omniture

XCMG Melengkapkan Projek Pemasangan Mercu Tanda di atas Gunung Mila di Tibet pada Altitud lebih dari 5,400 Meter

XCMG
2016-09-30 04:08 601

NYINGCHI, China, 30 September 2016 /PRNewswire/ -- XCMG baru-baru ini selesai membuat pemasangan sebuah penyodok elektrik berat di atas Pergunungan Mila yang terpencil di Tibet menggunakan kren tanan mudah alih yang besar pada altitud lebih dari 5,400 meter. Terlaksana hasil kerjasama syarikat perlombongan tembaga tempatan, ia merupakan kali pertama pemasangan pengangkut tanan berat di altitud tinggi berjaya disudahkan.

Bercakap selepas operasi tersebut Berjaya dilaksanakan, Shan Zenghai, timbalan pengurus besar Xuzhou Heavy Machinery Co., Ltd., berkata, "Ia merupakan cabaran besar bagi kren tanan berat mudah alih untuk bergerak begitu jauh dan berjaya melaksanakan tugasan di altitud, kerana ia memerlukan produk untuk mempunyai satu sistem kuasa yang boleh dipercayai, permulaan dan prestasi keseimbangan pemanasan yang mantap dan satu tahap kepercayaan yang tinggi untuk melaksanakan operasi di atas atau di bawah bukit bukau."

Kren QAY300A XCMG untuk semua lereng yang digunapakai di Tibet boleh dilaras antara tiga dan empat muatan tujahan supaya sesuai untuk pelbagai tapak pembinaan, sementara kren trak generasi G  XCT100 yang terbaharu – digunakan buat kali pertama di Tibet – disokong oleh tujahan belakang revolusioner yang mempunyai kawalan hidraulik pemanduan sendiri dan kelajuan rendah, sistem teknologi transmisi tork berkuasa tinggi yang menawarkan kepantasan dan kekuatan fungsi serta pengalaman operasi terbaik.    

"Kami yakin ketinggian kualiti produk XCMG kami akan mencapai kejayaan yang hebat," ulas Tang Zhengwei, juruteknik XCMG yang bekerja di Tibet. "Kren-kren tersebut adalah yang pertama seumpamanya dalam industri untuk menerima pakai kesepaduan teknologi pengurusan brek selain fungsi pengangkat super boleh ditanggal sendiri dan fungsi pengimbang berat boleh ditanggal sendiri, kawalan jauh tanpa wayar dan lain-lain lagi untuk memastikan operasi yang bijak, lancar dan mesra pengguna."

"Penampilan kali pertama yang gilang gemilang bagi QAY300A dan XCT100 yang berdaya penyesuaian tinggi  di 'atap dunia' mendapat pujian yang tinggi kerana prestasi stabil yang boleh dipercayai, dan teknologi interaksi manusia-komputer mereka yang cemerlang.

"Setiap bahagian peralatan XCMG telah melalui ribuan ujian dan pemeriksaan untuk menjamin kualitinya," kata Tan Fuming, ketua bahagian kualiti Xuzhou Heavy Machinery Co., Ltd. "Pasukan juruteknik profesional kami juga memberikan latihan menyeluruh untuk para pelanggan, yang menunjukkan kelebihan kami dalam inovasi, kualiti dan perkhidmatan pelanggan dalam pasaran global." Pelancaran kali pertama yang gemilang  bagi QAY300A dan XCT100 yang berdaya penyesuaian tinggi di 'atap dunia' mendapat pujian yang tinggi daripada pelanggan kerana prestasi stabil yang boleh dipercayai, dan teknologi interaksi manusia-komputer mereka yang cemerlang.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang mempunyai sejarah selama 73 tahun. Ia kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih 176 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati : www.xcmg.com, atau ikuti  XCMG Group di FacebookTwitter
YouTubeLinkedIn dan Instagram.                               

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Transportation New products/services