omniture

T.B. Joshua Diberi Penghargaan di Peru

Emmanuel TV
2016-09-29 07:27 539

LIMA, Peru, 29 Sept. 2016 /PRNewswire/ --

Seorang pemimpin agama Nigeria telah dikurniakan 'kunci bandar' Lima, Peru pada hari Sabtu, 24 September 2016.

Penerima anugerah tersebut, T.B. Joshua, baru sahaja menyempurnakan Gerakan Kristian yang dipimpinnya di stadium terbesar Amerika Selatan, 'Estadio Monumental', yang sarat dengan para hadirin. Kira-kira 100,000 individu berkunjung ke acara yang berlangsung selama dua hari itu, yang menarik para pengunjung dari dalam dan luar negara.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160926/411845 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160926/411846 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160926/411847 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160926/411848 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160926/411849 )

Orang kenamaan Peru Terkemuka turut hadir pada acara itu, salah seorang daripada hadirin termasuk Elías Cuba Bautista, Datuk Bandar La Victoria, daerah paling padat penduduk di Lima, yang menyampaikan kunci simbolik itu. "Saya memberikan kunci ke bandar kami ini sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja  cemerlang yang anda lakukan," kata Bautista.

Ketika menerima penghargaan tersebut, Joshua menghalakan semua perhatian orang ramai terhadap beribu-ribu pengunjung yang menghadiri acara percuma itu dan berkata: "Saya menerima anugerah ini bagi pihak seluruh umat manusia yang dicipta dan disembuhkan oleh-Nya."

Pada malam yang sama, pemimpin agama itu turut menerima penghormatan tambahan daripada Jeneral Juan Gonzales Sandoval, Presiden bagi Jeneral, Laksamana dan Pegawai Angkatan Tentera Peru. Ketika menyampaikan 'Pingat Kebesaran' kepada Joshua, iaitu anugerah ketenteraan tertinggi Peru, Jeneral berkata, "Ini merupakan dekorasi yang amat istimewa untuk individu yang paling dikagumi yang dikurniakan oleh polis negara dan juga negara kami," kata beliau.

Beliau memuji personaliti sederhana Joshua dengan menyatakan bahawa beliau merupakan contoh kepada pemimpin agama yang lain. "Kerendahan diri anda adalah ciri utama yang menjadikan anda seorang yang hebat…" kata beliau.

Acara tersebut disiarkan secara langsung daripada stesen televisyen keagamaan Joshua, Emmanuel TV. Terdahulu, Joshua telah memimpin gerakan luar negara yang serupa, termasuk negara-negara Amerika Latin Mexico dan juga Colombia.

LATAR BELAKANG TB JOSHUA 

T.B. Joshua ialah pengasas The Synagogue, Church Of All Nations (SCOAN), sebuah aktiviti Kristian bertaraf antarabangsa yang beribu pejabat di Lagos, Nigeria.

Beliau juga merupakan Penerbit Eksekutif Emmanuel TV, stesen televisyen Kristian yang terbesar di Afrika dan saluran YouTube bagi Aktiviti Kristian yang paling banyak dilanggan.

Beliau turut dikenali sebagai 'paderi paling popular di YouTube' lantaran video-video beliau yang terkenal melalui laman perkongsian video itu, yang telah ditonton lebih 300,000,000 kali.

SCOAN ialah destinasi pelancongan keagamaan paling utama di Afrika Barat, dengan enam daripada setiap sepuluh pelancong ke Nigeria akan berkunjung ke destinasi tersebut.

Beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada 50 invididu paling berpengaruh di Afrika, dan menerima beberapa anugerah peringkat antarabangsa, termasuk pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atas kegiatan amal yang cukup luas oleh beliau.

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Tonton video klip di sini.

 

Source: Emmanuel TV
Keywords: Television Awards Religion