omniture

Pasukan Sains Asia Plantation Capital Mengkaji Minyak Oud bagi Rawatan Kanser

APC Group SA
2016-09-30 08:46 1170

GENEVA, 30 September, 2016 /PRNewswire/ -- Selama beribu-ribu tahun lamanya, gaharu dan minyak Oud yang diperoleh daripadanya telah menarik minat pelbagai budaya dan agama. Setelah menjadi satu aspek penting dalam kehidupan budaya dan agama buat berbilion manusia, kajian saintifik kini mula mendedahkan tentang kualiti perubatan luar biasa bagi bahan yang dipetik daripada teks bertulis yang tertua di dunia.

Dengan menggunakan teknologi berpaten dan program perladangan terbukti, Asia Plantation Capital telahpun menjalankan kajian secara tekal terhadap banyak sifat Minyak Oud.
Dengan menggunakan teknologi berpaten dan program perladangan terbukti, Asia Plantation Capital telahpun menjalankan kajian secara tekal terhadap banyak sifat Minyak Oud.

 

Proses penyulingan Minyak Oud di kilang penyulingan Asia Plantation Capital.
Proses penyulingan Minyak Oud di kilang penyulingan Asia Plantation Capital.

Pada akhir Abad ke-20, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies-spesies Fauna dan Flora Terancam (CITES) menamakan pokok Aquilaria yang menghasilkan gaharu sebagai 'spesies terancam' – ini berlaku akibat daripada aktiviti pembalakan haram yang mengancam bahagian kayu teras penting pada pokok itu.

Pokok itu menjadi amat bernilai lantaran resin yang terkandung di dalamnya – terhasil secara semula jadi, kesan tindak balas terhadap 'kecederaan' – namun kewujudan resin tersebut tidak dapat diketahui hanya melalui pemerhatian semata-mata. Ini menyebabkan timbulnya aktiviti pembalakan secara sembarangan, yang menjadikan spesies tersebut terancam, sebelum campur tangan oleh syarikat-syarikat perladangan lestari seperti Asia Plantation Capital.

Dengan menggunakan teknologi berpaten dan program perladangan terbukti, spesies pokok Aquilaria sekali lagi tumbuh subur dan dengan memberi tumpuan terhadap usaha kelestarian serta kesedaran terhadap alam sekitar yang bertindak sebagai peraturan utama, banyak bahagian pokok Aquilaria yang berbeza (resin, batang kayu mahupun daun) kini digunakan dalam pelbagai produk yang bernilai tambah.

Asia Plantation Capital turut menubuhkan Lembaga Penasihat Saintifik, yang terdiri daripada ilmuwan, penyelidik dan pengamal terkemuka dalam bidang pengeluaran gaharu dan produk berkaitan, dan salah seorang individu paling utama ialah Profesor Dr Yumi Zuhanis Has-Yun Hashim, daripada Jabatan Kejuruteraan Bioteknologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bidang pengkhususan Dr Yumi ialah 'penyediaan gaya hidup sihat serta pencegahan penyakit melalui pembangunan, penggunaan dan atau pengambilan produk-produk semula jadi', dan beliau turut memanfaatkan pengalaman luas dan kepakaran beliau ke dalam Lembaga ini, melengkapkan model perniagaan bersepadu secara vertikal oleh syarikat perladangan gergasi itu.

Kini, memandangkan minyak Oud semakin mendapat permintaan tinggi daripada industri minyak wangi, para saintis turut menilai keberkesanan rawatan penyembuhannya, dan keputusan awal yang didapati terbukti amat menggalakkan.

Sepanjang sejarah, selain diraikan lantaran aromanya yang mewah dan hampir menjadi unsur asasi, gaharu telah digunakan untuk merawat sakit sendi, penyakit berkaitan radang serta gangguan perut. Ia dapat bertindak sebagai sedatif dan juga perangsang sederhana dan bukti juga menunjukkan ekstrak mentah serta beberapa sebatian terasing turut menunjukkan sifat-sifat antialahan, antiiskemia (melindungi jantung), antidiabetik, antioksidan dan juga antimikrob. (1) Gaharu juga mengandungi flavonoid tertentu yang memainkan peranan dalam proses antipenuaan, manakala teh gaharu turut dikenali kerana dapat menambah baik sistem penghadaman serta meningkatkan kestabilan tekanan darah.

Terbukti mempunyai ciri-ciri farmakologi yang amat baik serta mengandungi beberapa sebatian bioaktif, kajian lanjut kini dijalankan untuk mengkaji keberkesanannya dalam mencegah dan merawat kanser. (2)

Gaharu telah digunakan dalam perubatan tradisional sejak dahulu lagi, walaupun hanya sedikit kajian saintifik atau pemeriksaan yang ketat dijalankan sebelum ini. Namun begitu, rawatan yang ketara untuk jangkitan mikrob yang menyebabkan berlakunya penyakit seperti cirit-birit, batuk, penyakit kusta dan disentri mendorong para saintis dan penyelidik untuk melihat sejauh mana ciri-ciri antioksidan gaharu ini dapat bertindak balas terhadap 'tekanan oksidatif' yang menyebabkan berlakunya penyakit diabetes dan juga kanser.

Bukanlah suatu kebetulan apabila bahan yang berusia lebih tua daripada catatan sejarah ini mendapat pujian dan dihargai sejak turun temurun lantaran sifat-sifatnya yang dapat memperbaiki kesihatan dan juga elemen kesejahteraan hidup yang dibawakan. Dengan bantuan sains moden dan kebijaksanaan para penyelidik, gaharu mampu membuktikan ia dapat menjadi 'penemuan' penting bagi rawatan kanser, selain pelbagai penyakit yang lain.

Ia juga bermakna keperluan terhadap kelestarian bagi penanaman dan penghasilan gaharu serta produk berkaitan kini menjadi semakin penting. Hanya melalui amalan yang bertanggungjawab dan beretika, bahan yang berharga itu dijamin tersedia buat generasi masa depan, dalam meneruskan perjuangan untuk mencari rawatan yang berkesan terhadap segala penyakit yang mengancam nyawa.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Charlotte Medigue 
Pegawai Pemasaran & Pentadbiran 
E-mel:charlotte.medigue@apcgroup.ch
Tel. Bimbit: +41-227-077-330

Latar Belakang APC Group

Walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002, Plantation Capital ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 di UK, sebelum diperbadankan di Sri Lanka pada tahun 2009 sebagai Asia Plantation Capital, diikuti dengan Thailand, Hong Kong, Singapura dan Malaysia. Syarikat ini berkembang pada tahun 2015, dengan penambahan Africa Plantation Capital di Kenya, dan America Plantation Capital di Florida, AS.

Asia Plantation Capital Group kini memiliki projek-projek korporat, perladangan dan pertanian di empat buah benua, yang beroperasi pada pelbagai peringkat di seluruh dunia, menjadikannya salah sebuah syarikat dengan penyepaduan vertikal paling besar iaitu sebagai penanam, pengeluar, dan pengedar bagi pelbagai produk akhir seperti minyak Oud, gaharu dan juga buluh.

Sumber:

1) Journal of Ethnopharmacology, Jilid 189, 2 Ogos 2016, muka surat 331-360.

'Aquilaria (agarwood) as source of health beneficial compounds: A review of traditional use, phytochemistry and pharmacology.' [Aquilaria (gaharu) sebagai sumber sebatian yang berkhasiat: Kajian terhadap penggunaan tradisional, fitokimia dan farmakologi]

Pengarang: Dr Yumi Zuhanis Has-Yun Hashim, Phirdaous Abbas, Hamzah Mohd Salleh -  Jabatan Kejuruteraan Bioteknologi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Phillip G Kerr Fakulti Sains Bioperubatan, Charles Sturt University.

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0378874116304159

2) Alexandria Journal of Medicine, Jilid 52, Keluaran 2, Jun 2016, muka surat 141-150.

'In vitro antimestatic activity of Agarwood (Aquilaria crassna) essential oils against pancreatic cancer cells.' [Aktiviti antimestatik in vitro minyak pati Gaharu (Aquilaria crassna) terhadap sel-sel kanser pancreas]

Pengarang: Saad Sabbar Dahham, Yasser M Tabana, Loiy E Ahmed Hassan, Mohamed B Khadeer Ahamed, Amin Malik Shah Abdul Hamid – Makmal Penyelidikan dan Ujian EMAN, Fakulti Sains Farmaseutikal, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dan Aman Shah Abdul Majid - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2090506815000500

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160927/8521606131-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160927/8521606131-b

Source: APC Group SA
Keywords: Agriculture Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research