omniture

Pameran Canton Ke-120 Menawarkan Balai Pameran Antarabangsa Yang Dipertingkat

Pameran Canton
2016-09-30 04:15 640

GUANGZHOU, China, 30 September 2016 /PRNewswire/ -- Fasa pertama dan ketiga Pameran Import dan Eksport China ke-120 (Pameran Canton) bersedia untuk menawarkan peruncit utama dunia Balai Pameran Antarabangsa yang dipertingkat yang direka untuk mencipta kerjasama yang lebih erat antara para pembeli dan penjual. Fasa pertama bagi pameran tahun ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Oktober dan Fasa ketiga dari 31 Oktober hingga 4 November, di Kompleks Pazhou Pameran Import dan Eksport China, Guangzhou.

Balai pameran seluas 20,000 meter persegi itu akan dibahagikan kepada enam bahagian, menempatkan lebih daripada 600 syarikat luar dari lebih 40 buah negara dan rantau. Fasa pertama akan menampilkan perkakasan elektronik dan rumah, bahan dan perkakasan binaan, dan peralatan jentera, sementara Fasa ketiga akan mempamerkan makanan dan minuman, barangan rumah, bahan tekstil dan fabrik.

Sebagai platform pembelian terbaik negara untuk produk luar, Balai Pameran Antarabangsa di Pameran Canton memperkenalkan lebih banyak peluang perniagaan untuk pempamer global di China. Pembeli termasuk peruncit gergasi Cina JD.com dan Suning, rangkaian pasar raya seperti Carrefour dan Lotus serta Vipshop, laman potongan harga barang berjenama, antara pembeli utama yang dijemput khas tahun ini.

Pameran pada musim luruh 2016 bukan sahaja mengalu-alukan kumpulan pempamer yang sudah lama bertapak di pameran ini dari Jerman, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Turki, Mesir dan India, bahkan juga pendatang baharu dari Australia dan Pakistan, yang akan menunjukkan produk premium mereka di pameran kali ini.

Balai Pameran Antarabangsa juga akan menjadi tuan rumah untuk beberapa peneraju industri seperti Honeywell dan Caterpillar, kedua-duanya syarikat 500 Fortune, selain SABAF pengeluar komponen perkakas masakan rumah Itali, Ewbank pengeluar alatan pembersihan British dan banyak lagi.

Pembuat perkakasan POLYTRON, pengeluar lampu LED Matrix, dan pengeluar kesihatan rumah COWAY adalah antara mereka yang akan mempamerkan perkakasan elektronik dan teknologi tinggi terkini di zon perkakasan elektrik dan rumah untuk rumah yang lebih pintar.

Zon pameran F&B juga menjangka mengekalkan kedudukan penting di Pameran Canton, mengalu-alukan pembekal terkemuka dari Jerman, Turki, Australia, Amerika Syarikat dan Switzerland.

Mengulas tentang strategi disebalik perancangan untuk pameran bulan hadapan, Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negara Pameran Canton, berkata, "Kami juga melancarkan pelbagai acara interaksi untuk pembekal dan pembeli dan juga menambah baik kecekapan rundingan di tapak pameran. Lebih 80 peratus daripada pembeli Cina menemui produk import yang mereka kehendaki di pameran lepas.

"Dengan ketekalan dalam meluaskan rangkaian kerjasama global, kami berharap dapat mencipta lebih banyak peluang untuk syarikat dari dalam dan luar negara mendapatkan sumber perniagaan dan mempromosikan perniagaan mereka."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou setiap kali musim bunga dan luruh. Dengan sejarah penubuhan sejak 60 tahun lalu pada musim bunga tahun 1957, pameran ini adalah pameran yang menyeluruh dengan sejarah paling lama, di peringkat tertinggi, skala terbesar dan produk paling banyak serta taburan asal pembeli paling luas dan perolehan perniagaan terbesar di China.

Source: Pameran Canton
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news