman bekerja di Barcelona dan beberapa tempat di Perancis, beliau mula membawa pulang teknik dan idea untuk digunakan dalam dapur keluarganya, dan tidak lama kemudian memperkenalkan hidangan baharu untuk perkhidmatan Inap-Sarapan yang dijalankan oleh keluarga beliau. Apabila La Fonda Xesc diwariskan kepada Rovira dan kakak beliau Dolors, rumah penginapan di rumah ladang itu menjadi sebuah restoran yang memberikan sentuhan peribadi beliau, diinspirasikan dengan rasa daripada masakan Catalan oleh ibu beliau.

Hidangan dengan gabungan kompleks rasa dan tekstur yang berasal daripada tanah inilah yang membuatkan pengunjung sanggup membuat perjalanan jauh menuju ke kampung Gombren yang terpencil dan terletak jauh di bukit Pyrenean, iaitu lokasi rumah bersejarah La Fonda Xesc yang bermula sejak 1730-an itu. Di restoran tersebut, Rovira menawarkan hidangan masakan tempatan, yang ringkas dan penuh dengan rasa, bersumberkan hasil dari kawasan tersebut, agar dapat mengekalkan resipi tradisionalnya.

Hanya selama dua malam sahaja, pengunjung berpeluang untuk menikmati hidangan makanan penuh rasa yang lazat ini apabila Chef Rovira mencipta keajaiban La Fonda Xesc di LTITUDE Restaurant. Menu enam hidangan beliau akan dimulakan dengan hidangan pembuka selera dengan langoustine, basil dan soya, diikuti dengan tomato sejuk dan sup ketam dengan keju berkrim, telur ikan hering, ketumbar dan juga halia. Udang galah dengan sayur-sayuran bermusim, cendawan liar, serta safron akan dihidangkan sebagai entree, bersama hidangan utama (ikan) bass laut, zukini, pic, anggur dan juga adas. Hidangan daging pula ialah masakan daging lembu yang berkemahiran tinggi dan burger daging khinzir dengan chard, mustard dan juga sos wain Valdubon. Hidangan pencuci mulut akan menonjolkan freixenet cava Sepanyol yang agak memabukkan dengan beri merah, laici serta verbena lemon.

Seperti mana seorang Chef yang mendapat inspirasi daripada Chef maestro Catalan avant garde iaitu Santi Santamaria dan Xavier Pellicer, nantikan hidangan dengan sentuhan peribadi dan spontan, yang berakar umbi daripada tradisi masakan Sepanyol, yang akan membawa anda kepada tahap penguasaan yang begitu tinggi.

Harga hanya pada RM328 nett  seorang tanpa  wain dan RM498 nett seorang berserta wain.

Untuk membuat tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian 603-61059740. Tempat duduk adalah terhad untuk majlis makan malam dan tempahan perlu dibuat.

Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi individu berikut:

Irene Chua, Penolong Pengurus Perhubungan Awam, 603 - 6105 9447 
Nur Darwisyah, Eksekutif Kanan Perhubungan Media, 603 - 2333 6679

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160926/8521606084

Source: Resorts World Genting
Keywords: Food/Beverages Restaurants