omniture

Kerjasama antara Daimler dan Renault-Nissan Makin Kukuh pada Tahun 2016

- Portfolio projek asal matang dalam semua bidang (kenderaan, enjin dan silang-bekalan) di seluruh 3 benua
- Pelancaran perdana dunia versi EV baharu smart fortwo, smart cabrio dan smart forfour* dengan enjin-enjin dibina di kilang Renault di Cléon
- Trak pikap Mercedes-Benz yang pertama mula direka bentuk dan pembangunan fasiliti pengeluaran Alliance di Sepanyol dan Argentina sepenuhnya mengikut jadual
- Fasiliti pengeluaran bersama di Aguascalientes, Mexico, dalam persediaan untuk pengeluaran rintis bagi kereta kompak premium generasi seterusnya
- Perkongsian berkembang pada 2016, menyumbang kepada ekonomi bidangan untuk kedua-dua syarikat dan kenderaan yang lebih tinggi nilaiannya buat pelanggan
Renault-Nissan Alliance
2016-09-30 18:00 551

PARIS, 30 September 2016 /PRNewswire/ -- Perkongsian strategik antara Renault-Nissan Alliance dan Daimler AG kian matang, memasuki tahun ketujuh pada 2016, pemimpin kedua-dua syarikat berkata hari ini ketika sidang makluman media tahunan mereka di Pameran Permotoran Antarabangsa Paris.

"Perkongsian antara Daimler AG dan Renault-Nissan Alliance telah berkembang dan matang," kata Carlos Ghosn, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance. "Ia bertunjangkan semangat kerjasama dan kepercayaan yang kian diperkukuh saban tahun. Hasilnya jelas sekali menguntungkan kedua-dua pihak. Dengan perkongsian kos pembangunan dan pengeluaran, kita telah berjaya menembusi segmen-segmen baharu dan menawarkan kenderaan yang lebih menarik dengan teknologi dan ciri-ciri terkini pada harga yang berdaya saing."

Dieter Zetsche, Pengerusi Badan Pengurusan Daimler dan Ketua Mercedes-Benz Cars, menambah: "Semenjak tujuh tahun lalu, kita telah membentuk satu perkongsian yang merangkumi komponen kenderaan hingga kepada platform-platform, daripada usahasama pembangunan kepada usahasama pengeluaran dan daripada kereta kepada kenderaan-kenderaan komersial. Dan kami melaksanakannya dalam pasukan berbeza-beza yang berorientasikan projek, berkongsi kemahiran merentasi benua. Mereka dipacu oleh idea yang terbaik – yang mungkin timbul di Paris, Stuttgart, atau Yokohama.  Jadi, kerjasama kami di masa hadapan terus menjanjikan sesuatu yang hebat.

* Penggunaan tenaga elektrik: 13.1 – 12.9 kWh/100 km; penghasilan CO2, digabungkan: 0 g/km

 Untuk kenyataan akhbar sepenuhnya, sila klik:

http://www.media.blog.alliance-renault-nissan.com/news/6018?

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140130/666713-a

Source: Renault-Nissan Alliance
Keywords: Auto Transportation Joint ventures