omniture

Trak Super Foton Dilancarkan di Seluruh Dunia sempena IAA 2016

Foton Motor Group
2016-09-28 18:28 674

HANNOVER, Jerman, Sept. 28, 2016 /PRNewswire/ -- Pada jam 5:00 Petang tanggal 22 September 2016 Waktu Jerman, Foton menyertai ahli-ahli "Perikatan Trak Super Terhubung Pintat China (CICSA)" seperti Daimler, Cummins, ZF dan Continental AG untuk merasmikan Majlis Pelancaran Global Trak Super Foton sempena IAA 2016 di Hannover.

En. Gong Yueqiong, Naib Presiden Eksekutif Foton Motor Group; En. Zhou Liang, Ketua Pegawai Eksekutif Foton Daimler Automotive; En. Brett Merritt, Pengarah Eksekutif Segmen Perniagaan Lebuh Raya, Unit Perniagaan Enjin, Cummins; En. Joachim Holzner, Naib Presiden Kanan Kenderaan Komersial, ZF; En. Michael. J. Ruf, Presiden Kenderaan Komersial, Continental AG; dan ahli-ahli CICSA yang lain menyaksikan dan merasmikan majlis pelancaran global Trak Super Foton, termasuk trak tugas berat AUMANEST, serta trak tugas sederhana berat dan ringan AUMARKS.

Ahli-ahli Foton CICSA merasmikan Majlis Pelancaran Global Trak Super Foton
Ahli-ahli Foton CICSA merasmikan Majlis Pelancaran Global Trak Super Foton

Memandangkan masalah alam sekitar global dilihat semakin ketara, logistik profesional yang cekap dan bersih menjadi semakin penting. Trak Super Foton merupakan trak super yang mesra pengguna, berkecekapan tinggi, menjimatkan tenaga, selamat dan terjamin, yang dibangunkan oleh Foton dengan kerjasama Daimler dan Cummins dengan gandingan kepakaran global daripada CICSA. Pada masa depan, penggunaan bahan api akan dikurangkan sebanyak 30% (atau bahan api akan digantikan dengan tenaga elektrik), pelepasan karbon pula akan dikurangkan sebanyak 30% (atau sifar) manakala kecekapan muatan akan ditingkatkan sebanyak 70%. Foton AUMAN EST akan menyasarkan pelanggan logistik muatan yang menepati masa, berkecekapan tinggi, mampu membuat perjalanan jarak jauh dan mempunyai nilai tambah yang tinggi di seluruh dunia, manakala Foton Aumark Series akan menyasarkan pasaran logistik bandar global yang terunggul.

Pada Jun 2016, Foton Motor Group menubuhkan perikatan trak super terhubung yang pintar, terdiri daripada syarikat-syarikat perusahaan yang terkenal di dunia seperti Foton, ZF, Cummins, COSCO Logistics, CEVA Logistics, Faurecia, WABCO, Continental Electronics dan TUV Rheinland, yang merangkumi sektor-sektor seperti pengeluaran automotif, sistem kuasa, pengangkutan logistik, perkakas elektronik & elektrik, logistik pintar serta Internet. Berbanding kombinasi "Foton, Benz Daimler dan Cummins" terdahulu, perikatan ini terus diperluas dengan lebih mendalam bagi tujuan melibatkan lebih banyak syarikat perusahaan Internet serta logistik pintar.

Wakil CICSA iaitu En. Michael. J. Ruf, Presiden Kenderaan Komersial, Continental, berkata, "Sebagai anggota CICSA, Continental telah berkongsi kepakaran profesional untuk segmen R&D bagi Trak Super Foton di Eropah sejak empat tahun lalu untuk aspek-aspek yang melibatkan keselamatan peralatan elektronik, peralatan komunikasi pintar, EBS, sistem brek, sistem cesi dan sistem elektronik badan kenderaan."

En. Michael. J. Ruf, Presiden Kenderaan Komersial, Continental, menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Global Trak Super Foton
En. Michael. J. Ruf, Presiden Kenderaan Komersial, Continental, menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Global Trak Super Foton

"Projek Trak Super Foton ialah projek yang amat penting. Kami berbesar hati kerana dapat turut serta dengan syarikat-syarikat perusahaan yang terkenal di dunia bagi berkongsi kepakaran kami untuk produk penting ini. Kami akan menyediakan teknologi rangkaian kuasa dan casis untuk Trak Super Foton demi mengurangkan penggunaan bahan api serta pelepasan karbon," kata En. Joachim Holzner, Naib Presiden Kanan, Kenderaan Komersial, ZF.

En. Joachim Holzner, Naib Presiden Kanan Kenderaan Komersial, ZF, menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Global Trak Super Foton.
En. Joachim Holzner, Naib Presiden Kanan Kenderaan Komersial, ZF, menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Global Trak Super Foton.

"Foton ialah rakan kerjasama penting Cummins di dunia dan Cummins merupakan anggota penting dalam Program Trak Super AS. Kami menyediakan sokongan teknologi enjin utama untuk Trak Super Foton, yang akan memberi kelebihan yang besar buat Foton Motor Group," kata Brett Merritt, Pengarah Eksekutif, Segmen Perniagaan Lebuh Raya, Unit Perniagaan Enjin, Cummins dalam satu wawancara.

En. Brett Merritt, Pengarah Eksekutif Segmen Perniagaan Lebuh Raya, Unit Perniagaan Enjin, Cummins, dalam satu wawancara.
En. Brett Merritt, Pengarah Eksekutif Segmen Perniagaan Lebuh Raya, Unit Perniagaan Enjin, Cummins, dalam satu wawancara.

Pelancaran Trak Super Foton ini menunjukkan Foton telah memberi komitman penting untuk "menyediakan penyelesaian logistik terhubung yang Pintar untuk pelanggan global". Ini akan membantu mempercepatkan kedatangan era trak super di peringkat global.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160926/0861610009-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160926/0861610009-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160926/0861610009-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160926/0861610009-d

Source: Foton Motor Group
Keywords: Auto Transportation Trade show news